f Secubit Garam: Ayam Masak Sos

N3 Terkini

Thursday, December 16, 2010

Ayam Masak Sos

Menu hari ni, Ayam Masak Sos, resipi Nina Sweetlily. Dah pernah buat dulu, sedap dan anak2 K.Nor suka. Menu ni jd pilihan utk digandingkan dgn Nasi.......... erkkk... nanti kemudian la citer dlm n3 seterusnya ya.. hehehe... Nantikan n3 seterusnya ... sabar.. jgn marah.. nanti cepat kedut hihihi...


Nina, K.Nor share sekali lg resipi tu kat sini ya.. mmg dah jd pebret lauk Ayam Masak Sos ni .. Tq :)


AYAM MASAK SOS by Nina SL
sumber : SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
Dada ayam - potong kecil - goreng terlebih dahulu pun sedap
2 biji bawang merah - hiris halus
3 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1" halia - hiris halus
2 biji tomato
4 tangkai lada kering
sedikit lada hitam
1 batang lobak merah - potong bulat
sos tiram
sos cili
sos tomato
soya sos
sedikit kicap pekat
1/2 cawan air
sedikit gula + garam
*2 sudu cili mesin ~ ni K.Nor tambah


Cara membuatnya:
- Panaskan minyak dalam kuali. tumis semua bawang, halia dan lada kering hingga garing.
- Kemudian masuk 1/2 cawan air. gaul rata.
- Masuk ayam dan semua jenis sos + lada hitam. masuk lobak.
- Biar hingga mendidih dan masak hingga kuah agak pekat.
- Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan dengan garam + sedikit gula.
- Angkat dan tabur dengan daun sup. hidangkan..

** K.Nor goreng dulu ayam yg digaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.

3 comments:

  1. salam 10 muharram kak

    nak rase,hihi

    ReplyDelete
  2. uish berkilat...terliur tgk ni

    ReplyDelete
  3. pia >> salam pia.. silakan.. ceduk nasi sekali ya.. offer baik utk 10 muharram ni :)

    lela >> sedap ni lela, try la

    ReplyDelete