f Secubit Garam: PILAF TOMATO

N3 Terkini

Wednesday, January 11, 2012

PILAF TOMATO

ASSALAMUALAIKUM... 

PILAF TOMATO, nasi yg resipinya K.Nor ambil dr blog Ayu S'pore. Kalau Ayu gandingkan dgn Ayam Sosha Istimewa, K.Nor cuma gandingkan dgn menu yg dah biasa dimasak iaitu AYAM MASAK MERAH BEREMPAH dan KERABU EPAL. K.Nor juga Sup Fishball, supaya ada kuah2 sket time makan :)


Alhamdulillah... memang sedap nasi Pilaf Tomato ni, tambah lagi bila digandingkan dgn geng2 yg serasi.. Mekasih Ayu berkongsi menu nasi yg menyelerakan ni, izinkan Nor share kat sini lak ya.. :)

PILAF TOMATO
Sources:-From Mumtaj Begum Omar
@Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan:-
1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya
air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
5cm kayu manis
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 helai daun bay-(Ayu gunakan 1 helai aje)
1 biji bawang besar dihirs halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah, dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar
1/4 cawan susu sejat
garam secukupnya + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
secukup minyak atau ghee untuk menumis
sedikit kacang gajus goreng ~ k.nor tak letak

Cara:-
Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan
Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.
Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.

* daun pudina k.nor gantikan daun ketumbar sbb tak ada stok daun pudina



17 comments:

  1. Meriah tu Kak Nor. . Penuh meja. . Heheheheee. . Menggoda ja malam2 ni. . (^_^)

    ReplyDelete
  2. minta ampun sedapnya tgk set nasi n the geng ni kak Nor..sgt suka nasi berempah mcm ni. dah masuk list tapi belum terai lagi:)

    ReplyDelete
  3. terliur sangat bila nengok nasi ni kat rumah kak ayu hari tu. dengan ayam nyer tu. puhhh.. sah2 along makan tak toleh kiri kanan. sedang imejin. hehe

    ReplyDelete
  4. Maaf, saya cadangkan untuk menggantikan serebuk perasa, kita imbangkan penggunaan garam, gula dan bahan asam (asam jawa, asam keping, lemon atau sos plum). Saya akan gunakan bahan ini untuk seimbangkan rasa. Insyaalah sedap.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..

    sue >> mana kek lapis persona tu.. tak bawak dua tiga potong ke masa dtg sini? hehe

    nieza >> buat la nieza.. along cukup suka makan nasi ni.. sedap :)

    izah >> erm.. dia makan dgn senior dia tu.. bukan main lg berlumba menambah hehe

    Engineers Love Cooking >> mekasih sudi singgah dan tinggalkan komen.. sebenarnya dah lebih dr 20 tahun k.nor masak, dan selama tu lah k.nor tak guna serbuk perasa. kalau diperhatikan dlm resipi2 ori k.nor dlm blog ni, tak ada pun diletakkan penggunaan bahan serbuk perasa. dan kalau ada penggunaan serbuk perasa dlm mana2 resipi yg k.nor share kat blog ni adalah milik org/blogger lain.. sememangnya k.nor selalu imbangkan rasa lauk dgn penggunaan garam dan sedikit gula.. mekasih atas info yg dikongsikan tu ya.. :)

    ReplyDelete
  6. WoW! lebih dari complete set Nasi Pilaf ni...ada kerabu epal...ada sup lagi...tu diaaaa...kenyang sungguh kalau dapat join makan ni....nak try jugak lag nasi pilaf tomato ni...cam best je Nor...:)

    ReplyDelete
  7. Assalam Nor, terimakasih sudi mencuba, wah set yang mewah dan complete ni..daun pudina dalam recipe ni pun kita tak letak, even daun ketumbar, sebab both pun kita tak ada stok..heheh..

    Oh yes, thanks to Engineers love cooking juga for the info..:)

    ReplyDelete
  8. first time in ur space...n wow...u hav such an amazing space.....this is one delicious pilaf u hav prepared....loved the combination of flavors...following ur space....do visit mine sometime :-)

    ReplyDelete
  9. wah..cepat jugak kak nor cuba resepi kak ayu ni...hehehe...

    kak nor..tajam sungguh mata kak nor tengok roti naik saya tu ye...hehehhe..memang betul semua sangkaan kak nor tu..masa peram tu terlebih sebab saya terlelap nak tunggu dia naik..hehhehe...nasib baik la doh tu tak masam..kalau dak langsung tak leh guna..kekekke..

    ReplyDelete
  10. wahhhh!!!!!!!! sedap!!
    1st step tu: "Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam." maksud dia tuang air,susu dan garam dlm periuk la kan.. bahasa indon ye, mcm tergantung. hihi.. tun pun x guna ajinomoto/pasti sedap/secukup rasa dlm masakan. mmg dr kecik abah marah guna, kalau gi kedai siap pesan jgn letak ajinomoto lagi. hihi... tp skrg tun suka guna sos tiram dan kiub ayam, byk gak msg dlm tu kan..

    ReplyDelete
  11. K.NOR..mriahnya lauk pauk, guna beras basmathi brand apa, nampak panjang beras tu..

    ReplyDelete
  12. kak nor...
    menyelerakan la nengok set nasi tu........

    ReplyDelete
  13. Kalau basmathi saya cadangakan Jasmine Pussa selain Faiza. Beras panjang-panjang.

    ReplyDelete
  14. sedapnya kak nor set nasi ni..... apa lagi dihidang dlm set pinggan yg cun melecun tu.. bertambah2 selera bila menjamu selera kan? hehe...

    ReplyDelete
  15. k.cek >> cuba la .. insyaallah sedap :)

    ayu >> actually sebelum tu nor plan nak masak nasi lain, tp tukar fikiran last minit dah.. tak kira la tak ada daun pudina, tu yg nor taruk daun ketumbar hehe..

    tq for sharing ya.. :)

    OFR >> thank u for dropping by sonali.. do give a try.. hopefully it suits yr taste :)

    Q >> hehe.. k.nor kan suka buat roti, adalah sedikit pengalaman dlm baking roti ni Q :) apa yg terjadi pd Q tu mmg dah pernah terjadi gak pada k.nor sbb tu k.nor dpt tangkap bila tengok roti Q tu :)

    tun >> betul la tu.. masukkan air, susu dan garam ke dalam periuk nasi. tumis bahan2 yg perlu ditumis pastu tuangkan dlm periuk nasi tu tadi dan didihkan.. pastu ikut step seterusnya.. :)

    pia >> k.nor guna faiza moghul.... tp jgn beli faiza kashmir ya.. tak cantik sgt beras tu.. patah2/pendek

    mas >> mak yung tengok apa pun mmg menyelerakan hehe

    ELC >> mekasih atas cadangan tu ya.. :)

    ratna >> nanti ratna dtg rumah k.nor, k.nor hidangkan dlm set tu, insyaallah.. :)

    ReplyDelete
  16. akak nor..
    tgk menu2 kat atas tu semuanya menyelerakan.. terliur d buatnya... pilaf tomato nie diana dah salin dah resipinya.. ingat nak masak ari nie.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  17. Diana >> yer D.. dah buat belum? :)

    ReplyDelete