f Secubit Garam: Daging Rusa Goreng Lada Hitam

N3 Terkini

Thursday, April 7, 2011

Daging Rusa Goreng Lada Hitam

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi tadi ke pasar tani, Cik Abg beritau ada org jual daging rusa. Tanda nak la tu... :) Kebetulan penjual tu bawak 3 paket jer (1 paket = 1kg) dan masa tu dah ada 2 org yg beli 2kg daging rusa tu. K.Nor pun ambil la sepaket. Tak tau nak masak apa dgn daging tu. Kalau masak yg lama2 atas dapur kang hilang rasa manis daging tu. So kena la cari idea masakan yg simple2 jer.


Rasanya masak dgn lada hitam mudah dan sedap kan. Teringat Daging Black Pepper yg selalu K.Nor buat tu. Dengan sedikit olahan, terhasillah Daging Rusa Goreng Lada Hitam. Boleh gak nak cuba dengan daging lembu biasa tapi seeloknya guna daging batang pinang ya utk hasilkan masakan yg lebih cepat dimasak dan rasa pun lebih enak.

DAGING RUSA GORENG LADA HITAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500gm daging rusa
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1/2 biji bawang besar (holand)~ dipotong baji/wedges
1in halia ~ dihiris pjg (btg mancis)
2 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar kicap manis
capsicum hijau dan merah ~ potong dadu
1/4 cawan air
garam
gula
minyak

Cara:
Daging rusa dihiris nipis dan toskan.
Panaskan minyak dah goreng daging rusa sekejap sehingga daging berubah warna.
Angkat dan toskan.
Tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar minyak dalam kuali.
Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia.
Goreng hingga wangi dan masukkan lada hitam dan capsicum.
Masukkan juga sos tiram, sos lada hitam dan kicap manis.
Goreng sekejap dan masukkan daging, air, garam dan sedikit gula (jika suka).
Masak hingga daging sebati dan kuah sedikit pekat.
Angkat dan hidangkan.

16 comments:

  1. uiiikk sedapnya k.nor..bila p mmburu?

    ReplyDelete
  2. daging rusa mmg sedap sgt kan kak.. kt opis zura ada member jual.. akak beli berapa RM sekilo tu?..

    ReplyDelete
  3. sedappnya daging rusa...
    lama dah mas tak makan..
    kak nor beli sekilo berapa hinggit...

    ReplyDelete
  4. nampak sedap jer daging rusa tu...tp kan kak, dyg lom penah try lg daging rusa. daging kambeng pun x mkn...haha. bl ler agaknya yer...hehe

    ReplyDelete
  5. Love this beef dish, looks very delicious with the black pepper. Yummy!

    ReplyDelete
  6. K.Nor ni pas tgk pengantin pergi berburu rusa kat pasar yer....sedap tu masak blackpaper..tp rusa lieza tak pernah umur makan k.nor..yg slalu makan daging lombu...

    ReplyDelete
  7. tgk pic je da rasa cam sedap

    ReplyDelete
  8. akak...sy xpernah mamam daging rusa...hihi~~~
    sedap x??
    huuhu

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..

    pia >> alaaa... pagi td dlm pkl 9 gi memburu kat pasar tani, tak guna senapang tp guna duit jer.. :)

    zura & mas >> 35.00 per kg.. dah cik abg nak makan sgt.. beli gak la.. masak utk dua kali ok la kan.. hihi

    dayang >> daging rusa sedap, urat2 dia halus jer.. tak hamis cam kamben :)

    ReplyDelete
  10. anncoo >> tq ann.. :)

    lieza >> k.nor rasa lah lebih kurang 5x k.nor makan daging rusa ni.. sedap.. :)

    acu bodek hasue tu, dia selalu dpt stok daging rusa :)

    gimi >> alhamdulillah.. sedap :)

    lily >> sedap tau, urat dia halus jer.. tak perlu masak lama.. nanti ilang rasa manis daging

    jiya >> iyer.. akak suka daging rusa dari daging kamben.. kamben musyuk sket kan.. sbb jiya tak mandikan hihi

    ReplyDelete
  11. rindunya masakan daging goreng lada hitam ni....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..
    SEdapnya. Dah le daging rusa tu sedap dapat plak k nor yg masak lagi le sedap. Hehehehe

    Kak sila ambik award kat my homework yea.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Salam akak. Saya baru dpt kawan kasi dr Sabah. Lusa liar. Jap lagi nak masak mcm gambat atas lah. Thanks receipe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. k.nor pun nak buat gak dish ni sbb ada lebihan daging rusa yg adik k.nor bagi.. mekasih sudi mencuba ya.. :)

      Delete