f Secubit Garam: Mihun Goreng Tomyam

N3 Terkini

Sunday, December 5, 2010

Mihun Goreng Tomyam



Salam buat semua..

Dah sarapan belum? Pagi ni K.Nor buat mihun jer. Tau aje la bila cuti2 sekolah ni kepala kena ligat nak fikir menu sarapan. Kalau time sekolah tu senang aje, anak2 sarapan yg mudah jer, roti dan cereal. Si emak dan si ayah, lepas jogging singgah kedai/warung makan, beli jer sarapan. Yer la, dah 2 org jer, baik beli jer. Senang kan. Kalau bulan Ramadhan lagi syok, langsung tak yah pikir ttg sarap
an hehe..

Ok berbalik pd menu sarapan pagi ni, memang dah lama tak buat Mihun Goreng Tomyam ni. Sesekali makan, siap dgn keropok lekor dan air kopi O panas mmg menyelerakan. Ni antara resipi terawal yg pernah K.Nor publish kat MyResipi dulu. Memang rupa dia tak merah cam mihun goreng biasa sbb ni bergantung pd jumlah dan jenis perencah tomyam yg digunakan. Kalau rasa nak merah lg kena lebihkan perencah tomyam tp kalau perencah tu dah cukup pedas, bila tambah2 kang anak2 tak leh makan pulak kan. So pandai2 la ejjas nak letak lebih atau nak tambah dgn cili mesin jer. Yg pastinya memang sedap layan mihun yg lain dr kebiasaan kita goreng tu.. Jom la cuba.. :)


MIHUN GORENG TOMYAM

Bahan-bahan ( 7 org makan )
1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
300gm udang
200gm isi ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
5 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - diketuk sedikit
2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
1 biji telur
3 helai daun limau purut - dicarik2kan
sayur kobis - di potong pjg (halus)
carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
2 biji tomato - dihiris nipis2
1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
daun saderi

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus


5 comments:

  1. salam k.nor..

    sedap ni k.nor...saya suka betul bihun goreng tomyam dan apa saja yg berkaitan dgn tomya..hehe

    tq k.nor..mesti cuba juga ni!

    ReplyDelete
  2. wan >> w'salam wan.. silakan.. buat pedas2 sket dgn tambah extra cili api lg ummph! :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak nor
    lebih kurang ja menu sarapan kita ya..akak bihun tomyam..sue nasi goreng tomyam..ekekekke...

    ReplyDelete
  4. sue >> w'salam sue.. hehe idup tomyam ^___^

    ReplyDelete
  5. kak nor - lina pun mmg suka makanan yg berkaitan ngan tomyam ni

    ReplyDelete