f Secubit Garam: AYAM GORENG KUNYIT LADA HITAM

N3 Terkini

Monday, April 2, 2012

AYAM GORENG KUNYIT LADA HITAM

ASSALAMUALAIKUM..

Tiredness.. Laziness... apa lagi ness ness ek.. malasness, no moodness, boringness.. ^__^  ermm.. lantak lah.. semuanya ada bila time nak menghapdet. Sapa2 yg ada mood menghapdet yg extra power tu, acu hembus sket utk tuan rumah  kat sini nih.. haishhhh... Nak mengarang pun dah lama duk termenung cari idea, tu pun sib baik tak ada yg mencuit kat skype. Selalunya ada jer yg sorang tu memanggil time K.Nor mengarang hehe.. 


Disebabkan kesemua ness ness yg dinyatakan kat atas tu, K.Nor nak tayang menu yg menggambarkan ke'ness'an tuan rumah. (ishhh.. rosak bahasa, org DBP jgn marah ek.. hehe) Ni haa.. menu simple jer, Ayam Goreng Kunyit Lada Hitam. Rasanya baru minggu lepas post Ayam Goreng Kunyit, tp tu versi simple dimple la. Yg ni versi advance sket. Sker jer tau, tambah jer lada hitam sket, itu sket, ini sket hehe. Hasilnya maintain sedap tambah lagi bila digandingkan dgn .................. ermmm.. Utk gandingan Ayam Goreng Kunyit Lada Hitam ni tunggu la ya.. tunggu entri seterusnya.. Bila? Petang ni? Mlm ni? Esok? Wallahua'lam.. Kalau angin ghajen menghapdet tu ada, ada la kesinambungan entri ni.. insyaallah... ^__^

AYAM GORENG KUNYIT LADA HITAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
400gm isi ayam ~ dipotong kecil
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk lebih baik
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil kicap 
secubit gula ~ optional
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
5 - 7 biji cili padi hijau ~ dihiris serong
sedikit minyak

Cara:
Gaul ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, kicap dan sedikit gula dan perap selama 15 min.
Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan cili padi
Goreng hingga wangi dan masukkan ayam yg diperap tadi.
Goreng lagi hingga ayam masak dan sedikit garing.
Padamkan api dan bolehlah dihidangkan.

6 comments:

  1. HHAHAHAHA.. TERUK TUL DAH PENYAKIT NESS NESS NIH.. SAMPAI KE AMPANG NUHA BERJANGKIT... UPDATE PETANG KARANG LA KAK NOR. JANGAN DI IKUT WALANG DIHATI, AIR DI TEMPAYAN TAK DAN DICURAHKAN NANTI.. HAHHAA INI LAGI DBP MARHAHH NIII..

    KAK NOR.. GI JENGUK SITE NUN!!EH NAK NGARANG KUL BAPE?NANTI NAK NGACO.. HAHA

    ReplyDelete
  2. uishhh .. mcm sedap jer kak nor. terliur KC. hehehe

    ReplyDelete
  3. As'slam Nor

    selalunya maca tu ler ct Nor nak mengarang tu amik masa juga. tu yang bila mengarang tunggu subuh2 sebab idea banyak mari, kalau dah masuk tengahari mulalah idea semua cabut lari..hehehe

    ct pun macam dah susah nak update dah ni, masak hari2 masak, cuma nak cari masa dok update jer yang berat macam pikul batu setongkol jer ni haa..hahaha samalah dengan menu ct hari ni ayam goreng berempah lain sikit tapi serupa pada tang ayam tu jer..hehehe

    ReplyDelete
  4. Kak nor...mas dtg nak hembus2 biar penyakit ness tu pergi jauh2 hihihihi...

    Ayam goreng kunyit lada hitam kalo makan dgn nasi panas2 sedap ni, curah kicap byk2 kat nasi...ummmm sedapnya.

    ReplyDelete
  5. kak nor...he3
    napeee tu...

    Ayam goreng kunyit lada hitam...
    hmmmm..menyelerakannn....

    ReplyDelete
  6. izah >> ermmm dah update dah mek.. kena ngarang senyap2 kalau tak kena kacau jer :P

    ni apa kes? semua komen hari ni capital letters jer belaka? dah kelabu asap ke mata tu? heheh

    k.cik >> mmg sedap, tambah lg k.nor gandingkan dgn 2 lg menu yg ngam :)

    CT >> sama la.. mmg merudum betul mood nak menghapdet.. mmg masak gak tp tu la.. takper la.. asal hidup jer blog ni, kan :)

    mas >> tulun hembus kuat sket ya tp jgn sampai tersembur dah la :)

    mas >> aik.. mas jugak sorang lagi hehe..

    tak ada apa2 la mas, cuma kelaziness tu tahap melampau ler skrg ni hehe

    ReplyDelete