ASSALAMUALAIKUM..
Dah makan semua? Yg dah makan, Alhamdulillah.. Yg belum, tak elok makan malam lewat2, sebaiknya biarlah sebelum pukul 8 malam. Wah.. wah.. pakar pemakanan beri syarahan pulak malam ni.. hahaha Tapi betul apa, seeloknya makan awal, antara pukul 7 - 8 malam, baru bagus utk sistem penghadaman kita. Kalau dah lebih dr pukul 9 atau 10 malam keatas tu elok amik yg ringan2 aje dah la.. Ni pun boleh elakkan pewut jd muncit ^__^
Jom layan menu malam ni, Angel Hair Lemak Pedas, resipi CMG yg dah acapkali K.Nor buat. Bila dah acapkali buat tu faham2 sendiri la kan.... Kalau tak sedap takkan nak buat berulangkali. Mekasih Che Mat, mmg resipi ni jadi kegemaran K.Nor. Tapi cam biasa mmg banyak yg K.Nor tokok tambah dlm masakan tu. Yg pertamanya mmg tak pernah beli meat loaf, jd K.Nor tukar kepada Ramly Sosej jer. Sama jugak dgn bay leaf, pun tak letak (tak pernah beli jugak hehe). Pastu tambah udang sket utk melazatkan lagi pasta ni,. Eh kali ni, tak letak capsicum sbb out of stock! Taruk jer la mana2 cili yg ada, tak kisah la kan.. Dan yg paling utama sekali, K.Nor guna angel hair sbb lebih sedap makan angle hair dr spaghetti. Ok lets check the recipe...
SPAGHETTI LEMAK PEDAS
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor @ SecubitGaram
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti ~ k.nor guna angel hair
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu ~ k.nor gantikan dgn sosej dan udang
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air ~ k.nor guna air rebusan pasta tu
CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

salam kak nor.. berselera nampak menu ni.. mesti try ni... kena beli angel hair dulu nampaknya
ReplyDeletehaishh.. kak norrr.. ni dh ko 9 lbh nihh.. td dh makan, tp tgk nih jd lapo lagi laaa.. muncit la tun kalu gini..huhu...
ReplyDeletebetul tu kak nor, kena makan awal sbb lepas tu kita nak tido bukan gunakan tenaga, tu salah satu punca diabetes sbb tersimpan byk gula & kabohidrat dlm tubuh,
ReplyDeletenampak selalu kak Nor buat resepi ni... mesti sedap ni.. nanti nak kena cuba jugak..
ReplyDeleteaduihhh kak...bila la Tun nak buat ni.....dah lama masuk list..akak dah buat 2,3x pun, tun tak buat2 lagi nih..huhuhu...
ReplyDeleteDugaan betul mlm2 ni kak. Slurrppp. ;)
ReplyDeleteAkak, guess it shld be angel hair coz love sll gak beli brand san remo buat goreng2. Just to let u know coz nanti senang readers nak cari 'angel hair'.
Nor meh tukar dgn fruity bread triffle tuh..bole lg makan mlm2 ni kan..hehe...Mesti sedap resepi mat ni eh Nor, dh byk kali Nor buat..Ummi x buat2 pun lgk...adeeii, nnt la buat jgk..
ReplyDeleteKak nor saya tak makan malam. Boleh tak simpan sikit tuk pagi esok
ReplyDeleteassalam kak nor...same la kite. sy pon lagi suke angel hair berbanding spageti.yg ni halus n senang nk makan.cepat masak pulak tu.pasni kene borong angel hair la nmpknya
ReplyDeleteaha.. mmg sedap dan mudah je buat dia kan. saya pun selalu buat ni pagi2, isi dia kita boleh tukar mcm2 ikut suka kan. ;D
ReplyDeleteadeiii... leh tengok jer.... puasa... huhuhuhu
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteita >> try la ita.. bg k.nor sgt sedap
tun >> tau tak per.. :)
amie >> tq for sharing :)
ita >> k.nor mmg suka dgn rasa dia ita.. lemak2 berkrim, pedas.. kena dgn tekak melayu :)
tun >> hehe.. buat la bila rajin nak buat ya tun :)
love >> hahahaah.. k.nor langsung tak perasan la love, dah silap eja tu.. jari syok aje duk taip angle.. haha.. bila love tegur ni baru perasan.. tq dear.. tq so much! :)
ReplyDeleteummi >> tak pernah buat lg ke ummi? nor dah acapkali buat :)
sam >> boleh aje.. esok k.nor reheat ya.. :)
nuwairani >> betul tu, lebih cepat kembang dan bila makan rasa lembut dan sedap banding dgn spaghetti kan
as >> wahhh as sama cam k.nor ya, suka rasa dia .. mmg mudah dan simple kan as
iza >> puasa apa ke benda tengah malam buta ni iza hehe
tu dia aih...sungguh terliuq!
ReplyDeleteangel hair ni lebih halus dan sedap kan k.nor...e-na pun kalau buat spagethi suka guna yg halus ni, rasa dia lebih sedap...kat nihon ada mcm2 saiz tp tak perasan lak namanya...pas ni kena tgk betul2...bab mkn awal tu yg menarik, klu dpt amalkan boleh hilang lemak2 kt perut kan...huhuuu dlm proses nak singkirkan yg x perlu...peha, perut, lengan ;p
ReplyDeleteaaaaa sarapan angle hair la pagi ni... lalalla..daaa
ReplyDeletekak nor..suka sgt dgn pasta..bila la nak try resepi ni..pasta gaya melayu gitu..sedapnya kak!
ReplyDeleteNor... kecur air liur pepagi ni... anger hair ni ada 5 packet tp x tau bila nak masak...
ReplyDeletecomel blako >> kena buat la kalau dah terliur tu :)
ReplyDeletee-na >> sama la ... mmg k.nor lebih suka angel hair dr spaghetti.. lebih lembut dan lebih sedap kan.. hehe
izah >> alalallaa.. nak tumpang bf sorang .. jap nak bawak pinggan ya.. :)
mieza >> yep, mmg versi anak tekak melayu, try la
ReplyDeletek.rose >> wahh k.rose banyak tuh.. tp nor pun suka buat stok gak sbb senang kalau time tak tau nak masak apa, benda dah ready ada kat dapur kan..
kak nor.....sedappnya tengok angel hair tu...
ReplyDeletenak try resepi ni lak la nanti...
wah akak... yg nie pun nampak sedap ler... semuanya sedap2 belaka nie... terliur tgk tau... :)
ReplyDeletekalau resepi ulangan yg kak nor tayang.. for sure sedap sangat kan? nnt nak buat jugaklah.. tp ikut apa2 bahan yg ada kat rumahlahh..
ReplyDelete