f Secubit Garam: Daging Merah Ala Thai

N3 Terkini

Friday, July 23, 2010

Daging Merah Ala Thai


Daging Merah Ala Thai, resipi oleh Jeezy MyR. Sgt sedap dan menyelerakan, tak kira la dgn nasi putih ke, nasi goreng ke.. mmg mudah nak buat, hasilnya sgt2 sedap.. 
Mintak izin ya Jeezy, K.Nor nak share resipi tu kat sini..


DAGING MERAH ALA THAI by Jeezy

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)



Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

4 comments:

  1. Salam K.Nor,

    Esok nak cubalah resepi ni nampak cam sedap je!

    ReplyDelete
  2. kak nor

    kalo tak letak sos ikan... boleh ke?
    ada beza dr segi rasa tak?

    ReplyDelete
  3. ibu >> mmg sedap .. try la

    atie >> mmg berbeza dr segi rasa. k.nor guna brand KNIFE kalau tak silap keluaran lam soon. ada chop halal kat label

    ReplyDelete
  4. suda try. mula2 agak skeptical sebab nampak macam simple jek bahan2nya. tak bley imagine rasenye camne. lepas da cuba, memang mabeles! sedap. heheh.. Tq :D

    ReplyDelete