f Secubit Garam: Salam Maal Hijrah

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Salam buat semua....



Tak berapa lama jer lagi akan masuk tahun baru. Yer tahun baru yg sepatutnya kita sambut besar2an sbg seorang Islam. Bukan ke ni tahun hijrah, tahun bg org Islam. Tahun baru yg duk sambut tiap2 awal tahun tu tahun omputih.. Tp kita lak yg lebih2. Semua pakat duk tiru yg tu, dgn countdown, dgn bunga api... ermmm betapa banyak pembaziran wang kat situ. Tak termasuk lg dgn maksiat dan dosa2 hasil dr pergaulan bebas pd malam tu. Yg mana membawa kepada zina dan lahirnya ramai anak2 luar nikah. Banyak tu masing2 yg bersubahat nak tanggung dosa. Sanggup ke? Bukannya K.Nor anti pembangunan, anti sosial tp berpada2 la.. Dari duk bakar duit secara sia2 tu baik bangunkan apa yg patut utk kemudahan rakyat, bantu mana yg patut. Banyak benda yg sepatutnya boleh kita guna dan buat dgn duit yg hangus bersama sisa bunga api tu.. Bersiap sediakah anda dgn jawapan bila ditanya oleh Yg Maha Agung kelak, kenapa duk ikut perangai syaitan, membazir duit yg bukan sedikit tu? Entah la... semua kerana kemodenan dan jenis terikut2..


Alhamdulillah..
Syukurku pd mu Ya Allah kerana kami sekeluarga diberi kesempatan dgn dipanjangkan usia hingga ke hari ini. Syukur juga atas segala nikmat dan rahmat yg telah Engkau limpahkan buat kami sekeluarga. Semoga Engkau mengurniakan kami dgn rahmat dan keberkatan dlm kehidupan kami seharian, , melindungi kami dr sebarang malapetaka dan bahaya bencana.. dan dikurniakan kesihatan yg baik utk terus mengerjakan amal ibadat dan tugasan2 kami dgn lebih baik lagi. Ampunilah segala dosa2 kami, ringankan lah sakratul maut kami, mati kan lah kami dlm husnul khatimah, jauhkanlah kami dri azab dan fitnah kubur serta jadikanlah kami penghuni syurga mu nan abadi. Panjangkan lah usia kami sekeluarga agar dapat kami berjumpa dan bersama2 kembali. Semoga kami dpt berjumpa lg dgn tahun baru yg mendatang..
amiin.. ya rabbal'alamin..


Selamat berbuka pd yg berpuasa