f Secubit Garam: Ayam Cencaluk

N3 Terkini

Saturday, June 18, 2011

Ayam Cencaluk

ASSALAMUALAIKUM..

Dah kali kedua buat Ayam Cencaluk ni. Tetap sedap dan digemari ahli dlm rumah ni. Masih tak beritau Luqman yg dlm masakan ayam ni ada cencaluk. Elok jer dia makan, siap meratah ayam lagi. Kalau tak diberitau mmg tak sapa yg tau adanya cencaluk dlm masakan ni. Sapa2 yg pernah cuba masakan ni mesti setuju kan. Memang sedap dan tak perasan langsung adanya cencaluk tu. Sedap!


Mekasih Che Mat atas resipi yg sedap ni. Memang akan ada siaran ulangan lagi lepas ni.. ^___^


AYAM CENCALUK
resipi : CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris ~ k.nor tambah cili padi sket
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...

13 comments:

  1. Nampak seperti rendang ayam tetapi ada perbezaan.

    ReplyDelete
  2. kak,nk sebotol cencaluk, nk bt mskan ayam ni..klu mkn tu ngan nasi je pun dah cukup dah..sedapnya! :)

    ReplyDelete
  3. betul kata K.Nor tu....ada cencalok tapi mcm tak letak..mmng sedap ayam cencalok ni..arini Yatie masak ayam sos plum tapi letak nenas...sedapkan kak..tq..kalau ada mangga nanti nak cuba gak..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ...

    FARISZ@AZ.Com >> nampak jer sama tp tak sama tu.. rendang kena ada santan kan.. ada daun kunyit/limau purut.. yg ni letak cencaluk.. try la.. sedap :)

    del >> arini kan k.nor masak ayam cencaluk ni dgn tumis air sawi jer.. tu pun dah cukup sedap del.. ehh.. tak ada cencaluk ke area rumah del?

    yatie >> sedapkan ayam ni yatie.. syhhhh.. anak k.nor tak tau sampai skrg ni k.nor letak cencaluk dlm tu.. kalau dia tau, gerenti tak makan hehe...

    ayam sos plum tu mmg sedap.. try la buat, kalau ada mangga lagi syok :)

    ReplyDelete
  5. kak nor....betul3...memang sedap ayam cencalok ni.....

    teringat kisah mandi cencalok....
    maceh atas tunjuk ajar kak nor..
    2 hari lepas mas buka cencalok...
    dah tak kene mandi cencalok dah....he..he..

    ReplyDelete
  6. salam kak nor..

    sy pun dah try resepi ni. mmg sedap! cencalokk siap import dr kuala pilah masa on the way nak blk kg... hehe..

    ReplyDelete
  7. salam k nor... nak join akak mkn ayam cencalok ler.. herhehe... air kosong 1 gelas yer...

    ReplyDelete
  8. wahhh sedapnya...kita kat sini ambil bau jer lah tak dak cencaluk la kat sini kak...:)

    ReplyDelete
  9. suke sangat dengan cencaluk!wahh nak cuba lah resipi ni. menu baru rumah..hihihi

    ReplyDelete
  10. a'kum kak nor...saya pun dah lama nak cuba resepi ayam cencalok ni lepas tengok rancangan masak2 dari dapur nyonya kat tv3 hari tu...tapi sampai ni tak buat2 lagik...kalau bela ayam dah bertelor kot ayam nye...hehehhe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum akak...
    waduh2!! sungguh enak sekali ayamnya ya.. hehehehe
    akaaaak... org kat cnie terliur sudah tau... nak masak gak nnt.. tp kena cari cencaluk nya dulu... ;)

    ReplyDelete
  12. mas >> dah tak mandi cencaluk ke mas? hehe

    ratna >> betul2.. mmg sedap :)

    noor >> air jer? nasi tak nak? :)

    nieza >> kesian nieza.. nak tulun poskan takut tak lepas

    blueberry cheese >> wahh lama tak nampak cik ira ni ya.. sihat ira? :)

    Q >> elok gak tu kalau bertelur, boleh guna wat kek :)

    am >> silap n3 ke am hehe

    diana >> w'salam diana, smoga jumpa dgn stok cencaluk ya.. :)

    ReplyDelete