f Secubit Garam: Ikan Kerisi Masak Taucu

N3 Terkini

Saturday, April 9, 2011

Ikan Kerisi Masak Taucu

Assalamualaikum..

Apa kes la dgn blogspot ni ya.. Akhir2 ni macam2 problem, tak keluar gambar n3 terbaru kita kat tingkap dapur (bloglist) org lain la.. pastu ada yg tak keluar n3 terbaru blog lain (spt yg Ummi beritau K.Nor 2 hari lepas) dan arini punk Ben pun kena "Blog Not Found" Ni yg buat mood merudum nak update. Harap2 semua problem dapat dia org settle secepat mungkin kan..


Kita teruskan dengan n3 masakan utk hari ni. Masak yg simple jer ni, Ikan Kerisi Masak Taucu. Semalam nampak Ayu S'pore tayang masakan stim bertaucu gak. Plan nya nak try gak yg Ayu tu tapi tak jumpa ikan yg sesuai lagi. Pagi tadi gi Pasar Manir beli ikan kerisi jer utk buat masakan bertaucu ni. Dah lama betul tak buat ikan masak taucu. Resipi yg K.Nor guna ni resipi campak2 ajer ya..

IKAN KERISI MASAK TAUCU
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 ekor ikan kerisi
sedikit garam dan serbuk kunyit

1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1in halia ~ dihirs
2 sudu besar taucu ~ k.nor tumbuk
2 biji cili hijau ~ dipotong serong
3 biji cili padi ~ diketuk
air asam jawa
air secukupnya
gula
minyak


Cara:
Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga masak.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan 3 sudu besar minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.
Goreng hingga kekuningan dan masukkan taucu.
Goreng hingga wangi dan masukkan air dan air asam jawa.
Masak hingga mendidih dan masukkan ikan, cili hijau dan cili padi serta sedikit gula.
Renihkan seketika dan sedia utk dihidangkan.


12 comments:

  1. Nor, sedapnya ikan kerisi tauchu ni... dulu masa keja bila lunch je sllu tapau nasi lauk ikan ni... siap bli lauk untuk petang lak... anak bujang kak rose suka sangat!

    ReplyDelete
  2. lama dah tak makan ikan masak taucu.. lepas taucu expired sik lupa je nak membeli..kak nor campak2 yang best tu

    ReplyDelete
  3. masak taucu ni fav husband saya nih... =)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum KNor,
    Lauk mcm nilah sedap..lagi2 ikan kerisi...mmng best..kalau msk mcm ni, anak bujang Yatie suka betul...nmpk menyelerakan lauk akak ni..terliur jek...laporlah...

    ReplyDelete
  5. K Nor, Naz suka lauk tauchu.. Best.. Tp anak2 x brp suka.. Nk tumpang makan kt umah k nor jelah. Naz bawa pinggan eh..pinggan kecik je k nor... ;))

    ReplyDelete
  6. ikan kegemaran family mas...
    buat lak masak taucu...memang sedappp....

    ReplyDelete
  7. salam k.nor..

    saya suka ikan kerisi..boleh cuba ni..=)

    ReplyDelete
  8. Nor

    Hari nih I goreng ikan kerisi garam kunyit aje tapi masak sayur peria bubuh taucu.

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan
    sedaplah kak datang makan malamyer
    jom lawat blog i follow....

    ReplyDelete
  10. Kak Nor campak2 pon nampak sedap....tangan magis btui. Semua yg dimasak nampak sedap jek (dh bodek byk2 x de habuan ke?sekoq pon jd le..ehehehehee)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..

    k.rose >> dulu2 nor tak pernah masak taucu kat rumah ni tp akhir2 ni baru buat.. ingatkan ahli dlm rumah ni tak suka rupanya sampaikan semua anak2 nor suka.. tambah lagi kalau buat pedas2 sket kan.. menyelerakan betul :)

    izah >> sebelum ni duk buat resipi org tu org ni, kali ni main campak jer izah, tak ikut mana2 resipi lain.. akhirnya sedap kat anak tekak sekeluarga :)

    norul >> owhh yer ke.. jom mentaucu :)

    yatie >> tu la, kalau nak masak taucu mesti beli kerisi rasa cam tak ngam jer dgn ikan lain kan..hehe

    naz >> uishh cukup ke pinggan kecik tu.. kang tak kenyang :)

    ReplyDelete
  12. mas >> tu la mas, ikan kerisi mmg sentiasa ngam dgn taucu kan.. :)

    wan >> slmt mencuba wan, insyaallah sedap :)

    cik som >> ehh lebih kurang sama gak tu kan, ada ikan kerisi ada taucu.. hehe

    issnita >> salam issnita mekasih sudi singgah ya.. selamat kenal2 gak dr k.nor

    mekna >> erkkk.. akak tak guna magic wand pun.. lain kali nak cari magic wand pastu pusing2 tang!!! siap lauk atas meja. lagi syok kan.. hihi

    nk bagi sekor pun tak leh, anak2 makan abis.. yg tinggal tulang dgn ekor serta kepala jer.. nak gak ke? hee..

    ReplyDelete