f Secubit Garam: Bone Steak

N3 Terkini

Wednesday, December 8, 2010

Bone Steak

Dah acapkali buat Bone Steak resipi K.Fida ni. Memang dah jatuh cinta dgn rasanya yg enak sgt. Ni menu berbuka semalam, sori la ya kalau ada yg nak ngendeng.. hehe Sementara Naim ada tu yg perhabiskan tulang daging qurban. Hari ni dia dah pun balik ke asrama semula bg meneruskan perjuangan yg belum selesai. Mudah2an Allah melimpahkan keberkatan dan mempermudahkan segala urusannya.. aminn..


Jom tengok reispi K.Fida, salah satu nama yg tersohor kat MyResipi. Nor share kat sini sekali lg ya K.Fida.. Tq..

BONE STEAK by K.Fida Myr
sumber: SecubitGaramNor67

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
1 kilo tulang *- cuci bersih
3 helai daun pandan*
1 btg serai*
4 ulas bwg putih* -diketuk
1 ibu jari halia* -diketuk
(Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
2 sb ketumbar biji*
1 sb jintan kasar*
3/4 sb jintan halus*
1/2 sb lada hitam/putih*
(4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
10-15 tangkai cili kering
10 ulas bwg merah
5 ulas bwh putih
1 botol tomato sos (k.nor letak 1/2 botol aje)
2 sb kicap manis
kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
1-2 biji bwg besar - dibelah
cili hijau - dipotong
2 biji telur - di kocok (k.nor letak 1bj aje)
Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
1/2 cwn bawang goreng
1/2 cwn kacang peas -utk tabur


Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual.


* Tip menghilangkan lemak2 pd tulang daging supaya bila kita makan mulut tidak berminyak


1.rebus tulang dgn kadar air melebihi paras daging (masukkan sekali bahan2 yg perlu disatukan masa merebus tulang spt dlm resipi)
2. setelah mendidih, kacau2 sekejap dan biarkan mendidih lg lebih kurang 10 min.
3. kaup keluar minyak yg keluar dan biasanya berasa diatas permukaan kuah dan tepi2 bahagian dalam periuk. (tak kisahlah kalau air rebusan termasuk sekali)
4. ketepikan bekas berisi lemak.
5. kacau2 sedikit rebusan tulang dan biarkan mendidih selama 10 min lg dan ulangi step 3 dan 4.
6. Masa ni boleh la start menumis bahan2 lain spt dlm arahan resipi.
7. bila rempah tumis dah siap/cukup masak, masukkan dlm periuk rebusan tulang (tak perlu masukkan minyaknya sekali)
8. minyak rebusan tulang berserta air rebusan tu bila dah sejuk sket boleh la dimasukkan dlm peti ais utk seketika.
9. setelah minyak td membeku boleh lah dikeluarkan dr peti ais. buang lapisan lemak yg mengeras dipermukaan bekas dan tapiskan air rebusan dan masukkan balik kedalam kuah sup/rebusan tulang td.
10. minyak/lemak yg beku tu jgn dibuang dlm sink, nanti sink tersumbat dgn lemak. buang dlm plastik sampah terus.
11. kaedah menumis rempah diperiuk atau kuali berasingan dan dimasukkan kemudian ni biasanya dipanggil tumis atas darat.. hehe..
12. bila buat kaedah ni, insyaallah mulut kita tak berminyak (org Ganu panggil berleming hihi) dan jd masakan sihat sbb tak masuk lemak2 yg boleh menambahkan kolestrol.
13. boleh gunakan kaedah ni bg memasak sup tulang dlm resipi2 lain jugak ya..
14. try la,insyaallah sup lebih sedap dimakan.

6 comments:

  1. salam kak

    amboi,org gabu n jepun same2 steak hihi

    ReplyDelete
  2. salam k nor
    sedap nampak nih.
    kalau kat umah, mak dok buat sup atau gulai saja.
    kena tunjuk resepi kat mak nih. hehehe

    ReplyDelete
  3. Assalam kak kite belum cuba lagi nih kena masyuk list yg dah panjang berjela tu heheh

    ReplyDelete
  4. Nor... doakan supaya mama rajin nak menerai.. huhuhu.. rempah dah ada.. buat tidak2 gak... adushhhh

    ReplyDelete
  5. pia >> salam pia..
    erkkk org gabu? org ganu kan.. hehe.. dia steak kering, akak steak basah! tp dua2 tetap sedap kan :)

    cek chun >> dulu k.nor sama gak dgn mak cek chun tu. kalau tak sup, gulai.. dua tu jer yg selalu duk buat. tp sejak dah kenal bone steak ni, mmg dah jatuh cinta! sedap sgt2 kuah dia tu, masam2 pedas.. best :)

    mimi >> potong q jer tak per :)

    mamazieza >> salam ma, wah mengomen dia bila tengok bone steak ya.. hehe..

    fuhhh.. fuhhhhhhhhh nor dah tiup jampi tu.. lps ni insyaallah ma buat, jgn lupa hantar ke nor semangkuk ya.. :)

    ReplyDelete
  6. erk,pia ni memang ratu typo hihi

    ReplyDelete