f Secubit Garam: Sotong Goreng Istimewa Ayu

N3 Terkini

Thursday, July 8, 2010

Sotong Goreng Istimewa Ayu


Resipi yg diceduk dr dapur Ayu S'pore. Mudah dan sedap! Ratah ajer lagi la sedap... Thanks Ayu sudi share resipi yg mudah nak sediakan ni. Sesekali menukar kaedah memasak sotong apa salahnya kan..

Meh kita tengok resipi Sotong Goreng Istimewa Ayu S'pore ni..




SOTONG GORENG ISTIMEWA by Ayu S'pore

3 ekor Sotong
Daun kari secukupnya
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1/2 tsp Halba
1/2 sudu kecil Biji sawi
1 biji Bawang besar dihiris nipis
1 Bawang putih diketuk
1cm Halia dipotong halus
2 Cili dihiris nipis
Garam & Gula secukup rasa
5 bj cili padi ~ dibelah dua tp tak putus (yg ni k.nor tambah)

Gaul sotong bersama serbuk kunyit dan garam hingga sebati. Perap selama ½ jam.
Goreng sotong hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali sama, tumis bawang putih bersama halia hingga naik bau.
Masukkan bawang besar, halba dan biji sawi. Kacau hingga bawang layu.
Masukkan daun kari. Goreng hingga daun kari garing.
Masukkan cili. Apabila cili layu, masukkan sotong.
Gaul sebati dan hidang.

2 comments:

  1. salam Nor,
    huhu..sorry datang lambat..sibuk semalam,
    hari ni pun sibuk juga ni..aduh, dah glamour dah kejap, belakang title ada ayu..hehehe..

    thanks Nor, for trying..hari tu ingatkan Nor nak buat sotong lada hitam tu..hehe..tukar selera pulak ya..hehehe..

    ReplyDelete
  2. ayu >> mesti la kena letak nama ayu.. ish.. kan ayu dah cukup glamer.. tukang masak tip top dr s'pore hehehe.. nanti lain kali nor try yg lada hitam lak ya.. tq

    ReplyDelete