f Secubit Garam: Yogurt Chiffon Cake

N3 Terkini

Tuesday, July 20, 2010

Yogurt Chiffon Cake

Masa Jiya tayang Yogurt Chiffon Cake dia petang td, kek K.Nor ni masih duk tertonggeng lg atas rack hehe.. tak sangka lak ada tayangan kembar hari ni. Dah banyak hari peram nak buat kek cipon ni akhirnya arini baru berkesempatan buat. Alhamdulillah.. sedaaaaaaap sgt. Lembut dan moist. Mungkin org duk tertanya2 kenapa kek K.Nor berwarna purple kan. Jawapannya.. sbb K.Nor menggunakan Blueberry Yogurt pastu tambah lak sket dgn blueberry filling dan sedikit pewarna purple utk upkan kaler dia.. Dah jadi cam Yam Chiffon Cake la pulak kan.. tak per.. rasa maintain sodap!!

Resipi Yogurt Chiffon Cake ni K.Nor amik kat rumah Yani Deco Choco. Mekasih Yani share resipi kek cipon mabeles ni. Izinkan K.Nor share pulak resipi tu kat sini ya.. tq


YOGURT CHIFFON CAKE by Yani

Bahan-bahah:
4 biji telur
60g gula kastor
110g yogurt
20g jus lemon
2 sudu besar minyak masak
40g tepung gandum
40g tepung jagung ( corn starch)
1 sdk baking powder




Cara-cara:-
  1. Asingkan putih dan kuning telur.
  2. Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
  3. Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi,minyak masak,jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
  4. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan no.4 ke dalam no.1 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
  7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
  8. Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.



Seperti yg dijanjikan pd Izah, ni dia spatula yg K.Nor gunakan masa nak sisipkan tepi kek utk keluarkan kek dr loyang. Spatula ni mmg nipis sgt. Cukup memudahkan bila kita nak sisip kek dr loyang tu. K.Nor sisipkan sekali harung jer, jgn duk ulang2 naik turun, naik turun cam kita guna pisau. Bila ulang2 tu yg buat tepi kek jd kurang cantik/sememeh sket. Spatula ni mmg dah lama benar K.Nor duk guna. Tak ingat dah pun beli kat mana tp rasanya kat Ganu ni jer :) Ok Izah, beres? ^____^

5 comments:

  1. warghhhh.. cantekkk cipon kak nor. kaler pepel uuu. hikss! jiya pon guna spatula ni wat sisip kek... kalo guna pisau sure lekat. huhuhu!

    *sora manja... kak norrr... nak skettt! *mata kebil2

    ReplyDelete
  2. ingatkan knor edjas resipi kek cipon yogurt jd kek yam cipon cake.. terus terfikir dlm hati ni nak try gaklah wat cipon yam pulak tp ropa-ropanya blueberi yogurt cipon..

    ReplyDelete
  3. I teruja uuu, tengok kek chiput errrr (sipon) warna purple...pandai jer akak ni tauuu. Kak, buat kek sipon ni, tak yah guna...mixer heh? kalau tak payah kita boleh buat,kalau tak,malas sikit nak keluarkan mixer cap tenuk tu....(alasan-alasan) he he he

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak nor...maceeeeeeehh. nanti nak cari spatula nipis cam tu...tapi tak pernah lak nampak..kak nor..semalam pun saya mencipon yogurt jugak.hari ni baru tepek..tak perasan kak nor pun ada cipon gak...heheee..tapi biasa la, kek sifu sah sah caaaannnttiiiiiiikkkkkkkk!!!!

    ReplyDelete
  5. 1st time tgk kaler cipon yg sangat cantik cenggini
    . tringin nk buat.

    ReplyDelete