f Secubit Garam: Kek Chiffon Pandan

Friday, July 16, 2010

Kek Chiffon Pandan


Buat lagi kek ciffon, kali ni Kek Chiffon Pandan. Bukan kerana masih terkena demam cipon tp sememangnya K.Nor terrrrramat menyukai kek cipon. Tambah lagi semua anak2 dan cik abg pun suka makan kek cipon. Masih banyak lagi resipi kek cipon yg belum dicuba. Insyaallah akan ada susulan n3 lain berkaitan kek cipon.

Sebelum ni penah tengok Ummi Kuantan buat Kek Chiffon Pandan ni. Dan resipi tu dikatan diambil dr rumah YatieMemories. Alhamdulillah.. menjadi kek cipon ni dan yg penting rasanya maintain sedap walau ada sedikit pertukaran bahan yg digunakan. Sebenarnya K.Nor tukar santan kepada susu cair. Bukan niat dr awal nak tukar tp last minit dah tu. Mulanya dah dibeli santan utk digunakan dlm adunan kek cipon ni. Ntah camna balik dr pasar tu terlupa nak letak santan tu dlm esbok. Bila nak guna, baru perasa santan tu duk kat luar. Bila dicium cam ada bau2 masyem. Nak guna kan takut nanti sakit perut lak org yg makan jd terpaksa la K.Nor tukar kepada susu cair. Sebab tu kaler kek cipon ni tak terang hijau dia.. kekuningan sket tu kan.. Tak per , rasa maintain sodap!

OK lah.. kita tengok resipi Kek Chiffon Pandan ni. Mintak izin ya Yatie, K.Nor nak share lak resipi tu kat sini... Mekasih ya...




KEK CHIFFON PANDAN 
sumber : YatieMemories

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir ~ K.Nor letak 2/3 cawan aje
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir ~ K.Nor letak 1/3 cawan aje
* 1 sudu kecil cream of tar tar ~ yg ni K.Nor tak letak

Cara-cara

Bahan (A):

1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan (B):

1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.