f Secubit Garam: KEK CHIFFON STRAWBERI

Thursday, April 12, 2012

KEK CHIFFON STRAWBERI

ASSALAMUALAIKUM..

Harap maaf ya, quick update ni sbb tak leh nak berpotpet panjang2 atas sebab2 yg tak dapat nak dielakkan. Asalkan ada entri dah la kan, dah banyak hari duk tayang Kuzi Ayam jer. Nasib baik gambar tak basi hehe..


Jom cuci mata dgn Kek Chiffon Stawberi, yg resipi asalnya dr Kek Chiffon Pandan yg pernah K.Nor buat dulu. Resipi Kek Chiffon Pandan tu K.Nor ambil dr dapur Yatie Memories. Tukar aje pewarna hijau dan perisa pandan tu kepada pewarna merah dan strawberi emulco. Kalau ada buah strawberi fresh lagi best ni.. Tak kiralah chiffon apa pun, mmg sentiasa menjadi pojaan hatiku... ^__^

KEK CHIFFON PANDAN (STRAWBERI)
sumber : YatieMemories
sumber : K.Nor

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat ~ k.nor gantikan dgn susu cair
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir ~ k.nor letak 2/3 cawan aje
* pewarna hijau dan perisa pandan ~ k.nor gantikan dgn pewarna hijau dan strawberi emulco
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir ~ k.nor letak 1/3 cawan aje
* 1 sudu kecil cream of tar tar ~ k.nor gantikan dgn perahan lemon
 Cara-cara
Bahan (A):
1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.