f Secubit Garam: apa2 aje

N3 Terkini

Showing posts with label apa2 aje. Show all posts
Showing posts with label apa2 aje. Show all posts

Friday, January 6, 2012

SMSTMFP

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. bertemu lagi di penghulu hari, hari Jumaat yg mulia. Alhamdulillah.. diberikan kesempatan lagi oleh Allah utk menyedut udara di bumi ciptaanNya ni. Alhamdulillah dgn segala limpah rahmat dan nikmat yg Allah kurniakan. Nikmat Allah luas.. tak semestinya wang ringgit, anak2, makan minum jer nikmat Allah. Dapat menyedut udara atau dgn kata lain bernafas ni pun satu nikmat. Kalau Allah tarik nikmat bernafas maknanya dah sampai masa la tu. Sakit pun nikmat juga.. ujian pun nikmat juga. Semua tu utk mengkafarahkan dosa dan menyucikan hati dan jiwa kita juga. Wahhhhh.. tazkirah di petang Jumaat yg panas terik ni.. Alhamdulillah.. panas pun rahmat gak kan.. Tak la hujan manjang jer.. Sentiasa bersyukurlah dgn nikmat dan rahmat dari Allah.. semakin kita mensyukuri nikmatnya semakin DIA dekat pada kita.. alhamdulillah...

Ok.. berbalik pada entri kali ni. SMSTMFP.. adalah singkatan bagi SEK MEN SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, sekolah dimana hero bongsu K.Nor skrg ni meneruskan pengajian di tingkatan 1. Alhamdulillah.. dia dapat tawaran yg cukup baik. Rata2 teman2 dan sdara mara yg memberitau, SMSTMFP ni adalah salah satu sekolah berasrama penuh yg terbaik. Bila pengetuanya Tuan  Haji Shafiee bin Awang bagi taklimat baru2 ni, sekolah ni merupakan sekolah ke2 terbaik dr segi pencapaian PMR dgn majoriti pelajarnya mendapat 8A manakala hanya 16 org aje yg mendapat 7A. Kalau tak silap K.Nor kata beliau lagi hanya pelajar yg cukup cemerlang saja yg dapat memasuki sek ni. Pelajar yg bukan saja mendapat 5A tapi A nya adalah A yg tinggi iaitu 90 keatas (markah bagi setiap paper). wahhh terkedu K.Nor dan Along bila dengar tu, tak sangka Luqman telah dapat keputusan yg cukup tinggi dan tak sangka dia sangat bertuah dipilih memasuki sek tu. Dari 4200 permohanan ke sek tu, hanya 151 pelajar aje yg ditawarkan. Rasanya tak sia2 Luqman buat keputusan nak ke sekolah tu walau tak ada sorang pun geng baiknya ke sana (ada sorang lagi geng baiknya terpilih ke sekolah tu tp ditolak, sbb tak nak sekolah jauh2 dr rumah kut) Mudah2an Luqman akan mengikuti jejak langkah pelajar2 yg telah berjaya dgn cemerlang gak kan.. 

Jom la layan sedikit gambar2 sekitar sekolah dan majlis taklimat dr Pengetua SMSTMFP yg telah diadakan pada 4 Jan baru2 ni. 

 Dewan tempat pendaftaran

Pengetua SMSTMFP

 Masjid SMSTMFP (dalam kawasan sekolah)

Gambaran hadapan masjid 

 Dewan baru yg bakal digunakan

 Kantin sekolah (bahagian luar)

 Dewan makan

 Dorm Luqman (mengikut rumah, biru)

Bersama abg angkat yg mmg ditetapkan kepada setiap pelajar baru

Asrama Putera

Selai dr tu K.Nor nak letak gak sket gambar masa K.Nor ke Muzdalfa Fried Chicken, Kota Bharu. Sebenarnya K.Nor ke KB awal sehari supaya tak terlalu rushing kalau gi pada hari yg sama dgn pendaftaran Luqman. Malam tu K.Nor menginap di HOMESTAY PANORAMA SG KELANTAN, homestay yg pernah K.Nor stay sebelum ni.  (nak tau sila klik kat link homestay tu ya..) Lepas setel semua urusan pendaftaran Luqman pada pukul 3ptg, K.Nor terus bertolak pulang ke KT.. ehhhh... jap.. sempat gader2 kejap dgn sorang adik blogger cantik manis yg menetap di Kelantan... Nanti kat bawah nun K.Nor letak gambar blogger cun tu ya.. hehehe

MFC ~ Muzdalfa Fried Chicken.. 




 Alhamdulillah.. not bad rasa pizza kat sini.. Insyaallah halal... 

Ok.. ni dia yg dijanjikan.. sedikit gambar pertemuan antara K.Nor dgn sorang blogger cun yg menetap di Kota Bharu, empunya blog ovenkecil@blogspot.com, NADZ CUTE OVEN SMALL KITCHEN. Orangnya sangat comel, cantik dan kiut miut! Hehe.. jgn marah ya Nadz! Memang kenyataan tu. Mekasih ya Nadz, sudi luangkan masa utk berjumpa, berpeluk mesra sambil laga2 pipi.. walaupun seketika tp sangat mesra dan bermakna. Puteri2 Nadz mmg cantik spt ibunya.. Mekasih juga sbb bagi buah tangan yg sangat cantik tu.. Maafkan K.Nor sebab tak sempat sediakan apa2 utk Nadz. Semoga kita diizinkanNya utk berjumpa lagi di masa akan datang dan dapat berborak lebih lama lagi ya.. .Mekasih Nadz mmmmmuah!! ^__^

 JGN MARAH!! 
Atas permintaan tuan punya badan yg meminta supaya wajahnya diblurkan jadi K.Nor kenalah turuti kan...  ^__^
(uishh... pewut ku dah macam org peknen jer.. sila jgn tenung ya.. hehe)
Nak tau kat mana kita org jumpa? Kat parking Masjid Kubang Kerian :)

Sunday, September 4, 2011

CAKK!!!


credit to uncle google utk gambar chumel ni :)

Alahai.. syok nyer kalau boleh duk lepaking gini jer sepanjang hari kan.. golek2.. santai2.. makan2... punya la mood merudum nak menghapdet blog. Beraya sakan sungguh che mood ni.. tak balik2 dr beraya..  Punya lah tahap kerajinan yg tinggi melampau sampai gambar2 yg dishoot sebelum raya, masa raya sampai ke hari ni tak usik pun. Belek pun tidak apatah lagi nak upload ke fail. Duk dlm Memory Card lg tu.. haishhhhh... 

Makin lama tak menghapdet makin payah nak dtg balik mood kan.. Maaflah bagi pengunjung SecubitGaram, tuan rumah masih kekurangan tahap kerajinan nak mengarang n3 baru.. ehhh.. ni pun satu entri gak kan.. hihihi.. layan aje la entri merapu ni ya.. Insyaallah.. bila dah ghajen datang sket nanti, akan dipilih2 balik gambar utk diedit situ sini utk dibuat tayangan amal ... ^___^

Tuesday, July 26, 2011

HOUSE(BLOG)WARMING

ASSALAMUALAIKUM....



Jutaan terima kasih dr K.Nor buat semua teman2 yg sentiasa memberi sokongan buat SecubitGaramNor67. Terima kasih juga atas ucapan tahniah, atas doa2 yg dipanjatkan.. amin... semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan ke atas kita semua. Semoga ukhwah antara kita akan terus kembang mekar hingga ke akhir hayat.. Kemesraan yg terjalin antara kita semua baik di blog maupun di fb amat K.Nor hargai. Hari ke hari terasa semakin erat dan semakin mesra dgn teman2 semua terutamanya yg sentiasa mengomen di sini maupun berbalas sembang di fb. Keriuhan dan kemesraan yg terjalin hari ke hari boleh mengubati segala luka dan duka yg terpaksa dihadapi. Tak perlulah kita bercakap tentang perkara duka pada hari yg bahagia ni kan. Biarlah ia menjadi lipatan sejarah. Setiap perbuatan baik atau buruk ada pembalasannya kan.. Asalkan kita terus berbuat baik, insyaallah.. kita akan selamat dan yg benar itu akan terserlah kebenarannya suatu hari nanti.. 

Jgn pula ada yg menyangka hal yg buruk2, tak ada niat sedikit pun dlm hati K.Nor nak menunjuk2 atau bermegah2 dgn kehadiran rumah baru yg atas nama sendiri ni. Enti kali ni sekadar suka2, sbb ramai teman2 terutamanya kat fb yg maukan K.Nor buat housewarming. Kalau utk blog kena lah panggil blogwarming kan hehe. Sebolehnya mula2 nak tukar rumah baru atas tapak baru ni K.Nor tak nak uarkan2 pada sesiapa pun kecuali ada 2 org yg dah tau dari awal .. u know who u are heee... K.Nor nak buat secara senyap2 jer tp atas silap percaturan, info yg diberikan salah maka terjadilah kerumitan yg sepatutnya tak berlaku pun. Bila dah silap, terpaksa lah diperbetulkan dan utk memperbetulkan tu yg blog terpaksa diwarded kan utk tempoh 4 hari tu. Alhamdulillah.. akhirnya settle gak, dah di discharge pun tp ada benda yg masih perlu diperbaiki. Kalau ada yg perasan ke dua2 bloglist K.Nor hilang dan tau aje lah bila dah hilang ni, terpaksalah mencari satu persatu kembali.. Tu lah perkara utama yg paling bloggers tak suka bila bertukar rumah kan.. Nak tak nak terpaksa jugak K.Nor cari satu per satu nanti. Kalau lah ada yg tak tersenarai awal2 ni.. ampun dan maaf K.Nor minta ya.. Insyaallah K.Nor akan cuba buat sedaya upaya utk meletakkan semula mana2 link blog teman2 semua dan ini akan mengambil masa sket. 

Ok lah.. dah panjang ucapan dari tuan rumah ni.. Dah lapar ya.. kesian pulak datang jauh2 tapi duk dengar ucapan dari tuan rumah yg berjela.. Jadi tak nak lengah2kan masa, dipersilakan semua yg hadir, menjamu selera mata dgn hidangan yg tak seberapa ni. Masak pun kelam kabut sorang diri ni. Pembantu2 semua tak datang, duk cari hi heels 4" la. duk jahit manik dan labuci kat dress masing2 la..Time makan baru nampak muka ya.. Jangan lupa lepas majlis selesai baru boleh balik (lepas siap kemas semua) dan baru boleh nak tapau apa yg lebih2 ya.. hehehehe 

Jom.. layan................ ^____^

Hidangan utama, Nasi Arab, Mutton Masalla, Ayam Masak Merah Berempah dan Kerabu Epal

 Muffin Coklat

 Puding Keju (Lapis Coklat)

 Sirap Bandung With Sago Pearls                         Honey Dew Blended With Sago Pearls

Butter Cookies

Selamat Menjamu Selera Mata ^____^


*food review akan dibuat kemudian dalam entri yg berasingan..

 ~~~~~ # ~~~~~


K.Nor nak gantung kad/hadiah dr IZAH MUFFIN LOVER ni yg dibuatnya khas utk K.Nor dan SecubitGaramNor67. Mekasih ya Izah .. mmmmmmuah! ^___^






TAHNIAH SECUBITGARAMNOR67.COM SEBAB DAH TUKO JADI BANGLO. RAMAI YANG NAK TUMPANG CHECK IN UMAH AKAK YE. HAHA... SAYA DOAKAN SEMOGA SECUBITGARAM TERUS MAJU , TERUS MENAMPILKAN MENU2 MENAWAN DAN MENYELERAKAN.

FROM:



Hadiah apa la yg banyak sgt Izah bagi K.Nor ni? Ke pulang balik SM yg dirembat kat gobok akak nun.. hehehehehe



Monday, July 25, 2011

Yuhuuuuuuuuuuu ^____^

ASSALAMUALAIKUM...








Wednesday, July 20, 2011

Cuti Yg Dipaksa :(

ASSALAMUALAIKUM..


K.Nor dengan berat hati nak memaklumkan yg SECUBITGARAMNOR67.BLOGSPOT.COM akan mengalami sedikit ehhh mungkin banyak gangguan teknikal yg tak dapat dielakkan utk beberapa hari ni. Mungkin akan amik masa 3 -4 hari gitu (sooner will be better, hope so). Harap jangan betulkan lappy atau pc anda kerana ianya tak ada kaitan dgn lappy atau pc masing2. Ianya berkaitan dgn masalah blog ni sendiri dan dlm tempoh tu adalah utk memperbaiki keadaan dalaman blog.

Insyaallah, BW akan dilakukan spt biasa.. rasanya mesti lagi ligat BW bila blog warded ni. Yg tak bestnya tak dapat nak bukak, nak cari resipi yg dah dibuat maupun yg disimpan dlm draf kerana K.Nor sendiri mmg tak leh nak access ke blog ni.. Manyak sedih woo....

Utk CT Delima, award tu akan Nor amik lepas blog dah discharge dr ward. Hope to see u all dearest friends & readers as soon as possible.. Doa2kan semoga sakit blog ku ini tak lama dan dpt segera on air balik.. insyaallah..

Salam...


Monday, June 27, 2011

Ce Teka .. Part 2

ASSALAMUALAIKUM

Lama tak main teka teki tekuk kan.. Ingat lagi seronok main teka teki yg dulu tu. Saja2 la dah tak ada modal nak main2 ni, kita main teka teki lak kali ni. (takkan nak main teka teki dgn cik abg jer, mentang2 dia ada kat rumah manjang, kang jd citer lain..hahhahhaha syhhhhhhhh..hehehe)


Ok.. nampak mould tupperware ni? Cun kan, kaler kuning, my pebret kaler tu.. Tak main la kaler biru.. yg biru bagi mek Mukah dgn Mek Pasir Gudang jer hehe.. Dalam mould tu mmg ada isi, bukan kosong aje tau.. Ce teka apa isi dlm tu.. Nak clue? Sikit2 nak clue ya.. OK2. Satu jer clue yg boleh diberi.. iaitu PUDING hihihii.. Jgn marah.. biasa la mmg org buat puding dlm tu kan.. Puding ni resipi terbaru yg K.Nor hasilkan, tak keluar lg dlm pasaran alam maya :) Teka jer puding apa yg K.Nor buat ada dlm tu.. Hadiah, nanti K.Nor jamu mata special puding tu utk pemenang.. hehehe..

Dah..kena out dulu, bz banyak hari ni. Ada projek tergempar hari ni. Balik jogging terus merayau mencari bahan projek. Tu yg lambat online arini.. Sila beri jawapan kat kotak komen ya.. Penyertaan dibuka sekarang :)

Monday, June 20, 2011

Special N3 Utk K.Rose@MyKuali

ASSALAMUALAIKUM...

Dah tak tau camna lagi nak maklumkan pada K.Rose yg blog dia kena serang di pakgad baju merah a.k.a malware nun. Dah dua hari ni blog K.Rose kena. Nak maklumkan macamana kat K.Rose pun tak tau nih.. Dah tanya Izah, camna nak kontek K.Rose,dia pun tak tau. Cam K.Norlie@IlhamMasakanku, K.Nor dah beritau dia kat pesbuk. Nak tak nak K.Nor buatkan n3 special ni la utk K.Rose ya..

Utk makluman K.Rose, mudah jer nak buang pakgad baju merah tu. Bila baca red allert tu, blog yg menyebarkan malware tu dtg dr blog Citarasawan@K.Wan. Rasanya bukan kali pertama blog K.Wan terkena malware dan menyebarkannya pd blog2 lain yg letak link blog K.Wan kat blog kita2 ni. Sejak kali pertama kena dulu, K.Nor tak letak pun dah link blog K.Wan sebagai langkah berjaga2, akhirnya terkena sekali lagi pd K.Wan ni. 

Jadi utk makluman K.Rose dan mana2 blogger lain yg blog dia terkena malware kali ni, jgn panik ya.. Perkara pertama yg perlu dibuat, pastikan malware tu dtg dr blog mana. Spt yg kena pd K.Rose sekarang ni, malware tu datang dr blog Citarasawan, so langkah kedua adalah delete link blog Citarasawan dr bloglist anda ya. Pastu bukak configuration bloglist dan cari kotak icon tepi tu dan untick (biarkan kosong). Pastu save. Insyaallah..dgn cara tu, blog anda tak ada lg pakgad baju merah@malware ni.. Selamat mencuba ya K.Rose.. :)

Klik image utk lebih jelas ya..

Sunday, June 5, 2011

MC..

ASSALAMUALAIKUM..


Kembali tak sihat lagi sejak balik dari kenduri smlm. Bukan sebab makan banyak time kenduri (mmg bukan jenis K.Nor makan banyak, tangki pun kancil je hehe) tp mungkin sbb badan tak berapa kebah dah duk main tengah panas. Balik dari K.Berang, badan kembali menggigil, mata pulak panas dan rasa tak sedap badan. Smlm pukul 9 lebih dah masuk tidur. Dengan hidung yg masih duk sok sek, tengah malam dada rasa ketat dan berat. Dah cukup pakej sakit ni, complete.. semua ada.


Pagi td makan ubat batuk baru lega sket. Ingatkan asma kembali menyerang, alhamdulillah.. rasanya bukan asma sekadar batuk jer. Memang betul2 kena rest ni tapi tangan gian nak gi menggodek kat dapur :)

Hari ni dipaksa amik MC oleh cik abg. Tak bagi main masak2. Kebetulan dia pun ada satu jemputan kenduri kawin, tak per la tak maska pun kan.. Tukang masak pun melepak aje la kerjanya. Jadi tak ada entri masakan arini ya.. Insyaallah, kalau dah ok esok aje la sambung dgn entri masak2 ya.. Salam dari K.Nor, insyaallah jumpa lagi esok..

Wednesday, June 1, 2011

Cer Tengok.. ^___^

ASSALAMUALAIKUM...

Kebetulan tangan gatal nak masuk web nuff pagi ni.. pastu gi klik kat keywords. Selalunya kat keyword utk ke blog K.Nor ni banyak yg seacrh atas nama K.Nor, K.NorSecubitGaram, SecubitgaramK.Nor dan lain2 yg sewaktu dengannya. Pastu banyak yg search tentang resipi. Tup2 pagi ni K.Nor tengok ada satu yg cukup menggelikan hati... Jom tengok hehehe...

Sori ya, gambar blurr sket :)

Haaa... nampak tu? Org cari keyword Persandingan Salih Yakub! Lawak betul la.. Mana lah pernah K.Nor letak dlm blog SecubitGaram ni hal artis, nak2 hal persandingan artis.. hehe.. Kalau yg gini tak per lah kan.. Jangan cari yg mengarut sudah... Sebolehnya K.Nor tak nak campur adukkan SecubitGaram dgn hal2 artis, hal politik, hal kutuk mengutuk, hentam menghentam ataupun dengan entri perkauman.. Biarlah SecubitGaram ni bersih dari hal2 sedemikian.. insyaallah... 


Wednesday, May 11, 2011

Jawapannya Ialah.............. ^___^

ASSALAMUALAIKUM...

Kejap sengih, kejap gelak K.Nor bila baca jawapan yg diberikan pada n3 Ce Teka.. Ce Teka.... semalam. Macam2 pesen jawapan dan ada yg bagi banyak jawapan lak tu.. hahhaa.. Mesti pagi2 ni masing2 dah tak sabar nak tau jawapan yg betul.. Betul la kata HaSue, mana2 yg bagi jawapan yg banyak sekaligus tu mmg kena disqualified ler.. Tun & Anna, mana boleh bg jawapan gitu. Kalau dalam exam mmg cari nahas la tu.. hehehe..

Dalam ramai2 yg meneka dan dalam banyak2 tekaan yg dibuat hanya SORANG jer yg bagi jawapan yg betul. Jawapan tu pun secara am jer la tapi tak secara tepat nama kek tu. Tapi tak kisah lah, K.Nor tau apa yg dimaksudkannya tu.. Pemenangnya adalah IJAYUJI@IKA@MEK SIAM !!!!Tp kena ingat tau, K.Nor tak bocorkan jawapan pada sesiapa pun ya... hehe Tahniah Ijah.. Hadiahnya sendiri tenyeh ya.. tapi yg ni akak bagi spesel utk Ijah.. Tak tau la masih minat IRIS lagi ke tak.. :)

Ijah, K.Nor pinjam bunga dr pakcik google yg baik hati ni.. khas utk Ijah ya... :)

Seronok pulak buat teka teki cam ni ya.. Terasa meriah dan kemesraan antara kita semua.. Terima Kasih K.Nor ucapkan bagi semua yg dah meneka walau banyak jawapan yg tak betul dan tak tepat. Memang la kek, smlm pun dah cakap kek kan.. Camana pulak boleh timbul apam.. hihii Ada yg jawab kek ghimau la.. kek pelangi la.. Ada nampak ke ghimau atau pelangi tu.. hihi.. Kalau kek marble tu boleh digunapakai gak kan sbb bentuk marble tu.. Kalau pelangi jauh sekali tu.. hehe Ok2.. kesian org duk tunggu jawapan lama2 ya.. Jawapannya adalah................................................ 

CHOCOLATE BREAD CAKE ^_____^

Gabungan roti coklat dan kek sponge yg sangat sedap! Tahniah Ijah.. tepukan utk Ijah ya... Ok semua, dah puas hati dgn jawapan? Sekeping tu utk K.Rose sbb K.Rose tak nak teka tp nak isi dlm loyang. Tak leh la bagi banyak2 sbb K.Rose tak jawab pong. Yg balance tu Ijah boleh angkut nak banyak mana pung.. hehe..

Yg tak berjaya meneka tu jgn susah hati ya.. lain kali insyaallah K.Nor buat lagi teka teki gini. Seronok pulak rasanya.. hehe.. Untuk resipi Chocolate Bread Cake ni insyallah K.Nor akan updatekan nanti. Resipi dari buku yg dah pernah dibuat/post oleh Rinnchan, CMG dan Hana tapi K.Nor dah edit situ sini (cam biasa la, tak derhaka tak sah .. kan hehe) 


Tuesday, May 10, 2011

Ce Teka.. Ce Teka.. ^___^

ASSALAMUALAIKUM...

Wahhh lama tak main teka teki kan.. Meh kita pakat main teka teki malam ni... Apa, hadiah? Huk alohhhh.. asal teka sikit nak hadiah... Ok2.. Hadiah cam biasa, penginapan sendirian berhad yg tanggung ya.. ikut la penginapan berapa malam yg nak.. Nak pakej sekali dgn makan atau tidak.. Tenyeh jer CC masing2. Tak ada CC? Alaaa... hulur2 la kertas biru ke pepel ke yg dlm purse/wallet masing2 tu ya.. hehee


Ok.. Cuba teka apakah ini.. Kek? Ok.. kalau kek, kek apa? Ikut lah nak bg nama dlm B. Malaysia atau B.Inggeris. Nak tau jawapan? Alaaaaaaaaa........... teka la dulu... Teka dan jawab kat komen n3 di bawah ni ya.. Jawab dalam hati tak main tau.. Insyaallah.. pagi esok K.Nor bagi jawapan yg betul hehehe... 

SELAMAT MENJAWAB!! ^______^

Saturday, April 16, 2011

Setahun Telah Berlalu..

ASSALAMUALAIKUM...


Tiada perkataan lain yg mampu dilafazkan setelah diberikan limpah rahmat dan keberkatan yg berterusan dalam kehidupan seharian bersama keluarga tersayang. Tambah2 lagi bila Allah memberi peluang kepada suami K.Nor utk terus bersama2 K.Nor dan anak2 hingga ke detik ini. ALHAMDULILLAH Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Esa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Sesungguhnya betapa aku bersyukur dengan segala yg telah Engkau kurniakan buat diri ku dan suami ku, serta atas rumahtangga yg kami bina sekian lama dengan dikurniakan zuriat yg membahagiakan kami, menceriakan kehidupan seharian kami.. Alhamdulillah.. hanya padaMu kami panjatkan kesyukuran...

Smlm 15 April 2011 adalah ulangtahun pertama suami K.Nor melakukan bypass di IJN, KL. Sebenanrnya dua tiga hari lepas dah plan nak buat n3 special ni (nak publish smlm) tapi dek kerana sibuk bermain tepung terus terlupa. Sekejap jer masa berlalu, dah setahun pembedahan yg dijalankan ke atas suami K.Nor tu. Tak tau la camna keadaan dia skrg ni kan kalau tak jalani pembedahan tu. Kita tak leh nak jangkakan apa yg bakal terjadi. Sakit yg ditanggung tu bukannya sebarang penyakit, boleh dikatakan penyakit yg agak berat. Pembedahan pun bukan minor tapi major! Semua yg terjadi langsung tak terlintas di fikiran kami. Tak sangka begitu pantas semua terjadi, dari nak lakukan angiogram saja terus ke pembedahan bypass. Hanya Allah yg tau dan merencanakan segala yg terbaik buat hambaNya. Hanya kalimah syukur yg dapat K.Nor sekeluarga ucapkan atas semua yg terjadi..

Mengimbas kembali detik2 ketika berkampung di IJN selama 15 hari, banyak suka dan duka yg ditempuhi. Yg tak boleh tahan duk dlm wad pengawasan nurse (masa baru keluar dari ICU) tu sejuk giler!! Teramat2 sejuk, sampai menggigil tiap kali sudah mandi dan nak2 time amik wuduk nak solat. Malam2 tidur atas kerusi malas yg dilapik dgn sehelai selimut, pakai baju tidur siap dgn 2 helai baju sejuk dan 2 helai seluar, stokin lagi, pastu 2 helai selimut!! Baju2 sejuk, selimut dan bantal, semuanya sister K.Nor yg bawakan. Mekasih Ma, semoga Allah balas semua jasa dan budi baik Ma dan anak2..


Satu lagi peristiwa terlentang dalam toilet amat2 tak boleh dilupakan huhu.. Tu hari pertama lepas cik abg dibawa semula ke wad setelah keluar dari ICU. Nasib baik air kencing yg ditadah tu tak tumpah atas K.Nor, kalau tak dah bermandikan air kencing masa tu hehe. Masa tu dah pun cuci bekas tadahan air kencing tu dlm toilet, entah camna masa nak keluar tu tergelincir dan terus terlentang. Sakit dan sedih, tu yg dirasai. Bimbang sakit berterusan nanti tak dapat jaga dia sepenuhnya yg baru jer keluar dari ICU. Sampai teresak2 citer kat dia yg K.Nor jatuh dalam toilet. Esok tu K.Nor demam, dan sempat mintak ubat dr nurse. Alhamdulillah demam tak berlarutan.. Yg menyedihkan K.Nor kalau K.Nor sakit dan demam, sapa nak jaga dia. K.Nor kan sorang2 jer jaga dia sepanjang masa dia di IJN :(

Part yg menakutkan pulak bila demam dia tak kebah2 selepas balik ke wad. Bimbang kuman merebak ke luka pembedahan. Doc surgent yg dtg tiap2 hari pun dah naik bimbang. Ubat bertukar2, siap amik darah utk check jenis kuman. Haishhh masa tu punya la bimbang sampai kerja K.Nor duk mengelap jer badan dia. Bila dapat hasil ujian darah, tak ada masalah pun. Selang beberapa hari baru la lega. Rupanya pelekat yg ditampalkan pd jarum utk masukkan ubat kat pergelangan tangan (yg diletakkan pada hari nak lakukan angio) tak dibuang padahal kalau tak silap nurse kata sepatutnya dah lama dibuang (selepas 5 hari kalau tak silap, pelekat tu dah expired! Fmina, sila betulkan kalau K.Nor silap ya.. hehe) Kiranya kuman dah spread melalui pelekat dan jarum kat situ. Bila dibuang jer dan diberi antibiotik serta ubat demam, Alhamdulillah.. demam dia terus kebah..


Satu lagi yg membuat K.Nor hiba sepanjang berada di IJN, bila teringatkan anak2 yg jauh. Aisyah dan Luqman tinggal bersama MIL K.Nor di K.Trg, Naim di Kelantan dan Along di Jordan. Selama ni Aisyah dan Luqman tak pernah berpisah jauh apa lagi berpisah selama tu dgn K.Nor dan suami. Memang dia org yg K.Nor risau sgt. Yg kat Jordan pun sama gak! Duk susah hati ingatkan si ayah yg sakit, bergolak dalam hati nak balik sedangkan masa tu musim peperiksaan. Hanya Allah saja yg tau apa yg ada dalam hati K.Nor. Hanya kekuatan dan ketabahan yg K.Nor harapkan utk menghadapi segala ujianNya.. Sesungguhnya Allah tidak menduga diluar kemampuan kita.


Di sebalik kesedihan pasti ada yg menggembirakan.. Antaranya dapat berjumpa dgn salah sorang misi kat situ yg glamer dng nick Fmina! Dapat bersembang lama dgn Mama Mina ni 2x rasanya pastu selisih masa kat lif pun ada gak kan Idah? hehe.. Baik hati Mama Mina ni, malam tu dia datang dgn nasi goreng utk K.Nor dan suami. Terima kasih banyak2 ya Idah.. rindu nak jumpa lagi :) Pastu jumpa dgn teman2 rapat masa kat forum Myr, K.Ina KL, Hani, Tun, Zie, Lily, Izah dan Masz. Kunjungan dia org ni menceriakan hari2 K.Nor disana. Terima kasih buat semua yg sudi datang menjenguk K.Nor dan suami tempohari dan terima kasih jugak atas buah tangan yg dibawa.

Opsss... dah panjang lebar karangan malam ni ya.. Apapun hanya padaNya K.Nor panjatkan kesyukuran atas nikmat yg dilimpahkan buat K.Nor sekeluarga ni. Semoga Engkau terus memberikan kesihatan yg baik buat kami sekeluarga, memanjangkan usia kami agar kami dapat bersama utk satu tempoh yg lama lagi. Agar dapat kami kecapi nikmat kebahagian yg berpanjangan bersama2.. amin.. ya rabbal alamin..

Saturday, March 26, 2011

Berehat Seketika

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni tak ada show masak2 ya.. Tuan rumah agak kebizian sket, ada kenduri kawin yg perlu dihadiri @ diuruskan.. Insyaallah.. dah settle semua nanti akan on air balik.. Jumpa lagi..... ^___^


Monday, February 28, 2011

Tragedi 28 Feb 2011

Di sebalik berita gembira mengenai pinangan Jelita pada Ummi yg K.Nor post petang tadi, ada berita duka bagi K.Nor. Awal pagi tadi seperti biasa K.Nor dan cik abg ke Taman Rekreasi bersebelahan Bank Negara utk jogging. Kita org start jogging dlm pukul 7.05pg. Lepas selesai dan menuju ke kereta dlm pukul 8.10pg. Sampai jer tepi kereta, cik abg K.Nor perasan, tingkat sebelah driver pecah berkecai. Disebabkan kereta tu ada pasang tinted glass jd cermin tu tak la berderai merata2 sgt, masih melekat pd tinted. K.Nor jenguk ke dalam, dashboard terbukak dan terus perasan, purse K.Nor dah tak ada. Innalillahiwainnailahirajiuun.... Ditimpa lagi musibah dan ujian dari Allah.. Terasa menggigil kaki tapi K.Nor melilau2 kawasan sekitar kut2 ada dicampaknya purse K.Nor dalam longkang ke, kat semak2 ke.. Tapi hampa.. tak ada pun purse putih tu.


Ada member sama2 jogging suruh tinggalkan dulu kereta tu kat situ tanpa diusik apa2 pun. Dan dia offer utk hantar kita org balik. Alhamdulillah.. Balik rumah, lepas tukar kasut terus ke balai polis Chabang Tiga utk buat report. Lebih kurang 45 min kat situ, kita org ke kereta semula utk tunggu pegawai polis penyiasat datang utk amik gambar keadaan kereta. Sekian hal pulak duk bersihkan cermin2 yg bertaburan dalam keter tu.. Lama gak menunggu sambil K.Nor ke hulu ke hilir duk mencari lagi purse tu sampai ke kawasan JPJ, kut2 ada purse tu kat mana2.. Tapi tak ada jugak kelibat purse tu.. :(

Lepas pegawai polis penyiasat tu amik report dan shoot gambar, kita org balik rumah. Balik mandi dan baru la nak sarapan dlm pukul 11 lebih gitu. Nak masak pun dah tak ada mood. Lauk2 yg dah dikeluarkan awal pagi, K.Nor sumbat balik dlm freezer.  Hampir pukul 12 tghari keluar lagi ke Pej. Pendaftaran utk buat IC baru.  Lepas settle kat situ, kita org lunch kat cafe di wisma tu gak. Lepas tu ke dua tiga buah kedai utk pasang cermin kereta. Last2 ada yg beritau kedai ketuk body kereta kat Kg Pulau Kambing yg sediakan servis pasang cermin kalau nak cepat. Yer la, takkan nak pasang lambat2.. Dengan tingkap yg ternganga gitu, kena la pasang secepat mungkin kan.. Rabak lagi poket.. hummmm...


Lepas tu kita org ke JPJ pulak utk buat lesen memandu baru. Pelik gak ya, buat IC baru tak kena charge apa2 tapi utk buat lesen baru K.Nor perlu bayar denda RM20.00. Ni la 1st time dlm seumur hidup K.Nor kehilangan IC dan lesen memandu (dah 26 tahun ada lesen memandu.. huhu) 

Balik rumah pun dah hampir pukul 4ptg.. penat dan sedih. Bukan sedih kehilangan duit. Duit dalam tu tak seberapa sangat. Hilang IC dan lesen memandu ok lagi.. boleh dibuat lain kan.. Yg K.Nor sedih dan buat air mata menitis, dalam purse tu ada sekeping gambar pasport arwah ibu K.Nor. Tu jer la sekeping gambar kenangan rupa arwah. Arwah meninggal masa K.Nor 6 tahun, mmg tak ingat sangat rupa dia secara live. Arwah meninggal kat hospital, baru lepas amik air tulang belakang. Dia tak pandang pun K.Nor masa K.Nor panggil nak beritau nak balik rumah. (masa tu dah lewat malam) Rasanya tak lama mana lepas K.Nor sampai kat rumah, ayah K.Nor tiba kat rumah bersama jenazah arwah. Tu yg K.Nor terkilan, tak sempat pandang wajah dia sebelum dia 'pergi' Sampai sekarang, K.Nor tak leh nak recall rupa dia. Hanya berpandu pada gambar pasport tu jer yg boleh mengingatkan K.Nor pada wajah ibu K.Nor. ermmmmm.. sekarang dah tak ada apa2 lagi yg tinggal utk K.Nor jadikan kenangan, utk K.Nor tatapi bila rindu padanya. Dalam purse K.Nor hanya letak gambar arwah, gambar anak2 sekeping pun K.Nor tak letak.. :(

K.Nor tak kisah lah kalau org yg mengambil purse K.Nor tu nak amik duit yg ada dalam tu. Kad bank mmg tak ada dalam tu, kebetulan ada dengan Cik Abg. K.Nor berharap sangat agar purse tu dijumpai dan dipulangkan pada K.Nor. Duit hilang tak lah sedih sangat tp sentimental value tu tak leh nak digalang ganti.. Semoga Allah membuka pintu hati yg mengambilnya utk memulangkan kembali purse K.Nor tak kiralah melalui cara mana sekali pun. Kut2 dia buang kat mana2 dan dijumpai oleh org lain yg baik hati dan menghantarnya ke balai polis ke.. mudah2an lah hendaknya.. 


Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di K.Trg



Pagi tadi berlangsung perarakan sempenan sambutan Maulidur Rasul di Kuala Terengganu. Perarakan bermula  di Shahbandar dan berakhir di Stadium Negeri. Tak boleh nak citer lebih lanjut lg sbb K.Nor tak pergi pun, just stay kat rumah jer. Cik Abg jer yg pergi, tu pun dia hanya menembak kat area Bulatan Ladang. Jom layan sedikit gambar perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1432H.