f Secubit Garam: Onde2 Keledek

Monday, December 27, 2010

Onde2 Keledek

Ini la hasil projek petang semalam, onde2 Keledek. Sebelum ke Puchong baru2 ni ada beli sedikit ubi keledek tp tak sempat nak buat apa2 dgn keledek tu. Duk la termenung kat dapur. Kesian la pulak. Ingatkan dah masuk angin, tp alhamdulillah.. masih ok lg. Masa masuk rumah Yatie smlm terpandang dia buat Onde2 Keledek ni terus ingin nak cuba. Bila direbus, sedap pulak ngap keledek isi oren ni. Aisyah pun sama naik duk ngap gak. K.Nor mmg suka makan keledek rebus atau keledek goreng.. best!


K.Nor guna keledek oren jd K.Nor skip jer la pewarna dlm adunan tu. Kiranya pewarna asli gitu hehe.. Kalau buat dgn keledek jepun yg kaler purple tu pun cantik gak kan.. jadi la onde2 kaler purple, kan...

Mintak izin ya Yatie, K.Nor nak C&P resipi tu kat sini. Mekasih..

ONDE-ONDE KELEDEK
sumber: Yatie Memories
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2


Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.