f Secubit Garam: Kurma Ayam Daun Kunyit

Friday, April 8, 2011

Kurma Ayam Daun Kunyit

ASSALAMUALAIKUM....

Bersiaran lagi di hari Jumaat.. Dari tadi nak masukkan n3 menu lunch ni tapi dek duk melayan mak2 dara kat muka buku, tertangguh jadinya.. hehe...


Hari ni menu Kurma Ayam yg diberi touch up.. Pagi tadi mintak cik abg belikan santan kat pasar, kirimkan sekali daun kunyit. Asalnya nak buat lauk Gulai Ayam Kalio tapi lupa pulak nak kirim daum kesum. Lain kali la buat projek Ayam Kalio tu. Pastu tanya cik abg dan anak2, nak makan Asam Pedas Ayam atau Kurma Ayam? Cepat2 cik abg jawab Kurma Ayam. Pastu terfikir nak masukkan daun kunyit dalam Kurma Ayam, tengok hasilnya camna.. hehe..


Bila dah masak, wangi jer bau Kurma Ayam yg dimasukkan daun kunyit. Sedap jugak! Satu kelainan kan.. Ala2 rendang pun ada, ya la kan sbb letak daun kunyit.. Resipi yg K.Nor guna ni sama cam yg dah publish dulu cuma ditambah hirisan daun kunyit jer. Jom check resipi mudah ni..


KURMA AYAM DAUN KUNYIT
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 ekor ayam ~ dipotong
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus/pjg
1 paket rempah kurma Adabi ~ bancuh dgn sedikit air panas utk jdkan pes
4 cawan santan (sederhana pekat)
2 bj ubi kentang ~ dipotong
1 bj tomato ~ dipotong 8
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
1 bj cili merah ~ dibelah 2 tp tak putus
garam dan gula (jika suka)
minyak

Panaskan minyak dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang kekuningan dan masukkan bawang putih dan halia.
Goreng lg hingga wangi.
Masukkan pes rempah kurma, kacau2 dan biarkan hingga pecah minyak dan masukkan ayam.
Gaul ayam hingga mesra/sebati dgn rempah dan biarkan seketika (boleh dimasukkan sedikit air jika rempah terlalu pekat).
Bila ayam dah bertukar warna, masukkan santan dan ubi kentang (gunakan api sederhana jer)
Masak hingga mendidih dan jangan lupa utk mengacau supaya santan tak naik kepala.
Masukkan tomato, garam dan sedikit gula.
Bila ayam dan ubi kentang dah empuk, masukkan daun kunyit dan cili merah.
Kacau dan biarkan sekejap, boleh lah dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan.


*kalau kuah agak pekat, boleh lah dimasukkan sedikit air panas dan masak utk seketika lg.