f Secubit Garam: Cili Hijau Goreng Udang Pedas & Rose Biru

Thursday, June 9, 2011

Cili Hijau Goreng Udang Pedas & Rose Biru

ASSALAMUALAIKUM...

Wahhh.. Dah malam baru boleh post menu lunch. Banyak sangat kejadian utk hari ni.. Tak per lah, esok aje kita citer2, dalam n3 pagi esok.. insyaallah...


Meh layan lauk udang yg sedap ni. Eh... mana ada lauk udang yg tak sedap! Ada kut, kalau udang tu dah lama sgt atau lauk tu dah basi kan.. hehee.. Semua lauk udang mmg sedap, tambah lagi bagi penggemar udang. Yer la.. kat sinun boleh la tayang udang galah.. Kat sini layan udang biasa2 jer udah laaa... asal namanya udang gak kan.. (lama betul tunggu couriet udang galah dari Mukah, tak sampai2... huhhh..)

Resipi ni dr org Mukah nun, pencinta biru.. Penternak kuye2 yg berjaya.. hihihiihi... Kesian sungguh mek Sue, duk layan tenet cap kuye2... Org dah suruh tukar ke pelanduk tak nak.. nak jugak si kuye2.. tambah lagi yg kaler biru kan... Nasib la Sue ^__^

CILI HIJAU GORENG UDANG PEDAS
Resepi : HaSue
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
300g udang tanpa kulit
7-8 tangkai cili hijau-cuci bersih dan hiris sedikit memanjang(buang biji)
1-2 tangkai cili merah(boleh tambah cili padi ikut tahap kepedasan sendiri)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar-hiris
Garam secukup rasa
secubit gula
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara2:
Tumbuk lumat cili bersama bawang merah dan bawang putih.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi dan masukkan bawang besar yang sudah dihiris. Kacau goreng sebentar sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
Masukkan udang,kacau goreng lagi dan masukkan garam dan gula/perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan cili yang sudah dihiris dan kacau goreng sehingga sebati.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Updated:


MAAF banyak2 ya Sue... Terlupa sungguh nak tempek kat sini rose biru yg Sue bg baru2 ni sempena follower Sue dan mencecah 4 angka tu.. Tahniah dari K.Nor buat Sue dan HaSu-I Love My Life.. semoga terus mantop dgn resipi2 yg sedap, citer Zharif yg makin sepet matanya.. Juga teruskan menjadi cikgu dlm menunjuk ajar step by step.. Dah ramai anak murid tetap tu.. termasuk K.Nor gak tau.. hehe.. Mekasih dan mekasih atas ilmu yg dikongsikan bersama... Semoga ukwah antara kita berkekalan mekar selamanya.. TAHNIAH sekali lagi.. mmmmmmuah!