f Secubit Garam: Daging Masak Taucu

N3 Terkini

Monday, June 20, 2011

Daging Masak Taucu

ASSALAMUALAIKUM..


Dah biasa dgn Ikan Masak Taucu kan. Pastu dah buat jugak Telur Masak Taucu. Meh kali ni kita buat Daging Masak Taucu. Bahan2nya lebih kurang jer kalau kita guna ikan atau telur. Cuma kena masak lama sket la utk dptkan daging yg empuk agar lebih sedap dimkan. Kalau guna daging batang pinang lebih cepat la masak. Sedap dihirup kuah ni, masam2 dan pedas. Cukup menyelerakan..

DAGING MASAK TAUCU
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
300gm daging ~ dihiris nipis
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1cm halia ~ dihiris
2 sudu besar taucu ~ k.nor tumbuk
2 - 3 bj cili merah/hijau ~ dibelah dua
5 biji cili padi ~ diketuk
air asam jawa
air secukupnya
garam
sedikit gula
minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan taucu dan juga daging. Masak sehingga daging mengeluarkan airnya.
Masukkan cili merah dan cili padi serta air.
Masak hingga daging empuk dan masukkan air asam jawa.
Masukkan juga garam dan sedikit gula.
Biarkan mendidih sebentar dan boleh lah ditutup api.
Angkat dan hidangkan dgn nasi putih.

10 comments:

  1. fuhh..mesti sedap ni, pestaim dgr daging d msk taucu ni k'nor,selain drpd ikan..mana nk cari taucu ni..kat sini miso ada la..cam taucu gak bau dier, buat pun ngan kcg soya

    ReplyDelete
  2. mmmm...sedapnya wat berbuka harini... tak sabar

    ReplyDelete
  3. Kak nor,nmpak sedap,sy pon masak daging rini,latak cajun,mmg best kak,hehe tgh gila cajun..

    ReplyDelete
  4. org ganu tak lari dari maskaan singgang dok. ni ada gaya2 singgang bertaucu la senang kak nor. ikiki

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..

    ida >> ooo miso tu cam taucu la ya.. selalu dgn sup miso.. tak tau ke benda.. hehe.. acu try tukar taucu tu dgn miso ida.. kut2 sedap hehe

    gee >> ooo gee puasa ya..slmt berpuasa dan slmt berbuka bila sampai waktunya.. k.nor minggu dpn baru boleh sambung, minggu ni angkat cuti sbb duk layan bendera jepun :)

    ct >> haha.. ayat keramat izah tu.. cajun.. cajun.. ehhh. beli cajun.. beli cajun.. hahahah.. mengamuk la makcik tu kalau dia tau ni.. hehe

    mmg sedap kan letak cajun.. wangi semerbak!! post resipi tu nanti, kut2 boleh menerai :)

    izah >> nak kata singgang tak jugak.. tp jenis air2 gak la izah. lebih kurang kut.. tp sedap..

    ReplyDelete
  6. Salam kak nor,
    datang bawa gelas ni. nanti tolong isi dengan lauk daging tu ye....

    ReplyDelete
  7. tak pernah lg daging dimasak tauchu.. tp nampak sedap jugak tu.. nak pulak bila kak nor kata terasa msm2 sikit... buat bersahur pun sesuai ni kan..

    ReplyDelete
  8. hazila >> kalau suruh isikan daging dlm gelas, mesti zila bawak balik gelas tu kan.. habis camna k.nor nak pinjam guna gelas tu..hihii

    ratna >> yep.. kalau masam2 pedas mmg laju jer ratna.. try la

    ReplyDelete
  9. mas tak pernah makan lagi daging taucu...
    boleh try nanti...

    ReplyDelete
  10. lauk camni pekena waktu sahur memang ngam kak oii... nak semangkuk..ehehe

    ReplyDelete