f Secubit Garam: Lala Hot, Sweet & Sour

N3 Terkini

Monday, December 6, 2010

Lala Hot, Sweet & Sour

Ada sikit penambahan pd nama menu ni kan. Biasanya org sebut sweet & sour jer tp sbb K.Nor buat pedas2 sket jd la Lala Hot, Sweet & Sour. Menu campak2 jer td ni, masak lepas balik dr pasar dan shopping kat kedai baking, pastu shopping barang dapur sket. Cukup la utk 2 beradik kat rumah ni (Aisyah ke kem Bahasa Arab selama seminggu kat Batu Rakit). Jom tengok resipi ya..


LALA HOT, SWEET & SOUR

Bahan:
500gm lala
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
1/2 halia ~ ditumbuk kasar
1 labu bawang besar ~ potong baji
1 bj cili hijau ~ dipotong serong
5 - 7 bj cili padi ~ belah dua
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
daun bawang ~ dipotong
tomato ceri
minyak


Cara:
Rendam lala seketika dlm air, bilas bersih2 dan toskan.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
Goreng hingga wangi dan masukkan cili padi, cili hijau dan bawang besar.
Goreng hingga bahan2 tadi layu dan masukkan kesemua sos serta gula.
Masak lagi hingga sedikit pekat dan masukkan lala.
Kacau rata ke semuanya dan tutup kuali supaya lala masak serata.
Tak perlu masukkan air sbb nanti lala akan keluarkan airnya sendiri.
Masukkan daun bawang dan tomato ceri.
Gaul sebati dan boleh lah dihidangkan panas2.


**
Kali ni K.Nor tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr sos tiram dan sos ikan. Apapun terpulang pd citarasa sendiri, kalau rasa nak letak, silakan :)
Kalau rasa terlalu kering boleh masukkan sedikit air.


7 comments:

  1. jiya >> wow cepatnyer masuk.. dah abis lepas geram ke? hehe

    ReplyDelete
  2. nor..sedapnya..lala..akak anak beranak suka ni..anak akak panggil isketambola..tah macam mana kecik2 dulu dia sebut macam tu sampai la sekarang..
    tapi akak selalu masak lomak cili api je..
    terima kasih nor share resepi ni..boleh cuba resepi dari nor ni nanti..

    ReplyDelete
  3. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432! ^_^

    ReplyDelete
  4. salam sedapnyer lagi pedas lagi power 3 kilo boleh sekali hadapjer buat gatah jer muahahaha

    ReplyDelete
  5. salam k.nor..

    selamat menyambut maal hijrah 1432 k.nor..
    semoga kehadiran tahun baru sebentar lagi...bertambah keberkatan dan keredhaan dlm hidup k.nor dan family..

    secubit garam pun makin marbeles!insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  6. k.erna >> kalau nor ketam yg nor panggil isketambola hehe.. lala ni panggil cam ikut lagu shiela majid tu.. olala.... tropika!! hehe

    mmg best, semua suka.. kalau buat mmg tak cukup sikit2 sbb anak2 suka meratah.. buat stail ni pun sedap, cam ala2 3 rasa jer :)

    saiful >> slmt tahun baru gak buat saiful dan isteri ya..

    issnita >> wow.. 3 kilo sekali hadap! hebat tuh.. lain kali ajak anak2 k.nor meratah sama ya :)

    wan >> w'salam wan.. aminnn.. slmt tahun baru gak buat wan sekeluarga..

    insyaallah.. harap2 secubitgaram dpt meletop lepas ni ek.. hehe. tak ada la.. sekadar biasa2 jer nih :)

    ReplyDelete