f Secubit Garam: Spaghetti Versi Anak Tekak Melayu

N3 Terkini

Tuesday, December 7, 2010

Spaghetti Versi Anak Tekak Melayu

Tau kenapa tajuk tu jd gitu? Haa... betul la tu, mmg rasa spaghetti ni sesuai sgt dgn selera anak tekak org Melayu. Sudah semestinya ada rasa pedas!! Menyengat! Berasap! Keluar abis air idung, air mata, air ..... haip!!! jgn kuning atau biru.. konar balik ya.. cukup la dgn air mata dan air hidung, jgn duk pikir air lain2 lak..Tak baik ya.. Memang pedas tp yg pastinya SEDAP!! Naim pun cakap sedap, siap menambah lg masa makan smlm. Yep semalam, bukan menu arini. Ni menu berbuka semalam utk K.Nor dan cik abg.. alhamdulillah.. Ada yg berpuasa lagi hari ni? Alhamdulillah.. semoga puasa kita mendapat keberkatan dr NYA.. amiin..


Tau tak sapa pemilik resipi spaghetti pedas berasap ni? Sapa lagi kalau bukan jejaka Sedenak nun.. erkkk.. silap2.. YB Sedenak! hehee... Masa ni la nak buat baik2 dgn YB, time pilihanraya tak leh buat baik, kang org kata ada udang disebalik mee sanggul.. kan.. hehe.. ampun Che Mat, kita gurau2 jer ya..

Cik Min pun dah buat menu ni kan, sedap kan.. K.Nor buat basah2 sket. Kalau nak tau, K.Nor guna semula air rebusan spaghetti tu. Pernah tengok kat AFC, chef tu guna balik air rebusan spaghetti utk menyedapkan lg rasa spaghetti yg dimasak. Asingkan air rebusan kedalam bekas lain dan toskan spaghetti yg dah direbus tu. Try la..insyaallah rasa spaghetti lebih enak! Ada satu part yg terpaksa K.Nor derhaka iaitu penggunaan meatloaf Ayamas tu. K.Nor ganti dgn sosej ayam Ramly dan sedikit chicken ball. Dan daun salam K.Nor ganti dgn daun ketumbar. Sori la ya Che Mat, bukan sengaja nak derhaka tp mmg tak pernah beli daun salam. Tak tau camna bau dia..Tp tau ada dijual kat rak spices di Giant tu, cuma tak terbeli jer hehe..


Halalkan ya Che Mat, nak kopipes resipi tu kat sini.. Insyaallah bakal dibuat lg nanti.. Tq..


SPAGHETTI LEMAK PEDAS by CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

10 comments:

  1. Hello K. Nor, this is very nice. For me, I only eat spaghetti kalau ada taugay, ha ha. My wife says saya gila, only one on this planet makan begitu.
    Yours looks delicious.
    Ada lagi?
    You have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  2. Menarik tu kaknor, kalerpul n mcm2 rasa..yg kompom air tgn kaknor pasti sedap..nak banyak

    ReplyDelete
  3. salam kak nor...
    wawawaaaa.....pesal nampak lagi sedap dari saya buat..mesti sebab air tangan macam kata lina_pg sepatah..

    ReplyDelete
  4. kalau dah sampai berasap... sori lah, IM tak tahan..

    ReplyDelete
  5. salam kak

    wa wa wee,thanks akak dah cube nti saya bgtau hehe

    ReplyDelete
  6. uncle lee >> ni la 1st time saya dengar org makan spaghetti letak taugeh.. hehe tak kisahlah kan kalau ikut selera anak tekak sendiri tu..

    sori la uncle, semua sold out smlm :)

    lina >> mmg kalepul tu menarik minat nak makan. bila rasa lagi la sedap! tak ada la lina, sama jer air tangan k.nor atau lina.. semua ada keistimewaan sendiri kan.. :)

    che mat >> salam che mat, ishh mana ada.. che mat punya pun nampak menyelerakan gak tu, kalau tak takkan saya tertarik nak buat hehe

    apapun mmg mabeles rasa spaghetti ni che mat.. thanks ya share resipi :)

    IM >> kita yg buat dia kan, kurangkan la sukatan cili padi dan serbuk lada hitam tu..

    pia >> salam pia... jgn lupa beritau ya.. slmt memasak spaghetti :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya k.nor.. lain kali nak cuba

    ReplyDelete
  8. sedapnya nor..akak pernah terbaca kat facebokk..pregio ada b*** punya la akak takut nak buat.alhamdulillah..mat dah buat tak guna pun benda tu.dan nor dah c&p kat sini..insyaallah..dapat la makan spagheti versi tekak melayu nanti ni..
    terima kasih nor..

    ReplyDelete
  9. salam nor,
    kita datng nii lagi..tapi kali ni mood dah ok sikitlah.. thanks ya nor, for the comforting words..
    baru kita tahu sifufu budak dajal tu
    comment sama kat blog yg cakap pasal yummy tu ya..memang harus kena rotan kat kaki kan nor..kalau dapat cili padi kampung lagi best kita tenye kat mulut dia..hehe..

    ReplyDelete
  10. umialya >> try la buat, tp kalau anak2 nak makan, kurangkan sket cili padi atau serbuk lada hitam tu. tambah jer dlm pinggan kita bila kita nak makan :)

    k.erna >> nor tak pernah masak spaghetti guna sos readymade kat dlm botol tu.. biasanya gravy dia buat sendiri jer. dan nor pernah gak dengar kes pre*o tu

    try la resipi che mat ni k.erna, insyaallah sedap

    ayu >> agak2 nak berapa bj cili padi tu, nor boleh supply hehe

    ayu >>

    ReplyDelete