f Secubit Garam: Talam Ubi

N3 Terkini

Wednesday, December 29, 2010

Talam Ubi

Masih dlm mood kuih muih berasaskan ubi. Maklum aje la kan, skrg ni musim hujan mmg banyak ubi 'timbul di tepi jalan' maupun di pasar2. Dah lama betul simpan hajat nak buat Talam Ubi ni, akhirnya terlaksana gak. Kalau kat Tganu org panggil Beka Ubi. Selalunya ada dijual di pasar2. Kalau kat K.Trg ni K.Nor biasanya ada dijual kat Pasar Chabang 3, Pasar Maghrib dan Pasar Batu 6. Cara packing tu dia org bungkus dlm daun pisang. Memang best betul nak2 kalau 'kepala' yg putih tu lembik2 sket.


Resipi Talam Ubi ni K.Nor guna yg diambil kat MyResipi, kepunyaan K.Fida. Sedap cuma bahagian bawah tu keras jer sket.. K.Nor suka yg lembut2 sket. Kata MIL K.Nor, kena campurkan sedikit air dlm bancuhan bahagian bawah tu. ermmm.. siap bagi kat MIL tu tau, nak bg dia rasa air tangan menantu dia buat lak. Dulu2 dia selalu buat. Kalau dia buat mesti dia roger2 menantu dia ni, utk gi makan.. hehe Tak leh nak mintak resipi dia sbb dia main humban jer tak ada sukatan pong. Tp bila dia makan yg K.Nor buat ni, katanya semua dah sedap cuma bahagian bawah tu kena campur dgn air sket supaya tak keras. Dlm resipi K.Fida ni, dia cuma suruh campurkan air dlm parutan ubi kayu kemudian tapiskan. Lain kali nak buat lagi dan nak tambah air lak bahagian ubi tu..

Mintak izin ya K.Fida, Nor nak letak resipi tu kat sini utk rujukan di lain waktu.. Mekasih.

TALAM UBI by K.Fida MyR

Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. )
Lapis Bawah :-
550 g ubi parut*
150 ml air* (* dicampur,tapis dan ambil sagunya)
170 g gula melaka**
100 g gula pasir**
135 ml air**
1 helai daun pandan - disimpul** (** dimasak,tapis dan sejukkan)
1/2 cawan kelapa parut putih (55 g)
1/2 sk garam
sedikit pewarna coklat (opt)

Lapis Atas :-
580 ml santan pekat (200ml KARA + air)
60 g tepung beras (6 sb)
20 g tepung kanji/ubi (2 sb)
1 sb gula pasir
1/2 sk garam

Satukan bahan2 lapis bawah dan tuang ke dalam loyang bergris yang dipanaskan dulu dan kukus 25 min. Garis2kan permukaan kuih dgn pisau atau garfu sebelum menuang lapisan atas.
Satukan bahan2 lapis atas,tapis dan masak hingga berwap sambil dikacau sentiasa.Matikan api dan tuang perlahan2 ke atas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 25-30 min.
Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan disajikan.

** K.Nor guna loyang 8"x 8"
utk bahagian bawah/bahagian ubi tu K.Nor guna campuran gula merah

15 comments:

  1. salam kak nor - pagi2 ni tunjuk talam ubi sedap nyer mengancam kalbu....adeh :)

    ReplyDelete
  2. salam


    selamat pagi kak nor.....kuih bingka kan kak, tak rajin dengar pun talam ubi :)

    ReplyDelete
  3. kuih bingka jugak kan..klu mak buat dulu2 slalu tak berkenan nak rasa,tapi sekarang ni terbayang2 pulak baunya..

    ReplyDelete
  4. salam kak

    sedapnya,dah lame pia xmakan ni

    ReplyDelete
  5. Salam K.Nor,
    Arini Yatie pun menu ubi...Yatie wat lepat ubi tapi tak n2 lagi...hehehhe..kalau talam ubi ni mmng kegemaranku...biasalah kuih kukus2 ni....suka sangat...nak sepotong kak...cantiklah potongan kuih akak tu..

    ReplyDelete
  6. salam nor,
    wah kita pun dah buat talam ubi kak fida ni..last week, tapi belum sempat masuk entry lagi.. asyik mengerjakan gambar2 holidays..heheh

    my parents cakap sedap bertambah2 dia orang makan..

    ReplyDelete
  7. oh yes, memang part air bila diblender ubi tu kan memang kita tambah sebab sukatan air didalm tu tak cukup yg ni kena agak2 airnya tu..

    ReplyDelete
  8. salam

    K nor...dapnyerrr...lama dok makang....rindu weihhh dungung....

    ReplyDelete
  9. kak nor, mas selalu beli talam ubi.....nak buat macam tak cimpodennn jer....he..he...susah tak nk buat talam ubi ni..he..he..

    ReplyDelete
  10. salam kak Nor,
    sedapnya kak kuih ni...nanti nk kena pi cari ubi kayu ler juga..hehe

    ReplyDelete
  11. lina >> salam lina, tu la sana sinun org duk tayang food berasaskan ubi kan.. hehe

    syira >> salam syira, ntah la.. mcm2 nama org panggil kan,kalau kat ganu org panggil beka.. mungkin sebutan dr bingka kut :)

    izah >> ni sorang lg, yer kut kuih ni bingka.. tengok tempat org panggil kan.. lain tempat lain namanya tu.. akak amik resipi k.fida kat myr, dah dia letak nama tu gitu, akak ikut jer la :)

    ReplyDelete
  12. pia >> salam pia.. akak pun dah lama tak makan, tu yg buat :)

    yatie >> salam yatie, k.nor lak jenis suka kuih berasaskan ubi, ubi rebus sj pun dah suka sgt2.. ubi goreng pun suka :)

    ayu >> haaa... tu la kan.. betul cam MIL nor cakap tu, kena add in air utk lembutkan sket bahagian bawah tu.. tak per la.. ni 1st time buat resipi ni,lain kali kena ejjas la kan ..thanks beritau ya..

    ReplyDelete
  13. SH >> salam.. aduhh pekat ganung hehe.. buat la.. tak la payah mana pun.. tp kalau nak buat, tambah sket air dlm adunan ubi tu ya

    mas >> cimpodenn?? haha. meroyan DBP.. hehe.. tak susah mana la mas, cuma nak memarut ubi tu makan masa sket.. tp hasilnya sedap..kalau mas nak buat jgn lupa tambah air sket ya biar lembut sket bahagian bawah tu

    nieza >> salam nieza, dah buat nanti jgn lupa hantar sini 3 potong ya... tak puas makan lg nih :)

    ReplyDelete
  14. paty >> slmt tahun baru .. betul tu, mmg all time favorite k.nor gak :)

    ReplyDelete