f Secubit Garam: Roti Kentang

Monday, December 13, 2010

Roti Kentang

Jenuh nak menaip n3 mlm ni. Mana tak nya, sambil ngedit gambo sambil melayan 2 mak dara duk sembang kat skype, mak dara Kajang dgn mak dara Penang hehhe.. Lama sungguh tak borak2 dgn 2 mak daras ni.. tambah pulak berconference heeeeeeee.....


Berbalik pd n3 malam ni, smlm tengok Che Mat tayang Roti Kentang dia.. gebus gebas gitu. Terus tertarik nak buat. Maklum la cuti sekolah ni anak2 tau nak ngap jer. Kebetulan pulak siang hari panas terik syok sikit nak meroti. Cepat jer doh tu naik. Plan nak buat breakfast pagi esok tp tak tau la sempat ke tidak. Nanti anak2 balik dr tuisyen tu mesti nak ngap. Kesian gak kan kalau dah perut lapar balik dr tuisyen.



Mintak izin ya Che Mat, nak kopipes resipi tu kat sini. Halal ya.. mekasih..

ROTI KENTANG by Che Mat Gebu
sumber: SecubitGaramNor67

Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:-)
UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.

CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.

UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...

Yg ni lebihan doh setelah buat bun. K.Nor ikut saranan Che Mat utk buat 30gm bg sebiji doh, jd letak dlm loyang tu muat2 utk 16 bj. Saja buat kecik2 sedang elok saiznya dan mudah nak ngap. Lebihan doh tu K.Nor buat jer cam gambar kat atas ni, kelar2 sket dan picitkan krim kastard sebelum dibakar. Dpt la 4 bj bun cam tu, ok gak kan :)