f Secubit Garam: Roti Tuna Sandwich

N3 Terkini

Wednesday, December 1, 2010

Roti Tuna Sandwich

Lama betul peram resipi Che Mat ni, sib baik tak berkulat tambah lak hujan2 nih.. hehehe.. Bagi penggemar roti, disyorkan sangat2 buat la roti ni. Memang BEST! LEMBUT! GEBU! Hah... baik punya promo ni.. Kalau tak caya tanya Ummi Kuantan yg dah acapkali buat. Memang tak rugi mencuba tau.. Oppss... lupa nak cakap, K.Nor tak guna tuna tp guna sardin sbb K.Nor lebih suka sardin dr tuna.


Doh tu naik bukan main lg, sampai besor2 jer tiap2 satu roti ni. Sekali hadap abis 2 ketul, pastu kopi O panas secawah.. perrghhhh kekenyangan... Che Mat, halalkan ya, nak kopipes resipi tu kat sini.. Tq ya...

ROTI TUNA SANDWICH by CMG
sumber: SecubitGaramNor67

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....

* utk inti K.Nor guna inti sardin dr resipi Dadar Lauk Samarinda.
** k.nor tak letak bread softener maupun bread improver tp masukkan 2 sudu besar WaterRoux

13 comments:

  1. salam kak nor.. kita bawa roti krim ni nak tukar dgn roti tuna tu.. bleh..bleh?? *~_~*

    ReplyDelete
  2. yani >> kita duk mengomen kat rumah dia, rupanya dia dah sampai dulu kat sini.. meh.. sila2.. hehe

    ReplyDelete
  3. kak nor, rajinnya meroti, gebu2 lak tu....

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan K Nor, saya pun Noor jugak asal dr Trg tapi la ni duk Shah Alam. Suka masuk sini layan gambar2 k Nor, best.
    Sedap nampak roti tu...mintak seketul boleh..

    ReplyDelete
  5. mas >> kebetulan mood meroti ada mas :)

    noormasri >> salam dr k.nor.. ooo ni la noormasri! ada aritu org tanya saya, saya ni noormasri atau dia panggil k.noor. sbb katanya noor duk trg gak.. mekasih ya sudi singgah dan tinggal jejak... :)

    ReplyDelete
  6. kak norrr...... nak roti..lapor ni.kak nor guna wateroux ke guna bread improver softener tu?

    petang karang boleh juga la meroti kalau raaaaaajiiiiiiiiinnnnnnddd!!

    ReplyDelete
  7. love >> mmg teramat gebus cam che mat kut.. heheh ampun che mat :)

    love, r u feeling bette today? jgn skip ubat ya.. :)

    izah >> meh ler izah.. nk kopi? teh?hehe

    dua2 akak tak letak, mmg tak ada stock benda tu kat rumah.. dah lama tak guna. lagi pun water roux is better than both of the item.. chewahhh spekong!! lg pun halalnya teramat pasti kan.. k.nor dah edit kat n3.. k.nor letak 2 sudu besar WR dlm adunan.. try la ya

    ReplyDelete
  8. K Nor, sapa lah org yg bertanya tuh..agaknya nak jejak kasih kut

    ReplyDelete
  9. noor >> tak ingat la noor.. tp mmg dia ingat k.nor ni noor.. rasanya dia pengikut blog noor yg lama tu :)

    ReplyDelete
  10. kitapong suka sadin... x suka tuna... ekeke... nak 2 bijik kak cayang... hehe * sambil wat muka sadin... bodek2... hehe *

    ReplyDelete
  11. ana >> agak2 muka safin tu sama tak cam rupa sadin dlm tin tu? hehee

    ila >> yep mmg sedap, jom la meroti :)

    ReplyDelete