f Secubit Garam: Daging Kandar

N3 Terkini

Sunday, December 12, 2010

Daging Kandar

Salam semua...

Menu hari ni, Daging Kandar. Resipi K. Asma, ibu Umar yg come lote. Dah acapkali buat. Dah buat dgn daging dan jugak ayam. Dua2 sedap. Kalau tak sedap takkan K.Nor duk ulangtayang kan. Geng Masak Masak pun ramai yg dah buat menu ni. Menu yg sedap dimakan dgn nasi putih maupun nasi yg ada perisa cam nasi tomato, nasi minyak. Nak gengkan dgn nasi serai pun boleh ni.. Terpulang pd kita kan, kita yg buat dia :)


K.Asma, halal ya, nak kopipes resipi tu kat sini.. Mekasih...

DAGING KANDAR by KakAsma
sumber : SecubitGaramNor67

1/2 kg daging
6 ulas bawang putih (tumbuk/blend)
1 inci halia (tumbuk/blend)
2 sudu besar kicap pekat maggi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 pkt serbuk kari daging babas (1 1/2 pun boleh)
1 labu bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
Kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa

Daging dibersihkan hiris dan direbus (simpan air rebusan)
Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
Sesuai dimakan dengan nasi dan roti

6 comments:

  1. hmmm.. nampak sedap. nampak aje la. usah kata nak makan, cium bau pun tak dapat.

    macam abdul wahub..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nor...ada lg ker kicap pekat maggie? Selalu guna tp skrg tak pernah jumpa!

    ReplyDelete
  3. IM >> pandang2 jeling2 aje la ya :)

    azian >> salam azian, k.nor guna kicap manis jalen dan kicap pekat jalen aje :)

    ReplyDelete
  4. salam kak nor, mas pun dah buat, sedapp kan kak....terliur lak tengok daging kandar akak ni...he..he..

    ReplyDelete
  5. sedapnya nor.penat ni.baru balik..kain baju banyak tu..geram je tgk daging kandar nor ni..masuk list dulu lah nampaknya..:)

    ReplyDelete
  6. mas >> mmg sedap! :)

    k.anim >> asyik balik jalan2 jer, tak ajak nor sorang ya.. hehe

    try la k.anim, sedap ni.. :)

    ReplyDelete