f Secubit Garam: Sambal Belacan

N3 Terkini

Friday, June 3, 2011

Sambal Belacan

ASSALAMUALAIKUM..

Rasanya K.Nor tak pernah letak resipi Sambal Belacan kat sini. Baru2 ni anak sdara yg peknen tu (Yana) memanggil kat pesbuk, mintak resipi Sambal Belacan. Dah org mengandung, selera nak makan bukan boleh dijangka kan. Dia sebelum ni bukannya peminat sambal belacan tapi dia pernah makan yg K.Nor buatkan masa kenduri tahlil arwah mak tiri K.Nor dulu tu. Sampai duk teringat lagi sambal belacan yg pernah K.Nor buat tu.. alahai mek yung sorang tu.. Dia siap menyelongkar dapur SecubitGaram ni cari resipi sambal belacan. Last2 K.Nor bagi kat pesbuk jer. Esok tu terus gi cari mangga muda kat pasar. Rasanya dia dah jumpa mangga muda tu kalau tak silap. Dah buat ke belum sambal belacan, wallahua'lam ....


Meh la nak tempek resipi Sambal Belacan stail K.Nor. Bukan ada yg special pun, lebih kurang jer dgn resipi sambal belacan org lain. Tapi mungkin kes air tangan kut.. hehe

SAMBAL BELACAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional

Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

8 comments:

  1. aduhhhhhhh sedapnyer sambal belacan! eh? td umah kak nim pun sambal belacan kikiki...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nor,
    Sambal belacan ni kalau digandingkan dengan kari dan ulam ulaman sikit...pekena pulak ngan nasik panas2.......perghhhh pengsan.....

    ReplyDelete
  3. Assalamualikum akak...
    wah sambal belacan... sedaaapnya tu akak...

    ReplyDelete
  4. alamak sedapnya Nor:)nampak biji cili api tu..boleh pengsan sb sedap hehe

    ReplyDelete
  5. whoaaaahhhhhh...sedapnyer sambal belacan... laporlah pulok. Nak nasi panas2 tambah kicap skit takda lauk lain pun buleh pulun habis.

    ReplyDelete
  6. waduh sambal belacan lagi..cannot tahan leh..sedapppnya...

    ReplyDelete
  7. tgk smbl belacan k.nor terus teringat smbl belacan mak. dulu adik bongsu mmg hantu smbl belacan. hari2 mak kena buat. dh tu x nk yg blend dgn blender. x sdp katanya. jenuh la mak menumbuk smbl stiap hari...hehe..mau naik boring agaknya, hehe...

    ReplyDelete