f Secubit Garam: Daging Kicap Beriani

N3 Terkini

Thursday, December 2, 2010

Daging Kicap Beriani

Resipi asal dr TiffinBiru, pemiliknya sapa yg tak kenal kan. Kebetulan ada sket lg daging batang pinang dr himpunan daging qurban yg dpt aritu. Ada lg daging dan tulang temulang dlm freezer tu. Bukan tak nak masak tp tak leh masak kerap sgt masakan daging kan. Lagipun, cik abg tu tak leh makan kerap sgt daging, nanti gigi dia sakit. Kalau K.Nor hari2 menu daging pun tak per.. best! :)


Mintak izin Che Mat ya nak kopipes resipi daging tu kat sini. Mekasih.. psst! che mat, arini tak ada sesi derhaka. Arini jd anak murid baik, tak derhaka sikit pun cuma tak letak leek jer sbb tak ada stok leek :)

DAGING KICAP BERIANI by CMGebu
sumber: SecubitGaramNor67


BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging batang pinang
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*tumbuh halus)
1 camca teh minyak sapi
2 biji kentang, belah 8 setiap biji, rebus 1/2 empuk dan goreng garing
1 batang leek, kerat dan rendam
1 biji bawang besar hiris kasar
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 pokok daun ketumbar, hiris asar
3/4 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
4 camca besar kicap manis
1 camca besar rempah beriani + 1/2 camca air, kacau rata
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Hirisan daun ketumbar sebagai hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
Daging dihiris nipis, cuci bersih dan perap dengan bahan tumbuk halus, perap 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan minyak sapi tadi dan biar cair. Tumis kayu manis, bunga lawang dan cili kisar hingga garing, masukkan rempah beriani tadi dan kacau rata. Masak hingga terbit minyak.
Masukkan daging, dan kacau rata, biar daging kecut. Tambah kicap, daun ketumbar dan gula melaka. Kacau rata dan biar masak dengan api kecil.
Bil daging empuk, masukkan bawang besar, cili merah dan leek tadi, kacau dan biar 4 - 5 minit hingga layu, rasa dan jika ok, boleh diangkat. Tabur dengan hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

9 comments:

  1. adusss Nor...enaknya. tak semena-mena perut jd lapar..

    ReplyDelete
  2. salam kak

    masak kicap pon ade byk version..bgs2 variety

    ReplyDelete
  3. salam..

    k,nur...ayu kan tak boleh makan daging. rasa sedih bila semua blogger masakan tayang makanan yang berasaskan daging..maklumlah daging qurban

    nak buat macamana telan air liur jerlah

    ReplyDelete
  4. Aikk K.Nur sama lak kita mengabiskan daging korban yee....
    Saya hr ni wat kari ...makn gan roti aje...pn sodap..

    ReplyDelete
  5. noor >> hehehe.. sian dia :)

    pia >> w'salam pia..

    credit to che mat la tu pia

    ayu >> assalam ayu, kenapa tak leh makan daging.. sakit apa? darah tinggi ke?

    ina >> rasa gak nak buat kari, sedap kan.. boleh wat roti jala lak lps tu.. ehhehe

    ReplyDelete
  6. rieyana >> lama pun tak per :)

    ReplyDelete
  7. singgap jap...jd laoooooooonya perut kitak

    ReplyDelete
  8. CT >> dah waktu lunch kan.. gi lunch nun hehe

    ReplyDelete