f Secubit Garam: Chocolate Dipped Banana

Monday, June 6, 2011

Chocolate Dipped Banana


ASSALAMUALAIKUM...

Semalam hari lepaking bagi tuan rumah. Betul2 kena paksa rest oleh cik abg. Bila dah lepaking aje tu mula la boring semacam. Terasa gian nak mendessert, membaking.. Tapi bila pikir yg badan betul2 perlukan rest, pendam aje la kegianan nak mendessert bagai tu.
Bila si tukang masak amik MC, tiba2 si anak dara pulak yg terajin nak main masak2. K.Nor biarkan ajer, tengok jer apa dia nak buat. Buat yg simple2 boleh la, kalau yg rumit kang K.Nor pulak kena campur tangan. Dari nak rest kena jugak masuk dapur kang :)


Ni lah hasil kerja si anak dara, Chocolate Dipped Bananas. Sebelum ni Aisyah jumpa satu resipi yg lebih kurang kat web mana ntah.. suruh dia google balik dah tak jumpa. Pernah gak Yani Deco Choco buat dulu, masa tu mmg teringin nak buat tapi dah terlupa terus nak buat. Resipi yg K.Nor buat ni ada tambahan sket dr resipi Yani sbb K.Nor tengok adunan coklat tu agak pekat, bila Aisyah dipped pisang tu, payah sket nak cover coklat tu
kat pisang. Jadi K.Nor suruh Aisyah tambah susu cair. Alhamdulillah.. elok jer hasilnya. Rasanya? Sangat la sedap!! Memang sedap bila gabungan pisang dengan coklat, tambah lak pisang tu bila dibekukan pastu dicelup coklat dan dibiarkan coklat tu mengeras.. pisang tu jadi lembut.. cam makan eskrim pun ya jugak! ermmm.. dlm batuk2 pun sambar gak seketul sbb tak tahan melihat cik abg dan anak2 ngap depan mata.. hehe.. Seketul jer, org tua2 kata tak per, buat ubat ^___^

Meh K.Nor letak resipi kut2 ada yg teringin nak mencuba.

CHOCOLATE DIPPED BANANAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
7 - 8 bj pisang berangan
200gm coklat masakan
2 sudu besar susu cair
2 sudu besar butter
batang aiskrim@skewers@lidi satay
kekcang/manik2 gula utk hiasan ~ optional

Cara:
Buang kulit pisang dan potong dua. Jika pisang besar (spt pisang montel) boleh lah dipotong 3.
Cucuk dgn batang aiskrim@skewers@lidi satay dan letakkan atas loyang yg dialas dgn baking paper.
Masukkan kedalam freezer dan biarkan lebih kurang 2 jam.
Panaskan coklat masakan bersama susu cair dgn kaedah double boilet (boleh gak guna microwave)
Bila coklat dah cair masukkan butter. Kacau sehingga butter cair.
Ambil pisang dan celupkan kedalam coklat cair dgn cepat (boleh gunakan sudu utk ratakan bahagian yg tak terkena coklat)
Golekkan/taburkan manik2 hiasan/sprinkles/kekacang.
Letakkan balik atas loyang beralas baking paper tadi. Buatlah sehingga habis pisang yg digunakan.
Masukkan kembali kedalam freezer utk 5 - 10 minit, lepas tu masukkan kedalam bekas kedap udara(air thight container) untuk menghalang coklat yg menyaluti pisang td berpeluh.
Hidangkan sebaik sahaja mengelurkan pisang td dari freezer.

* tips:
1. boleh gunakan pisang montel, pisang raja atau pisang emas tapi jgn guna pisang yg dah agak masak/ranum.
2. masa mencelup coklat dan hendak tabur gula hiasan tu, kena buat dgn cepat sbb coklat akan cepat mengeras disebabkan pisang td dlm keadaan yg sejuk/beku.