f Secubit Garam: Oats Sausage Bun

N3 Terkini

Saturday, January 8, 2011

Oats Sausage Bun

Jom makan roti berkhasiat ni.. Resipi dr Tokey Roti nun di Jepun. Sapa lagi kalau bukan Ros@JintanManis.. hehe... Roti ni ada kandungan oats yg sangat bagus utk kesihatan, boleh meminuskan kolestrol.. hehe.. K.Rose, jom buat roti ni pulak sebagai alternatif makan bubur oat atau lempeng oat..


K.Nor buat 2 versi dgn doh roti oat ni, satu tu diletak sosej tp bentuk tak sama cam Ros. K.Nor main belit2 jer hehe.. Yg satu lg dibuat bentuk bun burger. Tapi tak berapa cun ler bun burger K.Nor ni. Nak kena try lg buat biar sampai betul2 cun cam bun burger kat kedai tu..


Thanks ya Ros, sbb dah share resipi bun yg sedap dan berkhasiat ni. Mintak izin ya, K.Nor nak share kat sini pulak resipi tu.. Mekasih :)


OATS SAUSAGE BUN
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahannya
*Untuk Doh*
250gram tepung roti
2 sudu besar water roux
100gram tepung gandum
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 1/2 sudu besar gula
1/2 biji telur
40gram butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
180ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis

*untuk tambahan khasiat*
40gram Oats ( ros guna oats segera jenama quaker oats)

*untuk Inti bun*
beberapa batang sosej ayam ( yang siap direbus dan dipotong kecil)

* Untuk Gliss* - baki telur+beberapa titik madu+1/2 sudu kecil susu segar

Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan juga Oats di dalam breadmaker, kemudian ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh+Oats dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil ataupun mengikut saiz yang dikehendaki. leperkan sedikit doh dan masukkan sosej, tutup kemas dan bulat-bulatkan. Ataupun canai memanjang doh dan lilit pada batang sosej, Susun di atas dulang pembakar dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dan taburkan mix cheese jika suka.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan butter untuk bun lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun.

10 comments:

  1. salam kak nor...aduss sana sini wat roti..x leh tahan tgk..:p~

    ReplyDelete
  2. nyummi
    dap2
    syg kat sni tkley masak
    kene bli..mhl
    rm2.50+++
    mau bankrap gamaknya

    ReplyDelete
  3. Kak Nor buat apa pun sumer nampak best! Especially roti. Wiz bab roti ni memang fail! So tgk orang lain buat n melawat blog oran2 terror mcm akak ni jadi la.

    Kak! aritu tak bagi pun address. Kan wiz ckp nak pindah duk rumah sebelah.

    ReplyDelete
  4. Akak pos mai sabah 2...3 biji...

    ReplyDelete
  5. Salam Ziarah Di Pagi Minggu...

    Gebusnya Tgk Roti Yg KNor Buat Ni.. Rasa Nak Ngap Jer Masuk Mulut..Ahaks

    ReplyDelete
  6. del >> jom meroti del.. syok tau meroti bila dah jadi, mula la bertambah2 syok :)

    mis ran >> mis ran duk kat mana? kalau mahal lebih baik buat sendiri.. lg puas hati dpt makan hasil tangan sendiri kan :)

    wiz >> wiz lg terror dlm deco kek! k.nor geram tengok hasil tangan wiz.. cantik!! :)

    erkkk!! bukan ke aritu dah email.. hihii

    mr mama >> bak add ya mr mama.. tp kang berkulat dulu kat tengah jalan :)

    lin >> salam lin, nganga ya.. k.nor suapkan :)

    ReplyDelete
  7. geram tengok roti kak nor..

    semalam first time try buat roti. hu2 tapi dop jadi. doh x naik pun.

    ReplyDelete
  8. humairah >> ada banyak sbb kenapa doh tak naik. kebiasaannya yis tu dah mati. nak tau camna yis mati, biasanya masa kita bukak paket dia tu, yis tu tak melekat kat dlm paket (kalau yis yg masih aktif/hidup, ada sebahagian yis tu melekat kat paket belah dalam tu)

    satu lg nak tau yis tu aktif ke tidak, cuba bancuhkan yis dgn air (sebaiknya air suam2 kuku, tak leh panas sgt) dan masukkan sedikit gula dan 2 sudu tepung ( semua dr sukatan dlm resipi). biarkan yis tu dlm 10 min, tengok ada buih2 keluar dan adunan yis tu mengembang ke tidak. kalau mengembang/berbuih tanda yis tu masih aktif, kalau tak ada apa2 perubahan, tandanya yis tu dah mati. kena buang jer tak leh guna dah, nanti kalau guna jugak , doh roti kita tak naik.

    suhu pun mainkan peranan. kalau musim hujan/sejuk, yis payah nak naik. masa cuaca panas, elok sgt2 kalau kita buat roti, doh cepat naik sbb yis aktif..

    satu lg, mungkin uli tak cukup lembut. doh masih pejal jd payah nak naik. kena uli doh sampai betul2 lembut. kalau uli tangan, guna pergelangan tangan masa menguli. sebaiknya uli dlm dulang atau atas papan pencanai pun boleh. jgn uli dlm mangkuk. kalau uli dlm mangkuk nanti cepat lenguh. banyakkan guna pergelangan tangan masa menguli baru tak lenguh..

    try la ya, jgn give up..

    ReplyDelete
  9. agaknya yis kot coz masa bancuh yis tu. yis tak berbuih pun.

    insyallah nanti saya cuba lagi.

    terima kasih kak nur atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  10. salam kak

    nak..nak..nak :)

    bz :'(,i'ALLAH Pia dtg lagi

    ReplyDelete