f Secubit Garam: Ayam Masak Merah Madu

N3 Terkini

Monday, January 17, 2011

Ayam Masak Merah Madu

Tadi dah tayang menu utk org kurang sihat kan, ni pulak menu utk org sihat, insyaallah.. Tak buat banyak lauk sekadar Ayam Masak Merah Madu dan Tumis Air Kobis. Cukup la tu 2 lauk jer utk hari ni. Lagi pun dah agak, anak2 mesti hadap Bubur Nasi dgn Sambal Ketuk gak.


Jom cuci mata dgn Ayam Masak Merah Madu ni.. Tuan rumah ada kerja nak kena settle, nak BW pun tak sempat lg rasanya nih..


AYAM MASAK MERAH MADU

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong, gaul dgn garam dan serbuk kunyit
3 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia * (kesemua bahan * diblend halus)
3 sudu besar sos tomato @ boleh ganti dgn air asam jawa
1 sudu besar kicap
1/2 cawan air
3 sudu besar madu
garam
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
minyak

Cara:
Goreng ayam hingga masak tp jangan terlalu garing.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga garing dan masukkan bahan yg diblend.
Biarkan hingga garing dan masukkan sos tomato dan kicap.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan air.
Masak lagi hingga sedikit pekat dan masukkan madu dan sedikit garam.
Kacau hingga sebati dan masukkan ayam.
Kacau2, biar ayam sebati dgn rempah dan bila kuah hampir pekat masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan cili hijau.
Kacau2 sekejap dan padamkan api.
Hidangkan panas2.
Sedap dimakan dgn nasi putih maupun nasi yg berperisa spt nasi minyak, nasi tomato atau nasi serai dll..
Slmt mencuba :)


7 comments:

  1. Salam KAK nor

    alahai sdapnyaaa ayam masak merah madu kak nor ni...berselera sungguh..

    ReplyDelete
  2. salam kak
    yang ade letak honey xpenah cube msk lagi

    lapa nya,hihi

    ReplyDelete
  3. ady >> salam ady, meh ler nak join makan :)

    pia >> salam pia, sedap.. ada rasa manis2 madu tu tp bukan la manis meleting :)

    ReplyDelete
  4. tak tahan nengok udg ni KakNor, aduss! menggoda! buat dyg lapo jelah..huhu.

    ReplyDelete
  5. dayang >> tang mana pulak akak buat udang dayang weh.. dah kelabu asap ke mata tu .. heheheh

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Nor....Lin datang sini nak copet resepi ayam ni...nak pengsannnnnnn tgk!

    ReplyDelete
  7. lin >> lin.. lin.. sambil tepuk2 pipi lin..dah pengsan ke belum? hihiii

    ReplyDelete