f Secubit Garam: Puding Dadih Perisa Kiwi

N3 Terkini

Tuesday, December 7, 2010

Puding Dadih Perisa Kiwi

Dessert ni K.Nor buat semalam sbg juadah berbuka puasa. Lama betul tak buat dessert mudah dan sedap ni. Ingatkan nak tunggu anak dara yg buatkan sbb dulu dia selalu buat puding ni. Kebetulan pulak dia tak ada jd K.Nor kena buat sendiri gak la nampaknya. Kali ni guna perisa kiwi.. ermmm.. enak dan nyaman anak tekak makan puding sejuk2 gini.


Resipi asalnya dr K.Fida MyR. Mudah sgt2. Kalau tak mudah takkan anak dara K.Nor boleh buat kan.. hehe Boleh aje nak guna sebarang perisa, terpulang pd citarasa masing2. Meh nak tayang sekali lg resipi K.Fida tu kat sini utk mudahkan sapa2 nak buat ya.. Kalau nak tengok contoh serbuk dadih yg K.Fida gunakan boleh klik kat link K.Fida tu ya


Puding Dadih Buah-Buahan Segera by K.Fida MyR
sumber : SecubitGaramNor67

Bahan-bahan ( 10 orang )
1 peket serbuk dadih buah-buahan (perasa ikut pilihan)
1500 ml air
200 ml susu sejat
50 g gula halus
loyang atau acuan puding kecil2 secukupnya

Cara-cara
Dalam sebuah periuk,masak air,susu dan gula hingga mendidih.Kecilkan api dan masukkan serbuk dadih dan kacau rata.Masukkan pula gula buah2an(sedia ada dlm peket berisi serbuk dadih=2 gm) dan terus kacau.Matikan api.Disebelah adalah gambar serbuk dadih buah2an..
Tuang adunan puding ke dalam acuan2 kecil hingga habis dan sejukkan.
Adunan puding boleh dibubuh ke dalam loyang jika suka.
Setelah puding sejuk pada suhu bilik,simpan di dalam peti sejuk dan siap untuk disajikan.Jika suka,hias puding dgn buah segar yg dipotong kecil atau buah koktel.


14 comments:

  1. kak nor, cmner nak senang kuarkan puding dr acuan yg kecil kecil tu ek..

    ReplyDelete
  2. ina >> kaedah nak mudah keluarkan puding kena basahkan acu/loyang dgn air. pastu masa nak keluarkan tu, cungkil sket dgn lidi satay atau apa2 yg nipis. kena hati2 sket la

    ReplyDelete
  3. ina >> ada gak yg kata kena rendam kejap dlm air panas utk mudah keluarkan gak.. wallahua'lam... try la mana2

    ReplyDelete
  4. salam kak nor,

    rasa dah lalu je kat tekak saya...enak

    ReplyDelete
  5. Salam Nor,
    Nor kalau buat selalu guna jenama apa ya

    ReplyDelete
  6. hani >> w'salam hani.. try lagi enak kalau betul2 lalu kat anak tekak hani :)

    k.aidah >> w'salam, maaf banyak2, stok dadih segera tu ada satu paket tu jer kat rumah. dan nor buat puding ni kan semalam, so sampah2 dah dibuang pun.. tak leh nak selongkar la tong sampah.. hehe.. nor pun tak ingat dah brand apa sbb banyak jenis gak kan.. cuba la mana2 dulu.. sori ya k.aidah

    ReplyDelete
  7. adehhhh.... pitam... pitam.... masok sini.... helppppp!!!!... * saja2 je ni.... nk bodek puding... hehe*

    ReplyDelete
  8. ana >> laaa apsal cakap saja2 je.. kalau tak cakap akak dah gi hantar puding sebekas.. tak jadi la sbb saja berlakon pitam kan.. hihi

    ReplyDelete
  9. SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH KAK NOR...

    Sedap Nampak Puding Dadih Perasa Kiwi Tu....Warna Hijau Yg Lembut Menawan Hati...

    ReplyDelete
  10. salam Kak Nor...puding dan buah kiwi tu memang my fav tu....sedapnya kalau dimkn sejuk2...:)

    ReplyDelete
  11. tepat sekali,di ngap sejuk2...sedapnya :)

    ReplyDelete
  12. lin >> salam maal hijrah lin..

    mmg sedap lin.. nak? hehe

    nieza >> betul2.. puding mmg syok layan sejuk2 kan, sib baik smlm panas tak hujan :)

    pia >> pandai! 10 markah hehe

    ReplyDelete
  13. mmg sedap la puding ni..slalu pakai serbuk perisa buah-buahan je..blh ke kita potong kecil buah-buahan dan dicampur dlm adunan.

    ReplyDelete
  14. onie >> salam.. rasanya boleh tp lebih sesuai letak dlm cup/acu kecik2 yg tak perlu kita potong masa nak serve. terus serve sebekas gitu dan scoop dgn sudu masa nak makan. kalau nak guna loyang besar dan nak kena potong, kena guna pisau yg betul2 tajam kalau tak berterabur buah masa kita potong

    ReplyDelete