f Secubit Garam: KIWI (GOLD) PANNA COTTA

Sunday, January 15, 2012

KIWI (GOLD) PANNA COTTA


ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran lagi di malam Isnin, dgn tayangan dessert yg sangat mudah disediakan, bahan2 pun simple jer. Dah banyak kali K.Nor tayang panna cotta, macam2 versi ada. Ada Mango Panna Cotta, Kiwi Panna Cotta, Kiwi Gold Panna Cotta, Rose Syrup Panna Cotta, Lychee Panna Cotta dan yg latest Pittaya Panna Cotta. Eh.. ada satu lagi Durian Panna Cotta.. hehe.. jgn tak caya, durian, buah naga pun boleh dibuat panna cotta. Cuma atas kreativiti kita jer mempelbagaikan variasi panna cotta. Basicnya panna cotta tu dibuat dgn fresh milk, ada yg menambah dgn whipping cream. Kalau nak yg simple, cam yg K.Nor buat ni cuma menggunakan fresh milk. Bahan penyedapnya tu, sebolehnya guna buah yg ada rasa masam2 baru la ngam . Tapi kalau nak guna buah yg tak masam spt pittaya atau buah naga, boleh campurkan dgn sedikit perahan lemon. 


Satu yg K.Nor nak pesan pada yg belum pernah buat panna cotta ni (pesanan penaja ni tau.. hehe) Panna cotta ni menggunakan geletin dan bukannya serbuk agar2. Dan kandungan geletin yg digunakan pun tak la banyak sgt. Jadi ia mengambil masa yg agak lama utk set/mengeras. Ia perlu disejukkan/dimasukkan dlm peti ais utk proses mengeras tak seperti dessert yg menggunakan serbuk agar2 yg mana kalau kita sejukkan kat luar pun dah boleh mengeras dan boleh makan kalau nak la.. Jadi seeloknya dibuat lebih awal panna cotta ni dan biarkan bermalam dlm esbok atau pun biarkan ia dlm esbok paling kurang 5 jam, baru la ia menjadi dgn elok. Tekstur panna cotta ni adalah spt dadih dan bukan spt puding yg pejal tu, jadi seeloknya letak dlm cup/gelas yg berasingan dan yg boleh dihidangkan terus. Panna cotta tak sesuai dihidangkan dgn mengeluarkan ia dr mould/gelas, melainkan dilebihkan sedikit sukatan geletin. Kalau tak nanti ia jadi lepek dan liuk lentuk jer.. tergedik2 hehehe 

Ok ... jom cuci mata dgn Kiwi (Gold) Panna Cotta...

KIWI (GOLD) PANNA COTTA
source : Gert (Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi gold ~ blend utk dijadikan puri + 2 - 3 sudu besar gula

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

* k.nor guna gelatin halalgel