f Secubit Garam: pasta
Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Friday, April 19, 2013

ANGEL HAIR BOLOGNESE

ASSALAMUALAIKUM...

Sepatutnya entri ni keluar pg semalam tp disebabkan kes email yahoo K.Nor kena hack tu, terus hilang mood nak update. Masa duk ngedit gambar dan nak mula ngarang entri ni la, K.Nor dpt panggilan dr Gert (tq so much for yr help Gert, really, really appreciate it) bagitau yg dia terima email mintak duit tu. Dalam keadaan panik, tak tau nak settle mcmana kes tu, cik abg pulak keluar dr awal pagi, mmg haru biru betul masa tu. Sambil online lg dgn Gert kat viber, dia juga bagi pendapat utk buat itu ini. Akhirnya dlm slow2 K.Nor cuba godek kat yahoo tu, bermula dgn tukar segala password (email dan jugak blog), hantar report kat yahoo yg acc dah kena hacked, submit req mintak dikembalikan segala email yg dlm simpanan (mmg banyak email yg dlm folder huhu) dan juga mintak dikembalikan contact list, pastu create new email acc.. pastu buat entri smlm, fuhhh... mmg betul2 haru biru.. Akhirnya semua settle, slow2.. sudahnya hanya sempat goreng nasi pukul 1.30ptg. Duk settle kes dari mula2 Gert call, lebih kurang pukul 10.40pg kut.. haishhh... satu pengalaman yg tak mungkin dilupakan.. Mudah2an tak terkena lagi lepas ni, insyaallah tak akan guna lg acc yahoo ni, K.Nor nak create acc gmail lak lps ni.. Akan K.Nor update new email kat sidebar tu bila dah settle semua ya.. K.Nor mohon maaf pd sapa2 yg terlibat, yg terima email mengarut tu.. 


Berbalik pd menu hari ni, ANGEL HAIR BOLOGNESE, biasanya org buat Spaghetti Bolognese kan. Tapi K.Nor lebih suka angel hair dr spaghetti, mungkin sbb ianya lebih halus dan lebih kepada mee kuning :) Resipi ni selalu K.Nor gunakan tiap kali buat spaghetti/pasta terutamanya time hari raya.. Alhamdulillah.. mmg laris dipasaran. maklum la, tekak melayu kan, nak kena ada rasa pedas2 gitu. kalau resipi bolognese biasa tu, lebih kepada rasa masam2 jer. 

Sos yg dihasilkan dr resipi kat bawah ni mmg agak banyak. Kalau ada lebihan tu boleh la simpan kat freezer. Time anak tekak terasa nak makan, atau kesuntukan masa nak masak masakan lain, boleh keluarkan sos dan panaskan. Sambil tu, boleh rebus pasta juga. So jimat masa dan tenaga kan.. Selamat mencuba resipi bolognese versi anak tekak Melayu ni.. ^____^


ANGEL HAIR BOLOGNESE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
angel hair secukupnya
sedikit minyak zaitun

Bahan utk sos bolognese:
400gm daging kisar
3 - 5 btg sosej ~ dihiris
1 labu bawang besar (holand) ~ dadukan
3 ulas bawang putih ~ dicincang
2 sudu besar cili mesin
1 cawan sos tomato
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 paket Perencah Sos Spaghetti Bolognese Maggi
1 batang celery ~ dadukan
1 - 2 batang lobak merah ~ dadukan
1 sudu besar dried oregano
garam dan sedikit gula
minyak (sebaiknya minyak zaitun)

Cara:
Rebus angel hair dan masukkan sedikit minyak zaitun hingga lembut.
Toskan. (simpan 2 cawan air rebusan utk digunakan dlm sos)
Panaskan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan goreng lagi sekejap.
Masukkan daging kisar, kacau dan biarkan hingga keluar air daging.
Masukkan sos tomato, serbuk lada hitam, perencah sos spaghetti, celery dan lobak merah.
Kacau sebati dan masukkan 2 cawan air rebusan pasta td. Kacau.
Biarkan merenih hingga sedikit pekat, kemudian masukkan dried oregano.
Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
Masak sehingga kepekatan sos yg disukai.
Tuangkan sos atas pasta yg dihidangkan dlm pinggan.

*sos yg dihasilkan mmg agak banyak, boleh dimakan antara 1 -2 paket pasta angel hair. boleh juga dimakan dgn spaghetti atau makaroni.
** lebihan sos boleh disimpan dlm freezer, cuma panaskan balik bila nak makan.
*** utk rasa yg lebih sedap, boleh taburkan sedikit aun selasih masa menghidang.

Tuesday, February 26, 2013

MAKARONI BAKAR

ASSALAMUALAIKUM.....

Dah banyak hari duk layan kek cekelat kat bawah ni kan.. Maaf la ya, tuan rumah tak berapa sihat kebelakangan ni. Badan main duk seriau jer kata org Tganu.. Ikut bahasa buku, seram sejuk gitu hehe..  Bila gi klinik masa bawak Luqman smlm, K.Nor mintak sekali ubat utk K.Nor. So dpt ler ubat demam dan antibiotik. Bila dah pekena antibiotik hari ni baru lah segar sket, dah tak rasa mana dah seriau tu.. Alhamdulillah.. So boleh la ngadap PC jap utk masukkan entri.




Makaroni Bakar ni dah laaaaaaaaaama K.Nor buat. Kalau tak silap pertengahan Disember tahun lepas (nak mengarang resipi pun ingat tak ingat dah ni.. sib baik dah catat sket2 kat kertas  hehe...)  Masa tu anak tekak rasa teringin sungguh nak makan makaroni bakar. Dah pernah cuba beberapa resipi Makaroni Bakar tp rasanya nak cuba resipi lain pulak. Bila tanya idea dr geng2 sekutu rapat kat fb, Rabiatun (Tun) bgtau yg dia pernah makan makaroni bakar yg menggunakan rempah kari.. Memang ada kelainan bila dlm bahannya tu dimasukkan rempah kari. Ni kiranya Makaroni Bakar versi org Melayu la kan.. hehe Jadi K.Nor pun try la godek2 sendiri resipi Makaroni Bakar berpandukan kepada apa yg Tun bgtau, mengikut citarasa anak tekak K.Nor la kan :)



Alhamdulillah.. not bad rasa Makaroni Bakar yg dihasilkan ni.. Yer la, versi anak tekak org Melayu, mesti nak ada rasa pedas2, rempah2 gitu.. Bila dimakan panas2 tu, mmg sedap..  Mekasih pd Tun yg berkongsi idea tu ya.. :)

MAKARONI BAKAR 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
300gm makaroni ~ k.nor guna jenis spiral
3 biji telur A ~ dikocok sedikit

slice cheese secukupnya
daun saderi
sos cili
mayonis
sedikit mentega


Bahan inti:
300gm daging cincang ~ k.nor guna brand Ramly
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 labu bawang besar (holland) ~ dipotong dadu
2 biji ubi kentang (saiz besar) ~ dipotong dadu 
1/2 biji capsicum hijau/merah ~ dipotong dadu
1 sudu besar cili mesin
3 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan gula
minyak masak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut kemudian ditoskan.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih dan bawang besar.
Goreng hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng sehingga pecah minyak dan masukkan rempah kari. Kacau.
Kemudian masukkan daging cincang dan ubi kentang.
Daging akan mengeluarkan air dan ini akan membolehkan ubi kentang masak. (sekiranya ubi masih belum empuk, bolehlah ditambahkan sedikit air)
Masukkkan pula capsicum, serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula.
Masak sehingga inti kering sedikit. Ketepikan.
 ~ ~ ~
Panaskan oven dgn suhu 180C.
Sapu mangkuk tahan panas/loyang dgn sedikit mentega.
Masukkan separuh dari makaroni yg dah dimasak td dan ratakan.
Lapiskankan slice cheese menutupi makaroni.
Kemudian masukkan inti dan ratakan.
Masukkan baki makaroni dan ratakan sekali lagi.
Tuang telur yg telah dikocok tadi meratai bahagian makaroni.
Picitkan sos cili ke atas makaroni tadi dan bakar selama 35 - 40 min.
Keluarkan dr oven, picitkan mayonis dan taburkan hirisan daun saderi.
Sedap dimakan panas2.
Selamat mencuba ...

Tuesday, January 1, 2013

CREAMY ANGEL HAIR WITH BASIL

ASSALAMUALAIKUM..


1 Jan 2013.. tahun baru sudah bermula.. Mesti ayat2 lazim keluar di kebanyakkan blog "Entri pertama di tahun baru 2013" hari ni kan.. Dan juga utk semalam, "Entri terakhir utk tahun 2012" hehehe.. Biasanya K.Nor pun gitu gak.. cuma kali ni tak nak cakap gitu lah.. nak buat kelainan sket.. sket jer.. Jgn marah ek.. saja gurau2 di pagi tahun baru nan dingin ni.. Hujan Non stop dari semalam cuma tak lebat jer... Balik dari Kota Bharu semalam, air naik semula di sekitar kawasan padang sekeliling rumah K.Nor. Memang lebat gak la tu hujan sbb air pun dah melimpah ke tengah jalan kat area depan nun..Mudah2an hujan tak berterusan lebat dan air kembali surut..

Hari ni persekolahan bagi negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah dah pun bermula kan. Anak dara dan hero bongsu dah kembali ke asrama masing2. Tinggallah K.Nor 3 beranak jer kat rumah (Along kata dia kembali menjadi anak tunggal hehe).. Yg pastinya mood memasak/membaking akan kembali suram tambah lagi hujan2 nih, lagi la dingin mood tu hehehe.. Insyaallah blog akan diupdate tapi sukar sket la nak kencang2 spt dolu2.. Mudah2an ianya tak padam terus dah la kan.. Apapun, kalau tak berhapdet tu, diharapkan mana2 resipi dan ilmu yg dikongsikan sebelum ni akan terus memberi manafaat buat yg memerlukan. Insyaallah..


Okay.. kita berbalik pada menu hari ni. Sebenarnya menu ni dibuat minggu lepas lagi dah.. Masa tu tak tau nak makan apa utk dinner, teringat ada 2 paket angel hair dlm gobok kat dapur. Lagipun dah lama tak makan pasta2 nih... Pastu terasa nak makan yg lain dr kebiasaan. Disebabkan daun selasih sangat merimbun di kebun sekangkang kerbau tu, K.Nor teringin nak masukkannya dlm menu pasta kali ni. Pernah terjumpa resipi masakan pasta yg letak daun basil/selasih sebelum ni. Terlupa la pulak nak save resipi2 tu. Jadi K.Nor gugel la resipi2 yg menggunakan daun basil dlm masakan pasta disamping bertanya geng2 sekutu yg sentiasa dihati hehe.. Geng Pot Pet dr zaman forum myresipi yg hingga sekarang masih rapat, bukan lagi di forum tp di pesbuk nun. Skrg kan zaman wassup.. jadi lebih mudah ler nak bersembang.. Bila dah ada group wassup ni, mudah la nak bertanya itu ini terutamanya idea nak masak2 dan juga nak tanya problem lain2 .. (insyaallah tak ada nak bercakap hal org lain, nak mengutuk org lain.. tak main la nak himpun dosa2 kering nih.. hehe)


Bila K.Nor tanya resipi nak masak pasta menggunakan basil, ada yg bagi idea itu ini.. Dan dengan menggabungkan idea resipi2 kat internet, terhasil lah satu dish yg sangat sedap! Memang best rupanya pasta bila diletak basil/daun selasih. wangi jer.. Tapi kalau dah anak tekak melayu tu kan, mana boleh tak ada rasa pedas2. Jadi K.Nor tambah dgn serbuk cili kasar dan juga lada hitam. Pastu letak capsicum sket.. perghhh.. enak sihhhh.. Tak caya tanya Along, dia balik malam tu, dlm perut kenyang pun abis dia pulun pasta yg K.Nor simpan utk dia.. hehehehe Memang yummehhh... Tak caya kena try ya... terutamanya bagi penggemar pasta ^___^

Mekasih buat Masz Kajang, Che'Iza yg kini dah menetap di Melaka, SoFea aka Kak Fiza Penang, Fatinz Perlis, Ana Bini Wahid makin cantik jelita hehe, juga Mimi Tokey Botol Mayo muncung 3 hehehe..  & semua geng LADY POWER GROUP ^__^  Jasa mu di kenang selamanya.. hehe  luv u all :)


CREAMY ANGEL HAIR WITH BASIL

Bahan2:
300 gm angel hair ~ boleh juga kalau nak guna spaghetti atau lain2 pasta
udang secukupnya
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ lebih sedap jika yg baru ditumbuk
1/4 biji capsicum hijau ~ dipotong dadu
1/4 biji capsicum merah ~ dipotong dadu
secekak daun selasih/basil
1/2 cawan susu cair
garam dan sedikit gula
air secukupnya utk merebus pasta
minyak zaitun

Cara:
Rebus pasta dgn air secukupnya hingga lembut/masak. Toskan. (simpan sedikit air rebusan).
Panaskan minyak zaitun dlm kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan layu. Masukkan serbuk cili kasar, serbuk lada hitam, capsicum, garam dan sedikit gula (jika suka). Kacau.
Masukkan udang dan masak sehingga udang berubah warna.
Masukkan pasta, daun selasih/basil, susu cair dan air rebusan pasta (sukatan air terpulang pada citarasa masing2, jika nak lebih berkuah, lebihkan sukatan air rebusan pasta)
Kacau goreng seketika dan bolehlah dipadamkan api.
Hidangkan dlm pinggan dan taburkan sedikit serbuk cili kasar atau serbuk lada hitam .
Selamat menjamu selera :)




Saturday, January 14, 2012

ANGEL HAIR GORENG LADA HITAM

ASSALAMUALAIKUM...

Quick update ya.. Tuan rumah dah kelepekan disamping ketandusan idea nak mengarang hehe..

Menu kali ni pasta versi angel hair. Lebih suka angel hair dr spaghetti kerana teksturnya yg lebih halus dan lebih enak pada anak tekak ni.. Terpulang pada masing2 nak cuba dgn angel hair ataupun spaghetti maupun dgn versi pasta yg lain..


ANGEL HAIR GORENG LADA HITAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 paket pasta angel hair
air secukupnya utk merebus pasta
1 mangkuk udang
3 - 4 btg sosej ayam ~ dihiris serong
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 bj bawang besar ~ dipotong dadu
5 -7 bj cili kering ~ dipotong serong
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ seeloknya guna lada hitam yg baru ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
capsicum hijau dan merah ~ dipotong dadu
lobak merah ~ dipotong dadu
garam
sedikit gula
1 cawan air rebusan pasta
minyak zaitun ~ boleh gunakan minyak masak biasa 

Cara:
Rebus pasta hingga lembut dan toskan. Simpan air rebusan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan masukkan bawang putih.
Tumis hingga wangi dan masukkan bawang besar dan cili kering.
Goreng lagi hingga bawang layu dan masukkan sos lada hitam, serbuk ada hitam dan kicap manis.
Kacau goreng seketika dan masukkan capsicum merah dan hijau serta lobak merah.
Masukkan pula udang, sosej, garam dan sedikit gula utk seimbangkan rasa. (boleh letak kiub ayam jika suka)
Kacau dan biar kan udang masak, kemudian masukkan pasta yg dah direbus td.
Kacau lagi hingga rata dan masukkan air rebusan. (boleh lebihkan air rebusan pasta jika ingin lebih berkuah)
Goreng seketika dan bolehlah dihidangkan.

Panas2... ^___^

Tuesday, January 3, 2012

MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM...

Entri masakan pertama utk 2012, MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH.. Dah agak lama tak goreng makaroni. Dah agak senyap cajun yg satu masa dulu agak heboh di dapur GMM. Mungkin akan ada yg bertanya apa itu CAJUN disebabkan tak tau apa bendanya tu, sila klik ke SINI. Ada K.Nor letak gambar cajun. Cajun ni sebenarnya sejenis rempah dan boleh didapati dipasaraya2 ya.. Boleh pelbagaikan penggunaan cajun ni selain dibuat pasta yg digoreng gini, boleh juga dijadikan bahan perap pada daging atau ayam (boleh digoreng atau dibakar atau bbq). Boleh juga ditambah lg gorengan sayur utk menghasilkan satu masakan yg enak. 




MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 kpg dada ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/2 batang carrot *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Isi ayam boleh digantikan kepada hirisan daging atau daging cincang.


Monday, November 28, 2011

SUP ANGEL HAIR

ASSALAMUALAIKUM..

Rasanya dah ramai yg maklum K.Nor pernah dan agak ulangkali gak tayang Sup Makaroni. Akhir2 K.Nor dah tak lagi buat versi makaroni tapi bertukar pada angel hair. Mula2 buat versi angel hair ni kes tak perasan stok makaroni dah nak abis. Masa tu kuah sup dah hampir siap, cuma tunggu nak masukkan makaroni jer dlm periuk. Bila check rupanya hanya ada secawan jer makaroni, nak gi beli masa tu dah dekat nak waktu berbuka. Jadi K.Nor amik angel hair yg mmg sentiasa ada stok kat rumah dan patahkan dua. Pastu humban jer dalam periuk bersama dgn spiral makaroni yg cuma ada 1 cawan tu. Alhamdulillah... rupanya sedap pulak bila makan sup yg diletakkan angel hair. Sejak hari tu, bila ditanya si anak dara nak berbuka dgn apa, mesti dia request Sup Angel Hair tu. Bukan dia aje suka, Naim pun kadang2 request gak benda yg sama. Tukang masak dgn suami tukang masak semua pulun hehehe..


Sup Angel Hair ni K.Nor buat based pada resipi SUP MAKARONI (resipi Masz Kajang.. Masz!! rindu sama laling weh... hehe) Pastikan ada sambal kicap time makan Sup Angel Hair ni utk keenakkan yg berganda hehe.. 

SUP ANGEL HAIR
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
220gm pasta angel hair
1 mangkuk daging yg dihiris panjang dan nipis
bebola ayam ~ dipotong 2 atau 4
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1in halia ~ diketuk
2 sudu besar rempah sup (boleh gantikan dgn 2 sup bunjut)
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ kalau nak lebih pedas boleh lebihkan
2 liter air
kobis ~ dipotong
carrot ~ disagat
1 bj tomato ~ dipotong 8
garam, gula
minyak
daun sup ~ dihiris
limau nipis/kasturi

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
3 bj buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia wangi.
Masukkan bahan penumis dan biarkan seketika.
Masukkan hirisan daging dan goreng hingga daging berubah warna dan masukkan pula rempah sup dan serbuk lada hitam serta sedikit air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan baki air. Masak hingga daging empuk.
Masukkan pasta angel hair dan bebola ayam, biarkan mendidih.
Masukkan kobis, carrot, garam dan sedikit gula.
Bila pasta dah lembut/masak, masukkan tomato yg dipotong tadi. (angel hair tak perlu dimasak lama sbb ia halus dan cepat lembut/masak)
Biarkan seketika dan tutup api.
Hidangkan ke dlm mangkuk bersama daun sup dan potongan limau nipis/kasturi serta sambal kicap.


Thursday, August 11, 2011

MAKARONI GORENG BEREMPAH PEDAS

ASSALAMUALAIKUM...


Tak mo long2 talk, nak short2 talk jer.. boleh kan... Kebizian sket arini... Layan jer menu berbuka semalam, kali ni melayan selera anak dara pulak. Kena adil la kan... Tapi tak per sbb menu ni menu kegemaran si tukang masak jugak hehe..


MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 cawan daging cincang ~ boleh guna isi ayam
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * 
(* dipotong dadu)
1/2 batang carrot ~ disagat

1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging cincang dan masak hingga daging bertukar warna.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.



Wednesday, June 29, 2011

Angel Hair Goreng Berempah Pedas

ASSALAMUALAIKUM...


Jom berbuka puasa...


Insyaallah, resipi akan di update nanti...

Updated:
Maaf la ya, tadi kalut menggoreng angel hair ni. Tak sempat nak pot pet2. Nak letak resipi pun tak sempat. Tambah pulak line cam hang jer, duk loading tak sudah2. Last2 post gitu jer, tanpa resipi.

Ok berbalik pd entri malam ni, alhamdulillah... dah selamat berbuka. Harap2 teman2 lain yg berpuasa hari ni pun dah selamat berbuka. Kali ni melayan permintaan suami tukang masak yg nak makan pasta utk berbuka. Layan, jangan tak layan.. kan.. hehe

Sebelum ni dah tengok Zaliedana dan Mas buat Angel Hair Goreng Berempah Pedas dengan menggunakan resipi Makaroni Goreng Berempah Pedas. Terasa gak nak cuba dgn angel hair seperti yg dia org buat. Alhamdulillah.. sedap! Memang tidak menghampakan. Si anak dara pun makan bertambah2..

Jom tengok resipi Angel Hair Goreng Berempah Pedas yg dah diedit sket penggunaan bahan2 yg digunakan..

ANGEL HAIR GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
200 gm angel hair
150gm daging kisar
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) * (*dipotong dadu)
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau *
(* dipotong panjang)
1/2 batang lobak merah ~ disagat kasar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ kurangkan jika tak nak pedas sgt
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 1/2 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 1/2 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan masakan yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka pasta yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Daging cincang boleh digantikan kepada hirisan ayam.

Cajun Seasoning
Ni contoh cajun brand McCormick
Gambar pinjam dr mr google


********

Yg dah mencuba ... TQ
1. Mas Duniaku

Thursday, June 23, 2011

Angel Hair Lemak Pedas.. Lagi...

ASSALAMUALAIKUM..

Dah makan semua? Yg dah makan, Alhamdulillah.. Yg belum, tak elok makan malam lewat2, sebaiknya biarlah sebelum pukul 8 malam. Wah.. wah.. pakar pemakanan beri syarahan pulak malam ni.. hahaha Tapi betul apa, seeloknya makan awal, antara pukul 7 - 8 malam, baru bagus utk sistem penghadaman kita. Kalau dah lebih dr pukul 9 atau 10 malam keatas tu elok amik yg ringan2 aje dah la.. Ni pun boleh elakkan pewut jd muncit ^__^


Jom layan menu malam ni, Angel Hair Lemak Pedas, resipi CMG yg dah acapkali K.Nor buat. Bila dah acapkali buat tu faham2 sendiri la kan.... Kalau tak sedap takkan nak buat berulangkali. Mekasih Che Mat, mmg resipi ni jadi kegemaran K.Nor. Tapi cam biasa mmg banyak yg K.Nor tokok tambah dlm masakan tu. Yg pertamanya mmg tak pernah beli meat loaf, jd K.Nor tukar kepada Ramly Sosej jer. Sama jugak dgn bay leaf, pun tak letak (tak pernah beli jugak hehe). Pastu tambah udang sket utk melazatkan lagi pasta ni,. Eh kali ni, tak letak capsicum sbb out of stock! Taruk jer la mana2 cili yg ada, tak kisah la kan.. Dan yg paling utama sekali, K.Nor guna angel hair sbb lebih sedap makan angle hair dr spaghetti. Ok lets check the recipe...

SPAGHETTI LEMAK PEDAS
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor @ SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti ~ k.nor guna angel hair
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu ~ k.nor gantikan dgn sosej dan udang
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air ~ k.nor guna air rebusan pasta tu

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

Thursday, June 16, 2011

Makaroni Goreng Pedas Berempah

ASSALAMUALAIKUM..

Sebenarnya tak sabar nak share satu resipi yg sangat2 sedap bagi anak tekak K.Nor sekeluarga. Kalau ikutkan nak post semalam lagi dah tp bg laluan pada Puding Sagu dgn Pati Santan dulu enterpreme. Bukan lah niat nak masuk lift tekan sendiri, tapi kalau dah dlm lif tu kita sorang2 kena la jugak tekan butang kan, kalau tak camna lif nak stop hehee... Ikhlas cakap mmg sedap makaroni digoreng gini. Dengan aromanya yg wangi masa duk tengah goreng tu, dgn rasanya yg lazat.. sampaikan K.Nor sapu habis balance makaroni masa sahur pagi tadi.. heeee.. (Cik Abg pun 2x makan semalam tau.. hehe)


Mula2nya K.Nor plan nak buat Makaroni Goreng stail biasa jer setelah awal pagi smlm tanya anak dara tu nak berbuka dgn apa. Dia request nak makan makaroni goreng. Pastu dlm kepala terlintas nak buat jenis yg letak lada hitam. Tup2 masa duk potong bahan2 tu, teringat kat Turkish Pide yg K.Nor buat baru2 ni. Masih teringat lagi rasa inti pide yg sedap tu. Dengan bau cajun yg wangi dlm inti tu, dtg idea nk masukkan juga cajun dalam makaroni yg nak digoreng. Pastu masukkan lada hitam dan juga serbuk cili kasar, dan tak lupa tomato yg dipotong dadu utk berikan rasa masam2 pada makaroni tu nanti dan juga capsicum yg akhirnya menghasilkan makaroni goreng yg sangat sedap. Wangi jer aroma makaroni ni masa sedang dimasak dan sudah pasti lah masa ngap lagi sedap :)


Bagi yg ada stok rempah cajun terutamanya yg baru2 ni buat Turkish Pide, jom la try Makaroni Goreng Pedas Berempah ni. Insyaallah.. tak rugi mencubanya kerana sangat sedap dan menyelereakan.. Try la ya..

MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 kpg dada ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/2 batang carrot *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Isi ayam boleh digantikan kepada hirisan daging atau daging cincang.

Cajun Seasoning
Ni contoh cajun brand McCormick
Gambar pinjam dr mr google


Updated

Yg dah mencuba.. Tq :)
2. K.Erna

Friday, June 3, 2011

Spaghetti Marinara

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. bertemu lagi dgn bulan Rejab, bulan Allah, bulan yg penuh keberkatan. Sama2 lah kita merebut peluang mendapatkan sebanyaknya keberkatan dan ganjaran dalam bulan yg mulia ni ya.. Banyakkan buat ibadah sunat, berzikir, bersedekah dan lakukan dgn seikhlas yg mungkin ya.. Semoga Allah menerima segala yg kita lakukan tu.. amin...

Ni lah menu berbuka semalam. Tak larat nak menghapdet semalam. Masak spaghetti ni pun atas request Cik Abg yg nak makan pasta bila ditanya nak makan apa utk berbuka. Masak pasta tak la susah mana kan. Dalam sejam dah siap pasta dan sosnya. Masak sos pasta jgn buka api besar, kena renihkan aje baru sedap sosnya.. insyaallah..


Dalam tak berselera nak makan, dapat gak habiskan sepinggan Spaghetti Marinara ni semalam. Perut sendat dgn air jer. Rasanya 3 gelas air yg diminum, betul2 dahaga disebabkan kekeringan air dalam badan akibat selsema dan tekak yg perit. Puding Roti Karamel pun makan 1/2 slice jer dari sekelopak bunga tu.. Sedap! Tak rasa mana pun roti yg kat dalamnya. Cik abg dan anak2 K.Nor pun suka dgn rasanya. 

Berbalik pada Spaghetti Marinara ni, resipi K.Nor amik kat rumah Ayu S'pore. Memang suka dgn rasanya yg pedas2 dan masam. Tambah lagi ada udang dan sotong dalam tu kan, mmg enak.


Nampak tak apa yg bergulung dibawah daun pudina tu? Tu adalah isi udang ketak! Masa gi pasar tani pagi semalam, lelaki jual ikan tanya kenapa lama tak dtg beli ikan. Yer la, selama ni tiap2 minggu gi pasar tani. Baru2 ni K.Nor mmg tak gi sebab sibuk dgn kenduri akad nikah adik ipar, pastu ke KL lagi pastu kenduri perkahwinan adik ipar tu kan.. Memang lama betul tak ke pasar tani. Bila nampak udang ketak kat meja jualan ikan tu, dia offer nak bg K.Nor.. hehe.. rezeki jgn ditolak. Dia siap siang udang tu, K.Nor bawak balik yg dah siap perisi.. Bukan banyak pun 2 ekor yg ngelast.. jadi lah utk nak merasa udang ketak..hehe.. Kan untung tu bila buat baik dgn penjual ikan, dapat udang pree.. hehe Haippp! Tak ada skandal ya.. dan memang K.Nor suka berbaik2 dgn penjual2 ikan, sayur, ayam dll, sikap ramah kan bawak berkat. Kalau nak tau, ni la 1st time K.Nor makan udang ketak.. hehe jakun betul.. rupa2nya mmg sedap udang ketak ni, terasa isi udang tu bila ngap. Patut la penjual ikan tu kata udang ketak ni sedap. Lepas ni boleh la try beli pulak, takkan nak yg pree sokmo kan.. hehee...

Nak resipi Spaghetti Marinara ni? Klik kat SINI ya.. Tuan rumah nak rest lak ni.. :)

Sunday, April 3, 2011

Spaghetti Marinara

ASSALAMUALAIKUM...

Masakan spaghetti yg sangat sedap, kalau tak caya tanya tuan empunya resipi, Ayu S'pore nun. Memang berbaloi mencuba resipi Ayu ni. Walaupun tak cukup bahan2 tapi alhamdulillah.. sudah cukup sedap pada anak tekak K.Nor sekeluarga. Yg dalam gambar ni K.Nor buat lama dah tapi lupa nak post. Baru2 ni masa sister K.Nor dan anak2 dia org datang makan malam kat rumah, Spaghetti Marinara ni la yg K.Nor hidangkan utk dia org. Seronok tengok anak2 sdara dan sister K.Nor makan, bertambah2 lagi. Satu kuali besar gravy yg K.Nor buat semua habis licin malam tu... Alhamdulillah..


Mekasih Ayu sbb dah share resipi yg mabeles ni. Insyaallah akan dibuat lagi dan lagi nanti.. Halal ya, nak share resipi tu kat sini pulak.. Tq :)

SPAGHETTI MARINARA
resipi : Ayu S'pore
sumber : K.Nor @SecubitGaram

Ingredients:-
1 packet spaghetti
some olive oil
salt
water
Boil all the above till al dente and drained.

Sauce:-
1 small bottle PREGO' tomatoes sauce + 1 bottle water(same bottle) or more
1-2 tomato diced/chopped
1 carrot shredded
1 big onion diced
2 garlics diced/chopped
1 capsicum diced-(optional)
1 small can button mushrooms slice
some medium prawns
some squids
$2 lala-(or mussels,optional)
1 tbsp chili powder-(optional kalau nak pedas)
2 tsp Italian herbs
1 tbsp pepper
1 tbsp black pepper
1 cube chicken stock
salt to taste
oil

mozzarella cheese shredded sprinkle on top
cheddar cheese shredded sprinkle on to
parmesan cheese sprinkle on top

Method:-
Heat oil and saute garlics, add in onions and stir till soft. Add in carrots,capsicum, and stir well. Add in chili powder,pepper,black pepper, Italian herbs,chicken cube and stir. Add Prego sauce, mushrooms,prawns, squids and lala and stir well. Add in water to estimate how much runny preferred, if wants thick then less water. Add salt let simmer for a while and turn off heat.
Pour onto boiled spaghetti and sprinkle with mozzarella, parmesan and cheddar cheese. Ready and serve hot

Saturday, March 19, 2011

Makaroni Goreng

ASSALAMUALAIKUM...


Hari ni tak ada menu lunch ya.. ada kenduri lg, penamat bagi musim cuti sekolah. Meh la layan Makaroni Goreng. K.Nor suka guna yg spiral, kadang2 beli yg bentuk shell. Suka guna yg dua ni sbb cepat lembut. Letih betul arini, duk membuli si iron sepetang.. Ok la ya.. nak rest pulak.. Jumpa lagi esok hari.. insyaallah..



Saturday, February 19, 2011

Sup Makaroni


Dah dah lah tu ya layan ciskek org amatur tu.. hehe.. Meh layan Sup Makaroni. Menu ulang tayang yg entah kali ke berapa. Maaf la kalau dah jemu tengok show Sup Makaroni kat rumah ni. Nak buat camna sbb tuan rumah seisi keluarga tak pernah jemu dengan Sup Makaroni yg mmg sedap ni. Kalau tak caya tanya Am Flora, tokey Apam Dot Dot dan tokey ciskek nun. Sup Makaroni ni mmg pebret kita org, kan Am :)


Resipi asal milik Masz Kajang yg dah lama menyepi. Tambah lagi dgn musibah terbaru. Semoga tabah ya Masz.. Rindu nak bersembang cam dulu2 dgn Masz ni.. Izinkan K.Nor tayang lagi resipi mabeles Masz tu kat sini ya.. Maceh laling :)

SUP MAKARONI
resipi : Masz Kajang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2
Makaroni (secukupnya)
3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang1sdk lada hitam - tumbuk ~ K.Nor letak 2 sudu kecilbebola daging - secukupnya ~ tak letak tp ganti dgn hirisan daging
2 kiub lembu/tulang rusuk ~ boleh guna kiub pati ayam
2ltr air/ secukupnya
segengam soohoon
sayuran- kobis & carrot - dihiris** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging
Bahan sampingan
ikan bilis kecil/halus - digoreng
daun sup/bawang - dihiris
bawang goreng
Cili tumbuk ~ tak buat, cuma makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi
Segengam cili padigaram
1 sdb jus limau kasturi** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi
- kacau

Cara Penyediaan
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang...

Monday, January 17, 2011

Baked Pasta

Malam ni tak nak bebel banyak2, kang sakit tekak balik.. erkkkk!! Ada kaitan ker bebel dgn jari boleh sebabkan sakit tekak? hehe.. Tak ada pong.. Sajer jer, rasa kekeringan idea nak membebel mlm ni. Kita layan jer ya tayangan amal terakhir utk hari ni dgn Baked Pasta, resipi yg diambil kat rumah Dayang Jack lamaaaaaaaa dulu. Tengok pada tarikh save as draf ni 28/10/10.. fuhhh lama betul. Ni baru berkesempatan nak buat.


Mekasih Dayang, sudi share resepi Baked Pasta ni. Anak dara yg nak makan sangat. Memang sedap cuma lain kali kena omit part kacang panggang sbb Aisyah dan Naim tak suka pulak dgn kacang panggang ni. Apa pun rasa pasta ni sedap, tambah lg masa nak makan tu letak sos cili.. lagi enak :) Ok Dayang, K.Nor tampal kat sini pulak resipi tu ya.. Mekasih :)



BAKED PASTA
sumber : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram



bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
2 cawan makaroni
1 cawan pasta spirals
100 g minced chicken
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil atau 230 g kacang panggang keju (Ayam Brand)
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
1/2 botol sos spagetti atau sos bolognese
1 sudu besar mentega

bahan sos putih :
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
1 slice cheesedale
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :
untuk pasta : Rebus pasta bersama sedikit garam hingga lembut ala dente. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang2 hingga naik bau. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. Barulah dimasukkan sos spagetti. Gaulkan sebati.
Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Tutupkan api.
Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan sedikit dgn mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan. Kemudian, ratakan pula dgn kacang panggang di atasnya.
Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dlm sauce pan. Kemudian masukkan cheesedale. Kacau hingga cair. barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat.
Tutupkan api dan tuangkan sos tadi di atas pasta dan ratakan. Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dgn suhu 160C.
***untuk sukatan dlm cawan, dyg menggunakan cawan metrik. Harap maklum.

Saturday, January 15, 2011

Angel Hair Lemak Pedas

Ada sapa2 nak supper? Kita supper dgn yg ringan2 nih, Angel Hair Lemak Pedas. Resipi asal Spaghetti Lemak Pedas by Che Mat yg pg td ketat kes lappy dia buat hal. hehe.. Nak yg baru la tu Che Mat.. :)

K.Nor mmg suka masak pasta stail gini selain dr bolognese. Biasa la kan anak tekak melayu ni kalau tak pedas tak sah. Lagi pun dlm sos bolognese yg K.Nor buat pun K.Nor letak cili mesin.. hehe.. ala... kita yg buat dia kan.. :)


Maaf ya Che Mat, dah diderhakakan penggunaan spaghetti tu. Kebetulan stok angel hair jer ada kat rumah. Kalau diperahatikan agak patah2 angel hair tu kan. Sebenarnya dah 3 @ 4 hari lepas dah K.Nor rebus angel hair ni, tapi tak jadi nak masak. Masuk bekas, simpan dlm peti ais. Tadi pulak gi celur sekejap, padahal terus masuk dlm kuali pun tak per. Tu sebab patah2 tu, tp rasa tetap maintain sedap! Satu lg K.Nor tambah sket bahan dalam tu.. letak udang! Lagi la enak sih... Jom makan Angel Hair Lemak Pedas.. erkkk.. sebelum tu kita tengok resipi dulu.. mintak izin ya sekali lg Che Mat .. mekasih :)

SPAGHETTI LEMAK PEDAS by CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

Friday, January 7, 2011

Spaghetti (Angel Hair) Bolognese & Dpt 'Cucu' Lg... :)

Sudah penat... Nak masukkan n3 terakhir utk malam ni pun rasa cam tak larat dah.. Dari petang td duk main masak2 kat dapur menyediakan makan petang dan jugak sambil2 siapkan makan malam. Nasib baik la buat spaghetti gini tak cerewet mana. Bila dah prepare semua bahan2 utk buat kuah spaghetti dan start menumis bolehlah sediakan bahan2 utk buat hidangan makan petang. Kuah spaghetti ni biasanya perlu dimasak secara renih atau kata lain masak dgn api perlahan dan biarkan ia mendidih slow2 atas dapur. Layan mata aje la ya dinner K.Nor sekeluarga malam ni, Spaghetti (Angel Hair) Bolognese. Stok spaghetti ada sket jer, tu yg kena guna Angel Hair yg masih ada sepeket.


Untuk hidangan petang, pg esok la ya K.Nor masukkan n3. Nak rest pulak, males dah nak mengedit/resize/letak watermark kat gambo biar pun dua tiga keping jer gambo. Nak mengarang pun dah tak ada idea.. hehe..

***


Oppsss!! sebelum terlupa.. Nak ucapkan tahniah buat anak sdara K.Nor (Fajariah) yg baru mendapat cahayamata pertama lewat petang td. Bertambah sorang lg cucu buat sister K.Nor yg duk kat Puchong tu. Kali ni cucu lelaki yg dilahirkan kalau tak silap pukul 6.40 ptg td, melalui tingkap jugak. Alhamdulillah.. tak per la asalkan ibu dan bb selamat dah la kan.. Bertambah sorang lagi cicit buat ayah K.Nor dan cucu sdara ke3 buat K.Nor hehe.. ermm bila lak nih nak gi tengok cucu baru..

K.Nor pernah tayang gambar2 perkahwinan anak sdara ni dulu kat blog ni. Nak tengok? Sila la klik kat SINI.. Tahniah buat Mc Faja dan Shahmi yg skrg dah bergelar ibu dan ayah dr Chu sekeluarga :)

Tuesday, December 7, 2010

Spaghetti Versi Anak Tekak Melayu

Tau kenapa tajuk tu jd gitu? Haa... betul la tu, mmg rasa spaghetti ni sesuai sgt dgn selera anak tekak org Melayu. Sudah semestinya ada rasa pedas!! Menyengat! Berasap! Keluar abis air idung, air mata, air ..... haip!!! jgn kuning atau biru.. konar balik ya.. cukup la dgn air mata dan air hidung, jgn duk pikir air lain2 lak..Tak baik ya.. Memang pedas tp yg pastinya SEDAP!! Naim pun cakap sedap, siap menambah lg masa makan smlm. Yep semalam, bukan menu arini. Ni menu berbuka semalam utk K.Nor dan cik abg.. alhamdulillah.. Ada yg berpuasa lagi hari ni? Alhamdulillah.. semoga puasa kita mendapat keberkatan dr NYA.. amiin..


Tau tak sapa pemilik resipi spaghetti pedas berasap ni? Sapa lagi kalau bukan jejaka Sedenak nun.. erkkk.. silap2.. YB Sedenak! hehee... Masa ni la nak buat baik2 dgn YB, time pilihanraya tak leh buat baik, kang org kata ada udang disebalik mee sanggul.. kan.. hehe.. ampun Che Mat, kita gurau2 jer ya..

Cik Min pun dah buat menu ni kan, sedap kan.. K.Nor buat basah2 sket. Kalau nak tau, K.Nor guna semula air rebusan spaghetti tu. Pernah tengok kat AFC, chef tu guna balik air rebusan spaghetti utk menyedapkan lg rasa spaghetti yg dimasak. Asingkan air rebusan kedalam bekas lain dan toskan spaghetti yg dah direbus tu. Try la..insyaallah rasa spaghetti lebih enak! Ada satu part yg terpaksa K.Nor derhaka iaitu penggunaan meatloaf Ayamas tu. K.Nor ganti dgn sosej ayam Ramly dan sedikit chicken ball. Dan daun salam K.Nor ganti dgn daun ketumbar. Sori la ya Che Mat, bukan sengaja nak derhaka tp mmg tak pernah beli daun salam. Tak tau camna bau dia..Tp tau ada dijual kat rak spices di Giant tu, cuma tak terbeli jer hehe..


Halalkan ya Che Mat, nak kopipes resipi tu kat sini.. Insyaallah bakal dibuat lg nanti.. Tq..


SPAGHETTI LEMAK PEDAS by CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

Friday, November 5, 2010

Spaghetti Goreng

Salam Jumaat buat semua..

Mendung jer cuaca pg ni. Semalam masa nak masuk tidur bukan main lg lebat hujan siap dgn kilat lagi. Ingatkan hujan akan berlarutan maklum la skrg ni dah musim tengkujuh bg kawasan pantai timur. Alhamdulillah... belum kena banjir lg kat pantai timur ni. 

Sebelum ke menu pg ni, K.Nor nak wish Happy Divali buat Love dan famili. Semoga bergembira di hari raya ni ya..


Menu kali ni simple jer, Spaghetti Goreng. Menu berbuka buat tukang masak dan cik abgnya, manakala menu dinner buat anak2. Masak yg simple jer sbb kepala tukang masak duk berdenyut jer 2 hari ni. Skrg ni pun masih berdenyut. Ok la.. nak stop pot pet dulu.. Jumpa lg...

Friday, October 8, 2010

Blackpepper Spaghetti

Salam semua..

Dah 29 Syawal hari ni, penghujung Syawal bg tahun ni. Insyaallah hari ni hari terakhir berpuasa setelah 9 hari direct K.Nor berpuasa nak mengejar baki Syawal bg menjelaskan hutang dan seterusnya puasa 6. Si anak dara pun dah abis bayar hutang dia smlm.. Alhamdulillah.. sempat gak akhirnya..


Kali ni nak tayang menu berbuka smlm, menu yg cukup simple tp menyelerakan. Biasanya kalau masak spaghetti asyik duk wat bolognese atau goreng biasa jer, kali ni K.Nor cuba resipi Blackpepper Spaghetti by Mokwo. Alhamdulillah.. sedap kat anak tekak.. Memang boleh dibuat lagi dan lagi nanti.. insyaallah.. Sori la Mokwo, Nor ada derhaka sket, sket jer. Nor tak letak mix vegie sbb tak ada stok dlm freezer lagi pun anak2 Nor tak suka dgn mix vegie ni. Drp duk berterabur tepi plate baik tak yah letak. Jadi Nor gantikan dgn carrot dan capsicum jer. Pastu tambahkan 1 sk serbuk lada hitam utk kasi lebih rasa lada hitam sbb sos lada hitam biasanya tak rasa sgt lada hitam tu kan.. Mekasih ya Mokwo, cam biasa la ek.. nak tempek resipi tu kat sini ya... :)



BLACK PEPPER SPAGHETTI by Mokwo

bahan2:
1/2 peket spaghetti-- rebus dan toskan
150gm daging cincang
3 batang sosej-- hiris
1/2 cawan mixed veggie
4 ulas bawang putih-- tumbuk
4 ulas bawang merah--tumbuk
sehiris halia--tumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos lada hitam ~ k.nor tambah 1 sk lada hitam yg ditumbuk
kicap manis secukupnye
garam gula secukup nye
minyak utk menumis

cara2nye:
-tumis bahan2 tumbuk
- masukkan daging cincang dan tambah air skit..masak daging sampai empuk.
-tambah mixed veggie. sosej dan segala sos2, kicap
-akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sebati
-perisakan dgn garam dan gula
-hidangkan..biasanye mokwo suka di hidang dgn daun pudina ..tapi ari tuh x dek lah pullook! (k.nor tak letak sbb tak ada stok)