f Secubit Garam: Sardine Rolls & The Gang

N3 Terkini

Wednesday, July 28, 2010

Sardine Rolls & The Gang

Salam buat semua..

Sebelum pergi ke menu pg ni, nak ucapkan Happy 2nd Birthday buat HanaMemories dan tahniah buat peneraju utama HanaMemories... Ina@Hana a.k.a Mama 3D a.k.a Mek Jepun.. hihihi Dah 2 tahun ya.. Alhamdulillah.. Semoga HanaMemories terus unggul di persada alam blogger dan dpt menempuh berbagai onak dan duri di kiri dan kanan jalan yg dilalui. Dan semoga empunya HanaMemories diberikan kesihatan yg baik utk terus meneraju HanaMemories utk lebih ngetop lg... amiin.... Luv U Ina & HanaMemories.. always.. insyaallah..

Ni special utk Ina, peminat sardin hehehe...
Syedap ni tau :)

Ok back to the N3. Dah sarapan? Belum? ish.. ish..ishhhhh.. kesiannyer.. Meh sini kita pakat sarapan sama2 nak? K.Nor ada buat roti sket ni.. Ni pun tinggal beberapa ketul jer lagi. Mana tahan nafsu makan bila tengok roti gebus gebas mcm ni. Lepas masak tak tunggu sejuk mana pun dah lesap satu persatu. Tinggal la beberapa ketul jer lagi utk sarapan dan sbg bekal anak2 ke sekolah. Ok2.. nak kopi , teh atau milo? Jom... jom kita sarapan sama2


Tengok tu betapa gebus gebas nyer sardine roll K.Nor
sampai muat 4 ketul jer dlm satu loyang besar ni..
Pekena 2 ketul pun dah menyandar!!

Seperti biasa, K.Nor guna Basic Doh utk membuat doh roti ni. Dgn menggunakan resipi Basic Doh ni, kita boleh hasilkan bermacam2 versi roti, bun atau roll. Terpulang pd citarasa masing2 ya. Kalau nak letak topping atau filling yg manis2 boleh aje terus ikut sukatan gula yg dah diberikan tu. Tapi kalau nak buat roti/bun kosong boleh la ditambah sukatan gula dlm 20 -30gm lg sbb doh ni tak berapa manis sgt ya..



Dari satu adunan doh, K.Nor hasilkan 3 jenis roti, Sardine Roll, Cheese Roll dan Bun Inti Coklat. Bun Inti Coklat ni K.Nor spread jer Chocolate Breadspread (atau boleh guna Nutella), pastu potong2sket hujung tu dan gulung. Nak tengok cara2 nak buat Bun Inti Coklat ni boleh tengok kat rumah Noreen, cuma Noreen guna inti coklat tp teknik tu tak berbeza sgt la..

Ok cukup la tu, dah panjang ni.. Hari ni ada banyak kerja. Ada tetamu dtg nak lunch kat rumah. So kena masak awal2 sket. Tak ada menu special, cuma yg biasa2 jer. Ok jumpa lg, selamat bersarapan ....

5 comments:

  1. kretip nyer....
    1-adunan 3-jenis....
    terer laa...

    ReplyDelete
  2. jeles betul tengok roti Nor, tu..
    kitanya BM, dah rosak itu yang dah lama tak meroti..huhu..
    nak pakai tangan tak kuasa mokcik..hehe

    ReplyDelete
  3. salam akak...moga sihat ^_^

    sodapnyeee roti tuuu...kopi 1 bleh??

    ReplyDelete
  4. maceh kak atas sokongan akak... lebiu lebiuuuu... tapi kenapa mesti roti nih roti SARDIN???! huh! mencik taw!

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nor,
    Kak Nor kalau baking apa pun mesti cantik menarik tertarik gituuuss. kena belajar wat roti gak ni pasal shortening bagai bagai tu takut berkulat dalam lemari. hehehe
    Ijan

    ReplyDelete