f Secubit Garam: Daging Masak Kari Kering

N3 Terkini

Wednesday, December 15, 2010

Daging Masak Kari Kering

Menu hari ni base pada resipi Ayam Masak Kari Kering tp diubah menggunakan daging. Saja2 tukar penggunaan bahan utama dr ayam ke daging. Alhamdulillah, rasanya maintain sedap.. erkk.. sapa lg nak puji kalau bukan diri sendiri sbb yg kat rumah ni mmg la duk puji sokmo doh.. ^____^


Jom tengok resipi..

DAGING MASAK KARI KERING
resipi : SecubitGaramNor67

350gm daging ~ dipotong
air secukupnya

Rebus daging dgn air hingga empuk. Ketepikan.

~~~~~~~~~~~

bahan2 lain:
7 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 - 2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari ~ bancuh dgn sedikit air
2 tangkai daun kari
2 sudu besar sos tiram
air rebusan daging
jus asam jawa
ubi kentang
garam
gula ~ jika suka

Cara2:
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing,
Masukkan cili mesin. Goreng lagi.
Masukkan rempah kari dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/4 cawan air dan juga daun kari. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging.
Kacau dan masak hingga daging mesra dgn rempah dan masukkan ubi kentang.
Kemudian masukkan sos tiram, air rebusan daging, jus asam jawa, garam dan gula.
Masak hingga kentang masak dan juga kuah menjadi pekat.
Angkat dan hidangkan panas2.

11 comments:

  1. dah banyak kali akak buat masak kari kering ni...mesti sedapp kan kak...nnti mas pun nk try gak la...

    ReplyDelete
  2. salam k nor

    Sya mmng ske giler kari daging tp bab2 masak daging slalu fail...slalu frust...tk tahu mane silapnyer...huhu

    ReplyDelete
  3. saiful >> silakan ...

    mia.lia >> cuba la lg sedap kalau dpt makan :)

    pia >> w'salam

    ^______________^

    mas >> lauk ni mmg dah biasa kat rumah ni sebelum k.nor letak kat blog :)

    SH >> salam ...

    daging jd liat ke? rasanya sbb cara potong daging yg salah tu.. bila kita potong ikut urat, dgg jd liat. nak dptkan daging yg empuk dan tak liat, kena potong lawan urat.

    satu lg kaedah masak daging, jgn bukak api kuat/besar. ni buat daging masak cara mengejut. cuba guna api sederhana kuat. masak dgn cara main api, kalau kita masak nak cepat siap, rempah/kuah rasa kurang masak, daging pun keras dan liat.. cuba la ya...

    ReplyDelete
  4. kak nor..
    alahai..awat daging kak, ayu nak try lah..tapi tukar ayam dara...
    moga-moga menjadi

    ReplyDelete
  5. Kak nooorrrrr....terus ni terbayang sambil makan roti yg saya buat dengan kari akak tu...erkkk...hehehe

    ReplyDelete
  6. ayu >> ada akak buat versi ayam, ayu klik kat link k.nor letak tu ya.. :)

    che mat >> laaa apasal tak bawak sekali roti tu, boleh kita bekpes sama2.. pastu k.nor wat air kopi O kaw2 nak hehhe

    ReplyDelete
  7. TQ kak nor for the tips...mmng semua tu dh buat dah...smpai dh giveup nk msk daging...ank bujang plak ske beno daging goreng pedas yg slalu mak sedara dia buat...bila suruh ibu dia buat, failed...rayer aritu dpt daging korban bnyak...smua sya bg jiran suruh dia masak...sya bg alasan, tk de msa nk msk...hehehhe...

    ReplyDelete
  8. SH >> jgn terusan buat gitu, sampai bila2 kita jd tak pandai.. kena la cuba ya.. insyaallah satu masa nanti jd terror masak daging..

    kalau rasa kurang empuk walau dah masak/kering kuah/rempah, panaskan balik dgn masukkan air. masa mula2 masak tu kalau diperlukan letak air, letak biar sama aras dgn daging dan biar merenih hingga pekat dan kering.

    ReplyDelete