f Secubit Garam: Lychee Panna Cotta

N3 Terkini

Thursday, April 28, 2011

Lychee Panna Cotta

ASSALAMUALAIKUM...


Satu dessert yg sangat enak dimakan tambah lagi di musim panas terik skrg ni.... Resipi hasil olahan dari beberapa resipi panna cotta, hasil dr kerja menggoogle.. Selamat mencuba...

LYCHEE PANNA COTTA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 tin laici
2 cawan susu low fat/full cream
2 sudu besar gula
3 sudu kecil gelatin ~ K.Nor guna gelatin halalgel
3 1/2 sudu besar air
1 /2 sudu teh esen vanila
1 paket jelly strawberi

Cara:
Ketepikan 5 - 6 biji laici. Blend lebihan laici bersama dgn 1 cawan jus laici.
Blend sampai betul2 halus dan tapis. Ambil air dan ketepikan.
Masukkan gelatin ke dalam mangkuk berisi 3 1/2 sudu besar air dan biarkan ia mengembang.
Masukkan susu, gula dan air laici yg ditapis tadi ke dalam periuk.
Masak hingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau.
Padamkan api dan masukkan vanila dan gelatin yg dah kembang tadi.
Kacau hingga sebati dan gelatin larut.
Biarkan sejuk, baru lah dituang ke dalam gelas.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 3 jam.
Masak jelly mengikut arahan di kotak dan biarkan sejuk.
Tuangkan ke atas Lychee Panna Cotta perlahan2. (pastikan jelly dah sejuk dan panna cotta dah membeku/set supaya jelly tak tenggelam ke dalam panna cotta)
Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk.
Hiaskan dgn hirisan laici sebelum dihidangkan.

* laici yg diblend bersama jus laici td akan menghasilkan lebih kurang 1 1/2 cawanair laici selepas ditapis.

26 comments:

ShidaGhazali said...

adei kak... cantik jek laici tu..huhu..

last but not least...sedap dimata, kompom sedap di tekak tu...hehee

NaDia CoMaNeCi said...

menarik nyer..simple but nice n sweet..nak ckit kak..hehe

kak nor, kalau pakai longan boleh tak?

Nieza said...

sedapnya..kat sini pun dah semakin panas ni..bolehlah cuba nanti tapi nk cuba yg kak Nor wat ni dulu hehe..

K.Nor said...

shida >> kalau dah ngap, satu gelas rasanya tak cukup :)

nadia >> insyaallah boleh.. jd la longan panna cotta :)

nieza >> jommmm.. :)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
dari mata terus ke hati.. terus tergoda .. jatuh hati pandang pertama.. hehehe... sedapnya akak...

hana said...

bwk piring kosong nih.... nak tukar eh silap nak mintak isi.. hihihihi

K.Nor said...

diana >> w'salam.. jom buat diana, mudah jer ni, bahan2 pun tak banyak.. hasilnya mabeles :)

hana >> hamboiiii.. apasal bawak piring, bawak lah gelas ke cawan ke.. hehe

~Norul Mas Hana ~ said...

bestnyer...tgk je pon dah rasa sejuk tekak..hihi

K.Nor said...

norul >> yep.. keluarkan dr esbok, amik sudu terus ngap!! wahhh manyak sejuk.. manyak nyaman.. hehe

Zaliedana said...

Kak NOR,Sedapnya..Amik resepi dulu,nnti insyaAllah kalo da laici nak try..

Hanim said...

salam k.nor? 3sudu kecil gelatin tu sama ka ngan 7gm gelatin cam yg k.nor buat mangga tu?

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Cantik ...

K.Nor said...

zaliedana >> selamat mencuba siti :)

hanim >> 7gm tu lebih kurang 2 sudu kecil. yg ni kena lebihkan sbb ada tambahan air laici sbb tu k.nor letak 3 sudu kecil tu..

nazrah >> tq :)

Azita Zain said...

Thanks Nor...dpt idea nak buat pencuci mulut pengantin minggu depan!!!

K.Nor said...

ita >> wahhh.. tumpang seronok ni.. jgn lupa snap gambar ya, nor nak tengok gak hasilnya tu ita :)

AZLITA AZIZ said...

waa... macam mana boleh tertinggal ni... mmg nampak sedap! ita dah jatuh hati dah kak Nor dgn Panna cota ni hb ita pun sama asyik suruh buat aje... hihi nanti boleh cuba yg ni pulak... TQ kak Nor..

chinta... said...

ley cuba buat ni kak nor

Hanim said...

TQ k.nor saya nak cuba buat 1/2 adunan dulu klu asben n anak suke br nak buat banyak....gelatin halalgel banyak lg :)

'AliilA' said...

Emmm...sungguh menggoda hasil air tangan kak nor ni..insyallah akan di cuba nanti.Tq for sharing.

Peri PiA said...

Assalammualaikum kak


desert akak kalau tak cantik berseri tak sah,hihi

HaSue said...

mmg cantik n comel mcm yg membuatnya..meh laa bagi sebekas 2..nak juga merasa..hihi

K.Nor said...

ita >> memang sedap panna cotta kan ita.. kat sini pun semua suka.. slmt mencuba ita :)

chinta >> boleh aje.. silakan

hanim >> boleh jer.. try la buat 1/2 dulu tp tak banyak mana hasilnya tu kalau 1/2 adunan

K.Nor said...

aliila >> yr welcome :)

pia >> w'salam.. hehehee.. sah?? sahhhh.. :)

sue >> aishhh puji bermakna ni ya.. dah abes.. nak gak ke? gi bakar jagung 5 ketul dulu utk akak :P

CT said...

sedap tu...nakkkkkkkkkk...hehehe

K.Nor said...

CT >> dah abesss :)

H.U.S.M.Y.N.A said...

kak nor...saya copy resepi ni ekk...nak letak kat blog...thanks...