f Secubit Garam: Roti Marble Coklat Chip

Friday, April 8, 2011

Roti Marble Coklat Chip

ASSALAMUALAIKUM...

Salam pagi Jumaat buat semua.. Sekian lama mentari sembunyikan diri, akhir2 ni baru la memunculkan diri. Dengan tu baru lah datang balik mood meroti. Bila hujan manjang mmg syok pekena roti panas2 tambah lagi kalau digengkan dgn air kopi. Tapi bila pikir roti lambat nak naik (padahal boleh aje naikkan dlm oven, cuma yg MMMM tu besor hehe) terbantut mood nak meroti.


Jom lah breakfast dgn Roti Marble Coklat Chip. Plan asal nak buat projek lain dgn roti ni tapi tak kesampaian. Rasanya yis yg digunakan kali ni kurang elok tu yg duk tunggu naik dari ptg sampai ke malam baru la naik sket2. Tu pun dah penaikan dalam oven yg dipanaskan suam2 tu. Kalau tak jawabnya jadi habuan cik tong. Selalunya K.Nor guna yis instant Mauripan tapi masa gi kedai baking aritu stok Mauripan dan abis jadi K.Nor amik jenis lain yg repack. Banyak jugak dalam satu paket kecik tu, kena guna utk buat cucur atau benda lain la, tak nak dah guna utk buat roti. Setakat ni yis yg terbaik bagi K.Nor adalah Mauripan. Haaa... dah jadi pengempen pulak dah utk Mauripan.. hehe Jom layan roti...

Versi pintal tanpa coklat chip

Masih kekal menggunakan resipi BASIC DOH, cuma dimarblekan dan ditambahkan dgn coklat chips dan yg satu lagi versi pintal. Memang sedap, anak2 dah makan habis separuh semalam lepas posing2 ni.. :)