f Secubit Garam: Bubur
Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

BUBUR JAGUNG

ASSALAMUALAIKUM...


Let the picture do the talking hokay... ^__^



BUBUR JAGUNG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 cawan isi jagung manis
5 - 6 cawan air
1 cawan santan fresh
1/2 cawan sagu ~ direndam
3 sudu gula pasir ~ ikut kemanisan yg disukai
sedikit gula nisan/gula melaka
1/2 biji telur ~ dikocok
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
secubit garam

Cara2:
Masak isi jagung, daun pandan dan air hingga mendidih.
Sementara itu basuh sagu dan toskan.
Bila dah mendidih masukkan gula pasir, gula melaka, garam dan santan.
Masak dgn api sederhana dan hendaklah dikacau supaya tidak naik kepala.
Bila bubur mendidih masukkan sagu dan telur. Kacau supaya telur tidak berketul.
Masak sehingga sagu bertukar warna jernih.
Angkat dan hidangkan.



Saturday, October 13, 2012

BUBUR KACANG SPECIAL

ASSALAMUALAIKUM..


Kalau Bubur kacang dgn durian mmg dah biasa sgt kan. Apakata kita cuba sesuatu yg berlainan, timur bertemu dengan barat.. BUBUR KACANG WITH ICE CREAM.. Lebih sedap dr Bubur Kacang dgn durian. Ni diakui oleh cik abe K.Nor yg sememangnya antu Bubur Kacang dgn Durian. Kena ingat ya, kalau nak makan dgn aiskrim, kurangkan sket sukatan gula nisan/gula melaka/gula pasir yg nak dimasukkan ke dalam bubur kacang sbb ice cream sememangnya dah manis kan.. So nanti tak la jd double manis.. ^__^

JANGAN LUPA!! Sejukkan dulu Bubur Kacang yg dah dimasak supaya bila kita masukkan aiskrim nanti, ianya tak cepat cair.. (lagi elok kalau bubur kacang tu dah disejukkan dlm peti ais) SELAMAT MENCUBA ^___^

* sori, k.nor tak letak resipi Bubur Kacang sbb pastinya masing2 dah tau cara masak Bubur Kacang dan dah ada resipi kegemaran masing2 :)

Monday, April 2, 2012

SAMBAL TELUR MASIN

ASSALAMUALAIKUM..

Dah dipaksa oleh Mek Ampang utk poskan gak hari ni entri kesinambungan utk entri AYAM GORENG KUNYIT LADA HITAM, jadi kenalah tarik nafas panjang2 dan mulakan mengarang. Ni pun nasib baik dah sembang lama dgn dia tadi kalau tak gerenti dia mengacau time duk mengarang.. hehehehe


Sambal Telur Masin ni K.Nor ambil kat dapur Ayu S'pore yg sedang bertapa seketika menenangkan hati dan jiwa setelah berhadapan dgn masalah ciplakan entri secara besar2an terhadap blognya tu. Semoga masalah yg melanda Ayu dan geng2 blogger masakan lain tu akan selesai secepatnya dan sebaik mungkin ya..

Masa Ayu mula2 tayang kat blog dia, K.Nor tak terasa lagi nak buat, jeling2 aje la.. Tapi bila Shereen post kat fb dan beritau yg menu ni sangat sedap dan rekomen suruh K.Nor buat, terus aje K.Nor copy dan save resipinya. Dari hari ke hari nak buat tak tercapat gak, last2 dapat la buat kali ni. K.Nor tak gandingkan lauk telur masin ni dgn nasi putih tp K.Nor gandingkan dgn BUBUR NASI!! Wahh.. sangat sedap dan menyelerakan sambalnya tu. Selain SAMBAL TELUR MASIN ni K.Nor juga buat AYAM GORENG KUNYIT LADA HITAM sebagai pelakon tambahan pada Bubur Nasi. Memang gadingan yg mantop! hehehe.. 


Mekasih pada Ayu yg dah share resipi dari SajiOnline tu dan juga terima kasih pada Shereen yg rekomenkan nya pd K.Nor.. Tak sia2 mencuba Sambal Telur Masin ni :)

SAMBAL TELUR MASIN
Sources:-From SAJIONLINE
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
source : K.Nor

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur masin (rebus)-(Ayu gunakan telur asin 'low-salt content')
1 labu bawang besar (hiris)
5 tangkai cili hijau (tumbuk kasar)-(Ayu tak gunakan ni)
*20 tangkai cili padi merah (tumbuk kasar)-Ayu gunakan lebih lagi)
*3 biji buah keras ~ k.nor skip
*3 cm belacan
garam + perasa -(Ayu tambah, garam buat syarat aje sebab telur masin dah masin)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan buah keras, garam, belacan dan gaul rata.
3. Susun telur dalam pinggan dan tuangkan sambal yang dimasak tadi.-(Ayu gaulkan sekali dalam kuali)

Saturday, December 24, 2011

BUBUR PULUT HITAM

ASSALAMUALAIKUM..

Aishh.. boleh sama lak entri dgn Noorsha hari ni... masing2 menayang Bubur Pulut Hitam. Yg Noorsha punya tu mmg yg baru masak tu kut tp yg K.Nor punya ni yg dah jadi baja hehe.. Yg ni K.Nor buat pada hari Khamis  baru2 ni, utk anak dara berbuka puasa. Dalam nak gi amik result PMR pun dia berpuasa.. Alhamdulillah.. mmg  dia selalu ikut K.Nor dan suami berpuasa sunat. Sekarang ni dia mmg rajin berpuasa sunat. Rasanya saham naik ni.. ada yg nak booking? hehehe..


Ok .. Jom la cuci mata dgn Bubur Pulut Hitam. Bubur yg amat mudah dimasak dan sedap lak tu dimakan suam2 panas. Sesetengah org suka makan yg sejuk (yg dah disejukkan dlm esbok) tp selera K.Nor suka makan yg suam2 panas, gitu gak kalau Bubur Kacang..  K.Nor letak jer resipi kat sini ya.. Memang dah tau ramai yg dah pandai masak Bubur Pulut Hitam, jadi ni sekadar utk rujukan anak2 K.Nor dikemudian hari.. 


BUBUR PULUT HITAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
sedikit santan fresh (extra)

Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Hidangkan dlm mangkuk dan masukkan sedikit santan fresh diatasnya.

*Stail K.Nor kurang suka Bubur Pulut Hitam yg agak pekat, K.Nor suka jenis yg sedang2 aje pekatnya tapi tidak terlalu cair... :)

Friday, August 12, 2011

BUBUR LAMBUK

ASSALAMUALAIKUM...


Hari ni nak tayang sejenis bubur yg biasanya sinonim dgn bulan puasa. Apa lagi kalau bukan Bubur Lambuk. Bubur lambuk memang femes kat Trg dan dah lama merebak ke Pantai Barat. Masih ingat lagi kalau zaman kanak2 dulu suka sgt bila tiba bulan puasa sbb dapat makan bubur lambuk yg surau dkt rumah K.Nor buat. Tiap2 petang selalunya bawak bekas ke surau dan bawak balik bubur lambuk yg diagihkan secara percuma oleh pihak surau kg. Sekarang ni dah tak ada lagi acara tu setelah org2 lama yg incharge atau yg memasak bubur tu semuanya dah pulang mengadapNYA. Skrg tak ada lagi org yg menyambung tradisi bulan penuh mulia ni lagi dah. Terasa rindu dgn suasana dulu tu..




Bubur Lambuk ni ada beberapa versi. Kalau di Trg ada yg versi lemak sbb diletak santan dan ada yg versi pedas sbb diletak lebih lada hitam dan budu. Tapi kedua2nya ada bahan yg sama iaitu isi ikan di dalamnya. Kalau versi Pantai Barat lebih kepada isi ayam atau daging kalau tak silap K.Nor. Bagi K.Nor, K.Nor sekeluarga lebih suka versi pedas dan kurang suka versi yg letak santan. Apapun terpulang pada selera masing2 kan. Kali ni K.Nor nak share resipi Bubur Lambuk yg selalu K.Nor buat tiap2 tahun. Kalau kebiasaannya hanya main campak2 jer tapi disebabkan ada permintaan utk resipi Bubur Lambuk (dari teman FB) jd K.Nor cuba la sukat apa yg K.Nor masak semalam. Selamat mencuba pada yg nak cuba Bubur Lambuk versi K.Nor dan semoga kena dgn selera ya..


BUBUR LAMBUK
resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan :
1 cawan beras
8 cawan air
3 ekor ikan selayang ~ direbus dan diambil isi (lebih kurang 1 cawan isi ikan)
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 1/2" halia ~ dihiris btg mancis
2 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
1 1/2 sudu besar budu
daun2 kg/daun kayu secukupnya
garam


Cara:
Ikan direbus dan diambil isinya kemudian ditumbuk hingga lumat.
Masukkan beras yg dah dibasuh bersih kedalam periuk bersama 8 cawan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan bahan2 yg dihiris dan lada hitam yg ditumbuk.
Isi ikan tadi dibancuh dgn 1/2 cawan air hingga sebati dan masukkan ke dalam periuk bubur.
Masukkan juga budu dan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan daun2 tadi dan masak hingga daun sedikit layu.
Padamkan api. Jangan masak hingga bubur terlalu pekat kerana apabila ia makin sejuk bubur ni akan menjadi bertambah pekat.
Hidangkan panas2.


*Jika nak jadikan bubur lambuk versi lemak, tambah aje santan ke dalam bubur lambuk yg dimasak ya. Sukatan tu terpulang kalau nak bubur lambuk yg pekat dan terasa benar lemaknya, lebihkan santan.


* daun kayu/daun2 kg ni biasanya terdiri dari pucuk paku merah (pucuk midin), daun kaduk, pucuk ubi kayu, ubi keledek, daun kesum, kangkung, daun munggal, daun cekur manis dan beberapa spesis daun2 lagi.





Monday, July 18, 2011

Menu Berasaskan Ikan

ASSALAMUALAIKUM..

Yer.. betul la tu.. hari ni menu lunch berasaskan ikan semata2. Tak tau nak bg tajuk apa utk entri hari ni, taip jer apa yg terlintas.. almaklum ler, otak dah blurr..  Banyak benda betul yg menyesakkan otak dan dada dari pagi tadi.. Allahuakbar... sesekali Engkau menduga... ermmm... semoga segalanya dipermudahkan.. aminn...

Nak ke pasar pagi tadi rasa kurang rajin sungguh. Plan asal nak masak Singgang Pedas Ikan Patin pastu partnerkan dgn Sambal Tempoyak Mentah tup2 tengok dlm esbok daun kesum dah yillek! Rupanya balance daun  kesum yg beberapa tangkai tu dah dibuat Sayur Pedas Labu Air semalam..ermmm.. Mula la duk mereka nak buat lauk apa, terfikir nak buat asam pedas, ehhh daun kesum tak ada mana boleh buat asam pedas tak ada daun kesum. Pastu nak buat masak tauchu, tauchu lak dah pinish gak.. Adehhhh.. Last2 tanya big boss boleh ke Sambal Tempoyak Mentah lawan dgn Sup Ikan Patin.. humm.. buat jer la.. tak ada hal pong... Tu la yg terhasilnya menu hari ni. Ada Sup Ikan Patin dan Sambal Tempoyak Mentah, pastu goreng sket ikan patin utk dijadikan pencicah sambal tempoyak tu.. Ulam dilupa jangan.. tp terlupa la pulak nak posing hehehe..


Yg ni menu utk si anak dara yg tak ke sekolah hari ni sebab demam. Balik dr kem anjuran Pej Pendidikan Trg kat Seri Malaysia Marang, badan rasa kurang sihat. Yer la.. sepanjang hari duk dlm bilik aircond kuat lak tu.. Hidung la yg mula2 tak tahan duk bersin jer.. Akhirnya hari ni dah tumbang, tak leh ke sekolah.. Mudah2an segera sembuh.. Nak PMR tak lama lagi dah.. 

Sambal Ketuk dibuat dari ikan gak kan.. ikan bilis.. hehe

Biasalah.. anak2 K.Nor kalau demam mesti request nak makan Bubur Nasi dan semestinya digandingkan dgn Sambal Ketuk.. Baru berselera nak makan.. 


Monday, June 13, 2011

Menu Ulangan

ASSALAMUALAIKUM..

Sori la ya, menu ulangtayang lagi hari ni. Kepala tuan rumah sedikit fenin2 lalat, gara2 tersentak tengah tidur smlm. Luqman dtg ke bilik, kejutkan K.Nor sbb dia tak leh tidur. Dah dua tiga malam dia tak boleh lena, maklumlah, cuti sekolah selalu tidur lewat malam. Bila sekolah dah start ni, payah sket nak ngejas balik. Bila dia tak leh tidur mesti nakkan air susu suam segelas. Tu yg kena bangun buatkan utk dia.


Disebabkan hari ni tak ada sorang pun yg akan lunch kat rumah, anak2 semua balik sekolah lewat petang, jadi tukang masak amik peluang buat bubur. Lagipun dr minggu lepas lagi anak dara request nak BUBUR SUP ni. Kebetulan kepala dah fenin2 gini, masak bubur kejap jer kan tambah lagi kalau masak dlm rice cooker. Ni la jugak menu berbuka hari ni.. Senang kerja tukang masak.. hehee


Saturday, May 14, 2011

Bubur Sup Lagi...

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni tak ada tayangan menu lunch sbb tuan rumah sekeluarga gi kenduri kawin anak kepada kawan baik K.Nor yg pernah duk berjiran lama kat sini dulu. Kita org dua keluarga mmg rapat. Anak2 kawan K.Nor pun sangat mesra dgn K.Nor. Yer la kan, kita org kenal masa anak2 masih kecik2 lagi. Yg kawin arini pun masih bersekolah rendah masa tu. Teringat lagi time dia nak ke sekolah mesti dtg ke K.Nor. Mintak K.Nor jalin@tocangkan rambutnya yg lebat dan panjang tu. Tak sangka dah besar rupanya si anak dara, dah kawin dan dah jadi bini org pun hari ni.. terharu jugak rasanya.. Begitu cepat masa berlalu..


Jadi utk dinner malam ni K.Nor buatkan Bubur Sup ajer. Mudah dan enak dimakan. Nak resipi? Bolehlah klik kat SINI.. Mood menghapdet masih kurang lagi disebabkan dua hari blog demam. Hari ni walau demam dah kebah tapi masih fenin2 lalat tu. Habis komen dlm n3 yg ditelan semalam hilang walaupun n3 tu dikembalikan.. Maaflah pada sapa2 yg pernah mengomen kat n3 yg ditelan tu, bukan salah tuan rumah mendelete komen2 tu ya..

Monday, April 11, 2011

Bubur Sup

ASSALAMUALAIKUM..

Biasa makan bubur? Dan mesti biasa juga makan Sup kan.. Sup Tulang, Sup Ayam.. Tapi pernah ke makan Bubur Sup? Haaa... Mesti tak biasa atau tak pernah.. Meh nak tayang Bubur Sup, menu yg dolu2 selalu gak la K.Nor buat time bulan puasa. Dah lama betul tak buat ni. Tadi baru terlintas nak buat bila duk pikir nak masak apa utk berbuka petang ni. Rasanya dah berbelas tahun tak buat.. hehehe...


Alhamdulillah.. anak2 suka makan. Dia org mmg suka makan bubur, sup lagi la suka. Bila digandingkan bubur dgn sup ni sangat la sedapnya makan, nak2 bila lebihkan sket serbuk lada hitam dalam tu yg beri lebih rasa pedas. Kalau org demam tak ada selera makan ni pun best gak tau.. Bahan2 dan preparation pun mudah aje.. Jom check resipi...

BUBUR SUP
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan beras ~ dibasuh dan rendam 10 minit dan toskan
daging/isi ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
2 in halia ~ diketuk/dihiris pjg (btg mancis)
3 sudu besar rempah sup (serbuk)
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk
1 rempah sup bunjut
1 batang celery ~ dipotong kiub
2 - 3 bj ubi kentang ~ dipotong kiub
1 kiub pati ayam/daging
2 1/2 liter air
garam
minyak

Bahan Penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan tabur:
bawang goreng
daun saderi ~ dihiris

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk rice cooker dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan rempah sup yg dibancuhkan dgn sedikit air dan serbuk lada hitam.
Biarkan hingga wangi dan masukkan potongan daging/ayam.
Kacau dan biarkan daging mesra dgn rempah, kemudian masukkan 1 cawan air.
Masak hingga daging 1/2 empuk dan masukkan lebihan air dan rempah sup bunjut.
Masak hingga air mendidih dan masukkan beras, celery dan ubi kentang.
Masukkan juga kiub pati ayam/daging, garam dan sedikit gula jika suka.
Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga bubur masak.
Hidangkan dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.

*tambahkan air panas jika bubur agak pekat
** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas

Monday, January 31, 2011

Bubur Kacang



Jom layan bubur kacang pulak ya... Lama tak buat ni. Kali ni buat letak gak isi durian tp letak dlm mangkuk jer. Tak masukkan sekali dlm periuk masa memasak bubur kacang ni. Ni sbb Along kurang suka makan bubur kacang yg ada letak durian. Jadi jalan mudah, tenggekkan ajer isi durian tu dlm mangkuk bubur kacang bg sapa2 yg nak.. senang citer kan.. :)

Tuesday, January 25, 2011

Bubur Nasi.. Lagi?

Dah petang baru nak tayang menu tengahari. Pagi tadi pun tak letak n3. Ni kerana tuan rumah mmg tak ada kat rumah dr pagi. Masih ingat lagi K.Nor pernah kena sakit gigi pd bulan Dis. tahun lepas.. (baru jer lagi kan... hehe) Pastu dah kena tampal tp tampalan tu hanya sementara jer. Kalau ikutkan dentist tu, K.Nor kena gi semula dan buat tampalan kekal 3 minggu selepas tu tp masa tu ada kat Puchong tak leh nak gi la.. Pastu terus terlupa nak gi sampai la smlm cik abg pulak sakit gigi. Ada satu lubang besar kat gigi gerham atas dia. Doc tu mmg kata tak leh tampal dah, kena buat buang saraf tp cik abg ku tak nak. Dia rela buang jer gigi tu.. ikut dia la kan.. gigi dia.. :) 

Jadi pagi tadi bertemankan 'Dentist To Be', K.Nor pergi bertiga ke Klinik Gigi tu. Org tak ramai lg masa tu tp lama pulak masa yg diambil utk sorang2 patient. Selepas gigi K.Nor ditampal, giliran cik abg lak kena cabut gigi dia. Semua settle dlm pkl 11:30 pg. Pastu cam biasa la kalau dah keluar tu, ada la tempat situ sini yg disinggah. Sampai rumah pun dah dekat pkl 12 tghari. Cik abg kata beli nasi bungkus aje la tp K.Nor kata baik buat bubur nasi sbb dua2 mmg tak leh nak ngunyah lagi benda keras2. Lagi pun kalau buat bubur gerenti anak2 akan tumpang bermangkuk2.. mmg semua antu bubur! hehe


Jadi bubur nasi arini bukan utk org sakit demam ke apa tp utk org sakit gigi.. hehe... Mcm biasa kalau buat bubur wajib ada Sambal Ketuk. Ok jer makan sambal ketuk sbb semua bahan2 dah kena blend jd tak la keras pun bilis2 tu. Pastu kebetulan dah keluarkan daging rusa yg duk bertapa kat freezer tu, K.Nor masak la jugak daging rusa tu utk dijadikan peneman bubur  nasi. Tapi anak2 jer la yg makan. Kita org amik sket2 jer, nasib baik la daging rusa cepat empuk dan lembut jer. Nanti K.Nor masukkan n3 masakan daging rusa tu ya..

Jom layan mata dgn menu Bubur Nasi org sihat.. :)

Bubur Nasi & The Gang.. Sambal Ketuk dan Daging Rusa Masak Kunyit


Monday, January 17, 2011

Menu Org Kurang Sihat

Yep, tukang masak kurang sihat sket dr smlm lg. Sebab tu kurang jer n3 utk 2 hari ni kan.. :) Yg sebetulnya sejak kena demam 3 minggu lepas, kesihatan tak pulih sepenuhnya. Demam mmg dah kebah tp perit tekak dan kahak berpanjangan jer sampai hari ni. Minggu lepas dah gi klinik dan doc dah bg bermacam2 ubat termasuk ubat kahak, antibiotik, selsema dan ubat utk tekak yg merah tu. Lepas berhari2 makan sampai antibiotik abis pun masih tak sembuh gak. Memang tak selesa bila tekak perit dan anak tekak rasa berkahak terutamanya bila lepas makan. Mula la nak uweeekkk uweeekkk jer. Haip!!! Jgn sangka benda lain ya.. nehiii.. nehiii.. hehe

Kebetulan pg smlm cik abg nak gi jumpa doc kat hospital utk check dada dia tu, K.Nor pun gi la temankan. Pastu amik kesempatan la tanya doc kes K.Nor yg sakit tekak dan berkahak yg berpanjangan ni. Kata Dr Zamri (dia ni anak sdara cik abg, juga anak sdara suami Ros JintanManis) K.Nor ni mmg terkena virus yg duk merebak skrg ni. Bila dia check anak tekak mmg merah ler. Dia pun siap pesan jgn sambung lagi antibiotik dan jgn teuskan ubat yg K.Nor makan tu sbb K.Nor tak sesuai dgn ubat tu. Sebab skrg ni dah jadi cam pedih ulu hati jer bila makan terutamanya benda2 pedas. Kiranya cam gastrik la.. So smlm dia bagi ubat gastrik dan juga ubat kumur jer (benzydamine hcl). Alhamdulillah.. bila kumur dgn cecair ni, tekak lebih selesa tp part yg tak bestnyer lidah jd kebas hehehe.. Tak per la, asal sembuh dah kan.. Kebetulan smlm sambil lipat kain duk ngadap Buletin Utama, ada dipaparkan betita ttg wabak/virus ni yg boleh mengakibatkan tonsil lebih parah. Digalakkan sapa2 yg terkena, minum banyak air kosong dan jauhkan makanan berminyak.

Jadi utk menu hari ni, tukang masak kena buat menu spesel ler. Apa lagi kalau bukan Bubur Nasi dan semestinya Sambal Ketuk mesti ada. Pastu makan lak dgn telur asin.. Perghhhhh.. manyak enak!! Tapi amik Sambal Ketuk tu sikit jer la, kang berasap pulak ulu hati ku.. Sekadar amik rasa sket2 jer.. Tak per kan.. hehe


Skrg ni pulak org sihat yg duk melantak Bubur Nasi. Luqman dah lunch td tp duk hadap 2 mangkuk dah tu Bubur Nasi. Aisyah yg baru balik dr sekolah pun tak nak makan nasi tp terus hadap Bubur Nasi gak. Memang dia org suka makan Bubur Nasi nak2 kalau ada Sambal Ketuk. Memang best!! 


Kali ni Sambal Ketuk gelap sket sbb K.Nor banyak guna cili hijau sbb tak nak bg pedas sgt. Sapa2 yg nak resipi Sambal Ketuk boleh tengok kat SINI ya... 


Monday, May 17, 2010

Menu paling simple...

Hari ni masak menu paling simple.. Bubur nasi berpartner dgn Sambal Ketuk. Sesekali makan bubur nasi bodo2 gini best gak tau.. Alang2 buatkan bubur nasi utk patient, tukang masak pun join semangkuk makan bubur gak. Tapiiiiiiiiiiiiii patient tak makan itu sambal ketuk tau.. utk patient ada partner yg tersendiri.. ikan panggang hehehehe.. sabo jer la cik abg ya... kan nak sembuh sepenuhnya kan.. kan nak gi menembak lagi kan... kena la ikut cakap misi ni.. ^____^



Tak yah resipi la ya.. setakat buat bubur sapa tak reti kan. Campak jer beras, air, hirisan bawang merah, hirisan halia dlm periuk.. pastu letak la potongan ayam ke, udang ke, daging pun boleh. Yg K.Nor buat ni letak isi ayam jer. Nak letak carrot ke, ubi kentang ke.. semua boleh.. kita yg buat dia kan.... :) Lagi menyengat bila makan dgn sambal ketuk.. Boleh abis bubur nasi bermangkuk2.. hehe


updated:

ni utk adik2 yg nk tau apa tu sambal ketuk.. kat atas tu K.Nor dah letak link, cuma perlu klik jer.. hehe.. tak per la.. meh nak letak sekali lg dgn gambar yg sama la ya.. sbb kali ni tak shoot gambar sambal ketuk.




SAMBAL KETUK
(resipi asal by Masz Kajang)

Bahan2:

ikan bilis
cili padi ~ belah dua
belacan ~ nak sedap bakar dulu
sedikit gula ~ jika suka

Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua. Ni nak mengelakkan cili tu dr meletup.
Goreng hingga cili layu dan ikan bilis td garing.
Angkat dan toskan.
Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula.
Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance sket rasa masin dr ikan bilis dan belacan.
Tak letak pun tak per, kalau letak pun bukannya banyak dlm 1/2 sudu kecik jer, bukan sebalang hehe..
Siap!! boleh la dihidangkan dgn bubur nasi atau nak makan dgn nasi pon sodap!

Monday, December 14, 2009

Bubur Kacang with Duran2 :)

Salam buat semua..

Ermm... dah berapa hari tak post N3, mula la mood kureng. Mungkin gak sebab letih dan penat kenduri kut. Sebenarnya smlm dah start balik masak2 tp masak yg simple dan reheat gulai kenduri aje. Lagi pun sakit abis body yg dah nak masuk usia senja ni.. 3 hari direct duk tung tang tung tang kat rumah MIL, smlm pun g lagi utk kemas2, sapu2... Yer la takkan nak biar dia wat sorang2, kesian gak kat dia kan. Nak harap pengantin.. ermmm... tak yah cakap la..kang jd ngumpat lak hehe

Menu lunch tak tayang ya hari ni sbb masak nasi ayam jer. Rasanya dah banyak tayang nasi ayam lagi pun tengahari td rasa males sungguh nak posing nasi ayam tu. So K.Nor tayang bubur kacang dah la ya. Ni bubur kacang with duran2.. ermm tak tau ke duran2 tu apa.. durian laa.. alaa takkan tak leh wat gimik sket.. Tak yah besorkan biji mata ya utk intai kat mana durian dlm bubur tu sbb mmg tak nampak punya. K.Nor letak isi durian yg difrozenkan aje sbb tu tak nampak durian seulas2. Bila dah dimasak isi durian dlm bubur tu, dia hancur/sebati kat dalam tu. Rasa tetap maintain sedap.. insyaallah..


Bubur kacang ni buat pengunjung setia rumah K.Nor walau K.Nor tak letak N3 2 - 3 hari ni.. mekacih semua.. :D

Saturday, September 12, 2009

Bubur Nasi Lagi

Buat lagi bubur nasi smlm atas request Along. Kali ni buat tambahan sket, Sambal Ketuk. Along yg goreng ikan bilis dan cili padi tu. Pastu dia gak yg tumbuk2. Sambil tumbuk dia tanya la sedap ke mak. Kenapa rupa pelik jer. K.Nor kata cuba la makan dulu kalau tak tau tau camna rasa dia. Bila dia makan jer punya la sedap dia kata tak padan dgn rupa tp rasa mabeles sgt. 1 1/2 pot beras yg K.Nor masak bubur tu kejap jer tinggal separuh, kes dia dan Aisyah duk pulun makan. Aisyah pun berbuka dgn bubur nasi dan sambal ketuk gak. Memang febret anak dara ni. Along kata nanti bila balik Jordan boleh la dia buat kat sana, sbb skrg ni stok ikan bilis dah ada kat kedai runcit sana. Alhamdulillah .. suka hati sang emak bila tengok anak dah berselera balik makan nih..

Tuesday, September 8, 2009

Bubur Lambuk Ganu Kiter

Ni bubur lambuk versi pedas. Ada satu lagi versi iaitu lemak/santan. K.Nor kureng sket dgn yg letak santan ni sbb rasa muak sket bila makan. Anak2 langsung tak minat. Dah sbb K.Nor selalu duk buat yg versi pedas jadi dia org tak suka la ya versi santan. Yg menjadikan bubur lambuk ni pedas kerana penggunaan lada hitam kat dalamnya.

Wednesday, July 8, 2009

Bubur Nasi

Anak dara tak sihat hari ni, demam dan selsema. So tak g sekolah lah.. Si emak ni kalau anak2 demam, mmg selalu masakkan bubur nasi sejak ada anak sorang sampai la 4 orang ni. Dalam bubur tu biasanya letak isi ayam yg dipotong kecik2, carrot dan ubi ketang yg dipotong dadu. Itu la makanan anak2 bila tiap kali dia org demam. Tp sejak kenal MyR dan rapat dgn ramai mek2 jawo, ada la penambahan dlm hidangan bubur tu. Sambal ketuk!! Aisyah mmg suka sgt makan bubur dgn sambal ketuk ni, mmg menambah selera org tak sihat. Eh.. kalau org sihat laaaaaaaaaaagi la bertambah selera kan..

Tiap kali kalau Along demam/tak sihat kat Jordan nun, sayu sgt hati sang emak. Teringin sgt nak masakkan bubur nasi utk dia, sbb tau dia tak ada selera nak makan. Kalau la boleh terbang, terus sang emak terbang bila tau anak sakit... :(

Monday, June 29, 2009

Bubur Kacang + Durian

Hari ni masak makan bubur kacang + durian.. Kes tengok kat rumah adik siam td, terus masuk dapur rebus kacang. Dlm peti ais pun ada lg sket durian yg dah diperisi. Thanks Ijah, bg idea nak buat berbuka puasa hari ni.

K.Nor dah siapkan bekas dan sudu utk makan tu.. Pada sapa2 yg berpuasa tu, kita makan sama2 ya.. Jom..

Wednesday, June 10, 2009

Bubur Jagung + Sagu


Salam...

Kebizian melanda hari ni.. Esok dan lusa pun gitu gak.. Hari ni ada buat projek skit, utk majlis meraikan perkahwinan salah sorang member forum MyR yg asal dr Bukit Payung, tp menetap dan bekerja di Subang pada hari Sabtu ni. Esok pulak ada majlis pertunangan SIL K.Nor (adik hb) kat rumah PIL. Bakal tunangnya org Sg. Petani, bermakna akan dtg akan jalan2 ke utagha la pulak.. So boleh la nak gader2 dgn org belah utagha.. kan.. tu pun kalau ada yg sudi.. hehe.

Hari Jumaat nanti satu lg hari yg padat, meneruskan projek utk pengantin baru tu.. (baru ke Izah wehh hehe). Insyaallah Lilydvalley dr MyR akan join sekali dgn projek tu. Lagi pun, tu idea dia sebenarnya, K.Nor tolong2 jer. Insyaallah Lily akan sampai ke KT ptg esok dgn sang puterinya. Nanti bila dah siap semua dan dah selesai majlis Izah baru K.Nor upload hasil projek tu ya.. doakan semoga semua menjadi dan berjalan lancar.. amiin..

Ishhh panjangnya muqaddimah!! hehhe ampun ya... letih ler.. Banyak kes terjadi hari ni.. tak per lah semua masuk poket.. tak leh bising2.. Semua ujian dr DIA jua.. Berbalik pd N3 mlm ni. Jom makan bubur jagung bersama sagu. Jiran sebelah rumah yg bagi jagung ni, sebelum g KL lg. Tp tak sempat nak buat, hari ni baru jer boleh nak masak bubur jagung ni. Jom makan...

Sunday, April 5, 2009

Bubur Jagung

Petang2 layan bubur jagung sedap gak kan.. Jagung fresh ni buah tangan dari Izah masa datang rumah K.Nor petang semalam. Rasanya Izah mmg maklum sgt yg K.Nor sekeluarga suka makan bubur jagung. Thanks ya Izah, sedap tau bubur jagung bila menggunakan jagung baru dan segar lg tu..