f Secubit Garam: Bubur Sup

N3 Terkini

Monday, April 11, 2011

Bubur Sup

ASSALAMUALAIKUM..

Biasa makan bubur? Dan mesti biasa juga makan Sup kan.. Sup Tulang, Sup Ayam.. Tapi pernah ke makan Bubur Sup? Haaa... Mesti tak biasa atau tak pernah.. Meh nak tayang Bubur Sup, menu yg dolu2 selalu gak la K.Nor buat time bulan puasa. Dah lama betul tak buat ni. Tadi baru terlintas nak buat bila duk pikir nak masak apa utk berbuka petang ni. Rasanya dah berbelas tahun tak buat.. hehehe...


Alhamdulillah.. anak2 suka makan. Dia org mmg suka makan bubur, sup lagi la suka. Bila digandingkan bubur dgn sup ni sangat la sedapnya makan, nak2 bila lebihkan sket serbuk lada hitam dalam tu yg beri lebih rasa pedas. Kalau org demam tak ada selera makan ni pun best gak tau.. Bahan2 dan preparation pun mudah aje.. Jom check resipi...

BUBUR SUP
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan beras ~ dibasuh dan rendam 10 minit dan toskan
daging/isi ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
2 in halia ~ diketuk/dihiris pjg (btg mancis)
3 sudu besar rempah sup (serbuk)
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk
1 rempah sup bunjut
1 batang celery ~ dipotong kiub
2 - 3 bj ubi kentang ~ dipotong kiub
1 kiub pati ayam/daging
2 1/2 liter air
garam
minyak

Bahan Penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan tabur:
bawang goreng
daun saderi ~ dihiris

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk rice cooker dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan rempah sup yg dibancuhkan dgn sedikit air dan serbuk lada hitam.
Biarkan hingga wangi dan masukkan potongan daging/ayam.
Kacau dan biarkan daging mesra dgn rempah, kemudian masukkan 1 cawan air.
Masak hingga daging 1/2 empuk dan masukkan lebihan air dan rempah sup bunjut.
Masak hingga air mendidih dan masukkan beras, celery dan ubi kentang.
Masukkan juga kiub pati ayam/daging, garam dan sedikit gula jika suka.
Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga bubur masak.
Hidangkan dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.

*tambahkan air panas jika bubur agak pekat
** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas

21 comments:

  1. EE suka bubur sup ni..boleh tolong pos x?

    ReplyDelete
  2. akak..bubur sup ni biasa makan masa belajo dulu.tabur kacang tanah yang dia dah buat sambal kering.sedap..tak reti nak cakap kacang tanah tu dia buat cemana.tapi best giloss..nampak bubur ni tingat time blajo dulu.tapi ingat tu time makan la, bukan time blajo baca buku..kiki

    ReplyDelete
  3. esok nak buat sblm daun supku mengecut..hehe. nampak sungguh sedap! selalu buat bubur buh isi ayam jek. nanti nak try guna daging.
    tq kak..dah save dah ..xyah masuk list pun...heheh

    ReplyDelete
  4. assalam nor..akak memang biasa makan bubur dengan sop ataupun makan bubur dengan kuah masak lemak cili api

    ReplyDelete
  5. sedappnya...
    nak semangkuk....

    ReplyDelete
  6. saya nak jadi anak angkat kak nor boleh tak?? hari dapat makan sedap2..

    ReplyDelete
  7. Insyaallah, Esok org demam nak bubur sup nii..sedap tgkkk!

    ReplyDelete
  8. Bubur Sup...ke Sup...memang tak tolak...sedapnyaaaaa ....

    ReplyDelete
  9. salam kenal, bubur sup awak nampak menyelerakan...kena cuba buat nih...

    ReplyDelete
  10. Sedapnya! Saya pun suka bubur dan sup tapi tak pernah dapat masak yang sedap2, selalunya kurang sedap sikit;)

    ReplyDelete
  11. kak nor, bubur ni memang nampak sedap...saya suka mkn bubur tapi malas nk msk lama sgt...semua nk senang jer yer..hehe

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...
    Say suka.. amik resepi yea kak.

    ReplyDelete
  13. tgk gambo pun tak tahan dah.
    gambar memang mmpgaruhi. pdai kaknor amik angle bagai

    ReplyDelete
  14. ok..dah siap salin dah k.Nor..mmg nampak sedap sgt2:)

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum..

    EE >> kat mana nak poskan tu.. basi dulu agaknya baru sampai ke tangan kut :)

    kha >> dah abis la kha :)

    izah >> tak leh nak bayangkan la izah camna rupa dan rasa sambal tu.. :)

    dayang >> kalau letak daging lagi sedap dari letak ayam. rasa manis daging tu best.. mekasih ya sudi nak cuba hehe.. smoga kena dgn selera ya.. :)

    ReplyDelete
  16. k.erna >> oo yer ke.. kalau dgn sup tu yer la kan, kalau dgn masak lemak ermm tak pernah dengar lagi ni..

    mas >> dah abis :)

    leyza >> eerkkkk.. anak angkat? adik angkat baru sesuai kut hihi

    pia >> slmt membubur pia.. smoga cepat kebah ya..

    ReplyDelete
  17. k.cek >> sama la.. nor pun antu bubur :)

    norul >> try buat , pastu boleh telan bubur lak :)

    secangkir madu merah >> salam perkenalan gak dr k.nor..

    try la.. insyaallah sedap :)

    shasha >> ok.. cuba masak yg ni pulak ya.. kut2 sedap :)

    ReplyDelete
  18. sam >> silakan sam..

    nieza >> rasanya kalau nieza masak dlm rice cooker, kejap jer siap, bubur pun tak berkerak.. try la

    jemarioren >> yep, mmg gambar amat memainkan peranan memikat mata dan selera org yg memandang.. tu la kelebihan gambar yg cantik kan.. :)

    zila >> lama tak nampak zila.. dah salin ya.. slmt membubur.. ben suka ke tak makan bubur? :)

    ReplyDelete
  19. saya mmg suka bubur..biasa gak masak camni..tp biasa buat sup ayam..malas nak buat daging,lambat nak tgu..hehe..dan selalunya tak bleh buat pedas,sbb si kecik ni tak mkn pedas..kena buat sambal lain la yg pedas2..tp mmg sedap kan bubur gini..

    ReplyDelete