f Secubit Garam: Donut Keledek

Tuesday, December 28, 2010

Donut Keledek

Sesi menghabiskan keledek oren yg berbaki 3 bj lagi smlm lepas buat Onde2 Keledek. Saja2 gatal tangan derhaka kat resipi asal Donut Kentang Ros.. ampun maaf ya Ros hehe.. Tp kan, mmg sedap donut ni, lembut jer. Haa... masa sejuk lama pun masih lembut, disebabkan adanya keledek dlm bahannya tu.


Sebenarnya kan, K.Nor bukan aje derhaka tang penggunaan bahan utama donut ni. Disebabkan K.Nor buat 2 adunan sekali gus (bukan tamak ya, mmg selalu buat lebih sbb Luqman mmg antu donut tambahan lak mmg plan utk wat sarapan pg ni.. Opsss lupa nak cakap, ni projek ptg smlm. Yg pagi ni digoreng balik jer kejap. Kaedah utk buat donut frozen ni (kalau utk makan dlm sehari dua, just letak kat fridge jer tak perlu letak kat freezer) goreng donut cam biasa tp jgn sampai garing. Kiranya goreng 1/2 garing jer, angkat dan toskan. Biarkan betul2 sejuk dulu baru simpan dlm bekas bertutup dan masukkan dlm freezer/fridge. Mudah aje bila terasa nak makan, terus aje goreng bila minyak dah dipanaskan. Kalau dulu2 selalunya K.Nor uli sampai 1kg tepung utk buat donut dan frozenkan. Uli tangan aje tau.. masa tu mana ada lg Bibik Melayu ni :)

Versi bebola
senang nak ngap :)

Haa.. berbalik pd bab derhaka, bila dah timbang keledek yg direbus tu, terlebih dr sukatan yg diperlukan.. K.Nor pun memandai2 la edit tang sukatan lain. Nanti kat bawah/foot note K.Nor akan letak sukatan yg K.Nor buat smlm. Buat Ros, mekasih sbb dah share resipi Donut Kentang ni. Izinkan K.Nor panjang2kan kat sini lak ya... Tq Ros :)

Sebelum digoreng.. cantik jer kan kaler oren
tak ada pewarna tambahan,,
bak kata Ayu, natural beauty hehe

DONUT KENTANG
by Ros Jintan Manis
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Versi Big Apple Keledek ^____^


**
Ni sukatan yg K.Nor buat utk 2 adunan bg Donut Keledek

sumber: K.Nor@SecubitGaram
500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ml air suam ~ k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula ~ gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
3 sudu kecil yis ~ lain kali nak kurangkan sket