f Secubit Garam: ANGEL HAIR GORENG LADA HITAM

N3 Terkini

Saturday, January 14, 2012

ANGEL HAIR GORENG LADA HITAM

ASSALAMUALAIKUM...

Quick update ya.. Tuan rumah dah kelepekan disamping ketandusan idea nak mengarang hehe..

Menu kali ni pasta versi angel hair. Lebih suka angel hair dr spaghetti kerana teksturnya yg lebih halus dan lebih enak pada anak tekak ni.. Terpulang pada masing2 nak cuba dgn angel hair ataupun spaghetti maupun dgn versi pasta yg lain..


ANGEL HAIR GORENG LADA HITAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 paket pasta angel hair
air secukupnya utk merebus pasta
1 mangkuk udang
3 - 4 btg sosej ayam ~ dihiris serong
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 bj bawang besar ~ dipotong dadu
5 -7 bj cili kering ~ dipotong serong
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ seeloknya guna lada hitam yg baru ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
capsicum hijau dan merah ~ dipotong dadu
lobak merah ~ dipotong dadu
garam
sedikit gula
1 cawan air rebusan pasta
minyak zaitun ~ boleh gunakan minyak masak biasa 

Cara:
Rebus pasta hingga lembut dan toskan. Simpan air rebusan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan masukkan bawang putih.
Tumis hingga wangi dan masukkan bawang besar dan cili kering.
Goreng lagi hingga bawang layu dan masukkan sos lada hitam, serbuk ada hitam dan kicap manis.
Kacau goreng seketika dan masukkan capsicum merah dan hijau serta lobak merah.
Masukkan pula udang, sosej, garam dan sedikit gula utk seimbangkan rasa. (boleh letak kiub ayam jika suka)
Kacau dan biar kan udang masak, kemudian masukkan pasta yg dah direbus td.
Kacau lagi hingga rata dan masukkan air rebusan. (boleh lebihkan air rebusan pasta jika ingin lebih berkuah)
Goreng seketika dan bolehlah dihidangkan.

Panas2... ^___^

14 comments:

izahdaut said...

Cantiknya kaler hidangan. Nak jugak. Lama dah tak makan pasta2 ni. Asik lupa nak membeli je

suri solehah said...

sedapnya k.nor..meriah,udang,sosej.terliur.

myda_ahmad said...

salam Kak nor....
tumpang sekaki,menu yang mengenyangkan ini...

DjDayang Jack said...

sedapnya...ermmm...lapar ar...huhuh

tun_telani said...

haaa.. tu dia.. ngan kuali2 sekali interprem.. ^____^ <- tiru gaya senyum kak nor

Mieza said...

cantiknya kuali kak nor ni hehehe..rasa nak makan dalam kuali tu je macm kat kedai makan tu depa hidang dalam kuali kecik je heeehe..semalam mieza pun masak angle hair..tapi kan tak puas lak makan angle hair nak mkn saghetti gak besau skit..mesti sedap kalau kak nor yg masak

Rima said...

Nanti once dah sampai sana akan ku beli byk byk pasta to bring back home.. kat sana cuma 50 sen one pack.. murah kannn

Nampak sedap.. macam bee hoon goreng pun ader

Tina Othman said...

sedapnya kak nor, tina kalau pasta mmg suka, angel hair ke, spagetthi ke, spirals ke mmg sentiasa ada stok kat rumah

Liza said...

salam kak nor..nmpk best jer angel hair tu...mst rasa dia lg sedap kalau akak bg liza sepiring.....hihihihi

Kak Sam said...

Asyik lupa je nak beli angel hair. Tensen betul le

Mas said...

kak nor...
nak sekuali..he3
hmmmm..mas pun suka angel hair...
sedappppppp

mummyseri said...

kak nor..
mas nak sekuali tu kite nak kuali ..hehe bole gitu..comei je kuali k.nor tu..mee pon menggode jugek :)

nOOrsha said...

tau dah abih..nak kuali je pun jadilah..hihihi

K.Nor said...

assalamualaikum..

izah >> biar kalerpul sket baru la tertarik mata, pastu tertarik selera nak ngap :)

suri solehah >> alhamdulillah.. mmg sedap kat anak tekak k.nor sekeluarga .. try la ya..

myda >> dr tumpang kaki, baik tumpang mulut kan.. hehe

dayang >> hehe.. tak dinner lg ke? :)

tun >> haippp!! tiru. tiru.. bayar royalti :)

mieza >> kuali ni besor sket, tak sesuai la nak ngap dlm tu.. hehe

rima >> 50sen? uishh manyak murah tu.. angkut kotak la rima.. pastu jgn lupa pos ke ganu ya.. hahaha

tina >> sama la.. k.nor suka angel hair dan spiral .. sesekali jer beli yg shell :)

liza >> nak bg apa ya.. semua dah licin.. kuali pun dah basuh :)

sam >> jgn lupa tulis dlm senarai baru tak lupa :)

mas >> amboi mak yung ni.. betul2 nak makan utk dua mulut ke?

mas.. dah betul2 jatuh cinta dgn angel hair kan.. :)

seri >> kuali jer yg tinggal seri.. pandai seri mintak kuali jer hehe

noorsha >> ermm.. lambat.. seri dah chop dulu :)