f Secubit Garam: Angel Hair Goreng Berempah Pedas

N3 Terkini

Wednesday, June 29, 2011

Angel Hair Goreng Berempah Pedas

ASSALAMUALAIKUM...


Jom berbuka puasa...


Insyaallah, resipi akan di update nanti...

Updated:
Maaf la ya, tadi kalut menggoreng angel hair ni. Tak sempat nak pot pet2. Nak letak resipi pun tak sempat. Tambah pulak line cam hang jer, duk loading tak sudah2. Last2 post gitu jer, tanpa resipi.

Ok berbalik pd entri malam ni, alhamdulillah... dah selamat berbuka. Harap2 teman2 lain yg berpuasa hari ni pun dah selamat berbuka. Kali ni melayan permintaan suami tukang masak yg nak makan pasta utk berbuka. Layan, jangan tak layan.. kan.. hehe

Sebelum ni dah tengok Zaliedana dan Mas buat Angel Hair Goreng Berempah Pedas dengan menggunakan resipi Makaroni Goreng Berempah Pedas. Terasa gak nak cuba dgn angel hair seperti yg dia org buat. Alhamdulillah.. sedap! Memang tidak menghampakan. Si anak dara pun makan bertambah2..

Jom tengok resipi Angel Hair Goreng Berempah Pedas yg dah diedit sket penggunaan bahan2 yg digunakan..

ANGEL HAIR GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
200 gm angel hair
150gm daging kisar
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) * (*dipotong dadu)
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau *
(* dipotong panjang)
1/2 batang lobak merah ~ disagat kasar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ kurangkan jika tak nak pedas sgt
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 1/2 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 1/2 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan masakan yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka pasta yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Daging cincang boleh digantikan kepada hirisan ayam.

Cajun Seasoning
Ni contoh cajun brand McCormick
Gambar pinjam dr mr google


********

Yg dah mencuba ... TQ
1. Mas Duniaku

17 comments:

  1. assalam nor..jom..akak baru je berbuka tapi tak dapat la makan
    Angel Hair Goreng Berempah Pedas ni..
    makan beehoon je..

    ReplyDelete
  2. Salam kak selamat berbuka puasa!!! tumpang makan sekali agak2 cukup tak angle hair tuu?? hihihi tak cukup kita tolong akak masak :D

    ReplyDelete
  3. slmt brbuka puasa kak..sedapnyer!

    ReplyDelete
  4. pinnnnn...sy dtg nk makan...

    ReplyDelete
  5. Love suka angel hair buat goreng2, but my son tak berapa minat. He minat other pastas. Nampak sungguh menyelerakan pasta ni kak...passsss! ;)

    ReplyDelete
  6. alhamdudillah....dah berbuka yerk kak nor....
    nak rasa segarfu boleh....he..he...
    terliur mas nengoknya...

    ReplyDelete
  7. perut saya bergendang balik nengok masakan kak nor...saya blm cuba lagi resipi menggunakan cajun...nak juga try test nanti =0).

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..

    k.erna >> jom2.. eh mihun goreng pun sedap gak kan.. :)

    ijah >> lebih dari cukup ijah, akak buat lebih dah tau ijah nak dtg makan :)

    psst!! jgn lupa gi cari kulit siput ya.. :)

    del >> tq del :)

    gee >> jemput masuk :)

    ReplyDelete
  9. love >> owhh gitu ya. boleh try dgn pasta yg dia org suka, no hal.. :)

    try la love, mmg sedap ..

    mas >> utk mas,sepinggan pun boleh :)

    vivi lim >> wahhh.. lagu gendang gendut ya... jom cuba.. sedap ni, pedas2 :)

    ReplyDelete
  10. akaaak... nmpk sedap ler akak... kalau dpt makan nie kan best... ^_^.. erm... erm... malam nie pun sama gak akak.. nak upload 1 pic pun punya ler lama... huhuu

    ReplyDelete
  11. diana >> laa.. ingat akak jer td.. terkemut2 duk loading.. mmg semua ada problem loading kut

    ReplyDelete
  12. kak noorrrrrrrr..
    apa nak cakap tadi dah lupa lak.. hmm esok jela..

    ReplyDelete
  13. Eh sama lah kita berbuka dgn spageti. Tapi saya baru cuba Kak Nor punya spageti lemak pedas. Memang betul, sedap... untuk budak2 agak pedas la sebab sy mmg ikut sukatan Kak Nor tu. Next time letak lada hitam last, sebelum tu asingkan yg kanak2 punya :). Thanks for the recipe.

    ReplyDelete
  14. kak nor.. saya pun dah 2 kali buat resepi kak nor ni.. masak masa mak & adik2 dtg.. tapi masih guna makaroni elbow sebab memang beli lebih aritu... mmg bestlahh!! cuma saya tak letak lada hitam takut sikecik tak boleh makan pulak.. tq kaknor..

    ReplyDelete
  15. MEE CAJUN...hehehe.. sejak 2 menjak ni pantang dengar cajun... kat tesco sesorang pun boleh gelak bila ingat cajun... sorry ler kak nor...

    ReplyDelete
  16. Angle hair ni mmg sedap utk penganti mee hoon, saya buat ikut resepi Nor tapi tambah 1 tsp jintan manis...mmg sedappppp =)

    ReplyDelete
  17. izah >> apa pulak tu.. cpt ingat balik :)

    umimans >> dah nama pun lemak pedas kan.. hehe.. lain kali letak sket jer serbuk lada hitam tu. utk kita org tua ni, tabur jer atas hidangan masa nak makan tu ya.. :)

    ratna >> elok gak tu.. utk org dewasa time nak makan, tabur jer serbuk lada hitam..ok gak :)

    erani >> tu la..tengah demam cajun kan skrg ni :)

    ReplyDelete