f Secubit Garam: MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH

N3 Terkini

Tuesday, January 3, 2012

MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM...

Entri masakan pertama utk 2012, MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH.. Dah agak lama tak goreng makaroni. Dah agak senyap cajun yg satu masa dulu agak heboh di dapur GMM. Mungkin akan ada yg bertanya apa itu CAJUN disebabkan tak tau apa bendanya tu, sila klik ke SINI. Ada K.Nor letak gambar cajun. Cajun ni sebenarnya sejenis rempah dan boleh didapati dipasaraya2 ya.. Boleh pelbagaikan penggunaan cajun ni selain dibuat pasta yg digoreng gini, boleh juga dijadikan bahan perap pada daging atau ayam (boleh digoreng atau dibakar atau bbq). Boleh juga ditambah lg gorengan sayur utk menghasilkan satu masakan yg enak. 




MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 kpg dada ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/2 batang carrot *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Isi ayam boleh digantikan kepada hirisan daging atau daging cincang.


11 comments:

izahdaut said...

khaann.. dah lama tak nyentuh cajun. agak2 kalau masukkan sikit dlm inti karipap cemana ek rasa dia..hee..

Emma said...

harus dicuba ni

Kak Sam said...

hehehe masa duk heboh pasal cajun ni dulu kita pun sibuk gak. Tapi la ni elok je tersimpan. tahun bila nak abis pun tak tau.

YAYA AZURA said...

1st time dngr cajun.....
makaroni goreng mmg sedap!

cplud miera said...

syedaaaaaaaaaaaaaapnyer kaknor ;)

Tina Othman said...

yeay, nanti nak buat lah tapi stok makaroni takde lah pulak, yg ada spirals, angel hair dgn spagethhi je

cajun kan kak nor, kekadang tina guna time perap ayam untuk bakar, sesuka hati je kan hihi, nak buat ayam goreng cajun tak terbuat2

Rima said...

KNor
Slurp.. yg pedas adalah yg shiok.. especially if goreng macaroni.. harus pedas baru ade kick.. with cajun sure lah lagi up kannn.. nak semangkuk! can?? hehe

Nieza said...

sedapnya...saya kalau msk gorengx2 semua bubuh cajun kak..haha

wanG said...

kak nor, bila nak ajak saya makan sekali ni...meleleh saliva saya tgk makaroni goreng akak...nakkkk...

sitiezahim said...

mmmm saya aje dok tak belek cajun kat sini..taktau dlm deutsch la kak nor hehehe..takpe2 nanti balik msia mau carikkk dan hangkut buat stok hehe

K.Nor said...

izah >> tu la kan.. sian cajun duk bertapa dlm esbok hehe

eh sedap jah.. akak pernah letak dlm inti ayam utk buat puff .. sedap :)

emma >> silakan .. slmt mencuba semoga kena dgn selera

sam >> guna jer sam utk perap ayam, daging, goreng mee pun sedap

yaya >> try la letak cajun dlm makaroni goreng.. insyaallah sedap ;)

miera >> mmg syedaaaaaaaaaaap! :)

tina >> k.nor guna yg spiral gak tu :)

betul tu.. cajun mmg sedap dibuat perapan ayam atau daging :)

rima >> 200% tepat! hehe

dah abis la rima dear.. lain kali la ya.. :)

nieza >> haha.. dah ada cajun semua boleh buat kan :)

wanG >> semua ni menu tertunda la wan

hajar >> sian hajar, tak jumpa2 lg ya.. nanti balik borong banyak2 ya.. beli yg dalam paket senang nak masuk kotak :)