f Secubit Garam: Hati/Pedal Ayam Goreng Cili Kering

N3 Terkini

Friday, April 1, 2011

Hati/Pedal Ayam Goreng Cili Kering

ASSALAMUALAIKUM...

Sesi nak clearkan harta dalam freezer. Kebetulan nampak ada satu bekas berisi hati dan pedal ayam. Dah kering kontang idea nak masak hati ayam ni. Last2 rebus dulu kasi pejal sket hati dan pedal ayam tu. Pastu mula la mereka2 nak masak stail apa dgn hati dan pedal ayam ni. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia sket. Pastu rasa cam nak letak cili kering la.. Hiris nipis2 cili kering dan rendam. Pastu buang biji cili yg keluar tu. Pastu selongkat esbok, jumpa daun kari.. siap! Campak jer bahan2 ni dalam kuali.. hehe


Akhirnya, terhasil satu menu.. Tapi tak tau pulak nak bg nama apa. Fikir punya fikir, bagi nama Hati Ayam Goreng Cili Kering. Tak reti la nak bg nama glamer2 sangat ni. Ok la tu kan.. Rasa? Alhamdulillah.. not bad. Dah tanya pengkritik masakan tak bergaji, dia cakap SEDAP! Laju jer bila menjawab.. Tanda sedap la tu kan.. hihi..

K.Nor suka tang cili kering dan bahan2 sampingan tu.. Sedap dimakan gitu jer dgn nasi panas.. Nak cuba? Jom tengok resipi..

HATI/PEDAL AYAM GORENG CILI KERING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
7 - 9 ketul hati/pedal ayam
air secukupnya
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihirs
1/2in halia ~ dihiris
9 biji cili kering ~ dihiris
2 tangkai daun kari
2 sudu besar kicap
sedikit garam
sedikit gula ~ jika suka
minyak

Cara:
Rebus hati ayam hingga masak. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 yg dihiris.
Goreng hingga wangi dan masukkan daun kari.
Masukkan kicap, garam dan sedikit gula (utk mengimbangkan rasa masakan)
Masukkan juga sedikit air. Kacau.
Goreng hingga sedikit kering,padamkan api dan hidangkan panas2.

9 comments:

  1. kak norrr..nampak pun da tau sedap.apatah lagi juri yang dapat mengunyah itu.hehe.. tengah ligat berpikir nak jugak buat coklat sapel tu.cemana...cemana..pikirrr..hehehe..ting!!!

    ReplyDelete
  2. kak nor..mas suka pedal..tapi hati ayam tu tak makan...he..he..
    nak pedal ayam jerk boleh...akak makan la hati ayam..he..he..

    ReplyDelete
  3. ha kalau mas tak mkn mai saya tolong mkn kan..hehe dua2 tu saya suka kak w/pun tak bagus kan mkn selalu tapi selalu kalau buat mkn sorang jer mr.hubby tak mkn...btw menarik resepi kak nor ni kekadang memikir juga nk msk apalah ngan hati dan pedal ni last2 goreng gitu jer..hehe

    ReplyDelete
  4. as-salam kak
    eemmm....sedapnye kak nor hati/pedal goreng... membuat perut ady berkeroncong...

    ReplyDelete
  5. tgk hati nih..lama dah lieza tak masak utk asben lieza...nampak sedap nih...tp apakan daya lieza tak makan...dah byk kali lieza cuba try uji test tppppp...susah tul...tp ni nampak mengiurkan mest asben lieza suker ni....kena try nih...

    ReplyDelete
  6. Assalam K.Nor,
    walau campak2 je tapi menyelerakan tul...yatie suka hati ayam, suami suka pedal ayam...so tak membazir kalau masak..masing2 ambek bahagian masing2...kih3..

    ReplyDelete
  7. izah >> aik.. ting tu cam bunyi oven jer.. dah siap ek.. hehe

    mas >> boleh aje.. kita kongsi2 ya.. :)

    nieza >> tu la.. saja2 jer la tukar cara masak.. hasilnya sedap gak tau.. try la :)

    ady >> wahh ada lg lagu keroncong zaman skrg ya.. ehhe

    lieza >> try la buatkan utk cik abg, kut2 kena dgn selera dia :)

    yatie >> elok sgt la tu yatie, tak gaduh2 dan tak membazir kan.. hehe

    ReplyDelete
  8. sedap lah kak nor, nanti nak cuba sbb saya suka makan hati ayam :)

    ReplyDelete
  9. fida >> slmt mencuba fida :)

    ReplyDelete