f Secubit Garam: Kurma Ayam

N3 Terkini

Monday, December 27, 2010

Kurma Ayam

Salam semua....


Kurma Ayam?? Atau Ayam Masak Kurma?? Sama jer rasanya tu kan.. hehe.. Lama tak buat Kurma Ayam, sekali buat Luqman makan nasi bertambah2. Harum semerbak bau lauk ni katanya. Along dulu pun suka makan Kurma Ayam. Sejak dia jauh ni dah lama betul K.Nor tak masak lauk ni.

Updated:
Melayan permintaan Izah yg nak resipi Kurma Ayam yg simple ni. Sebenarnya K.Nor tak pandai gak nak masak Kurma Ayam yg sedap2. Kalau nak tau K.Nor cuma ikut cara yg kat belakang pack rempah Kurma Adabi tu jer. Dan cara ni la yg K.Nor duk guna selama ni. Meh nak letak kat sini resipi olahan Kurma Ayam stail K.Nor (lebih kurang yg belakang pek rempah kurma tu gak ni)


KURMA AYAM

1/2 ekor ayam ~ dipotong
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus/pjg
1 paket rempah kurma Adabi ~ bancuh dgn sedikit air panas utk jdkan pes
4 cawan santan (sederhana pekat)
2 bj ubi kentang ~ dipotong
1 bj tomato ~ dipotong 8
1 bj cili merah ~ dibelah 2 tp tak putus
garam dan gula (jika suka)
minyak

Panaskan minyak dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang kekuningan dan masukkan bawang putih dan halia.
Goreng lg hingga wangi.
Masukkan pes rempah kurma, kacau2 dan biarkan hingga pecah minyak dan masukkan ayam.
Gaul ayam hingga mesra/sebati dgn rempah dan biarkan seketika (boleh dimasukkan sedikit air jika rempah terlalu pekat).
Bila ayam dah bertukar warna, masukkan santan dan ubi kentang (gunakan api sederhana jer)
Masak hingga mendidih dan jangan lupa utk mengacau supaya santan tak naik kepala.
Masukkan tomato, garam dan sedikit gula.
Bila ayam dan ubi kentang dah empuk, masukkan cili merah.
Kacau dan biarkan sekejap, boleh lah dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan.


*kalau kuah agak pekat, boleh lah dimasukkan sedikit air panas dan masak utk seketika lg.


7 comments:

  1. ada kesayuan dihujung ayat tersebut..hehhee... nampak sodap tu.saya pun dah bertahun tak masak ayam kurma.. tak berapa nak menjadi kalau masak..nak kena praktis nih..recepi nye tak de ke bukk..kiki

    ReplyDelete
  2. salam K.Nor,
    wah berbau harum semerbak sampai ke sini kak...tu yg singgah ni...suka msk ni....jamu mata jer lah nengok..hihi

    ReplyDelete
  3. kurma ni pun peberet anak2 mas kak...bertambah2 nasi klu mas masak kurma...sedappnya tengok kurma kak nor ni...

    ReplyDelete
  4. izah >> huhu.. perasan ya, nak buat camna.. hati sorang ibu :)

    udah diletak resipinya, stail simple jer tu.. silakan cuba ya.. :)

    nieza >> salam nieza..

    wahhhh kuatnya deria bau nieza ya.. hehe

    mas >> anak2 mmg suka lauk kurma kan mas sbb sedap dan tak pedas

    ReplyDelete
  5. salam..kak nor teruja tengok kurma..saya tak penah jadi masak kurma..lepas mintak petua nk bagi kuah pekat ngan kak nor dulu,,tak buat lagi..takut tak jadi..

    ReplyDelete
  6. suri >> salam suri, try la resipi ni lak ya..

    kalau nak kuah lebih pekat:
    1. lebihkan rempah atau bawang yg digunakan.
    2. gunakan santan yg lebih pekat atau kurangkan sukatan air jika guna santan pekat yg dlm kotak.
    3. masak lama sket tp jgn buka api kuat, biar ia merenih jer sampai kuah tu pekat yg kita suka

    slmt mencuba :)

    ReplyDelete
  7. salam kak

    ehehe,mcm tau2 je akak

    pia msk mesti kuahnya pekat

    nak mrh kentang lah,hihi

    ReplyDelete