f Secubit Garam: Ayam Beriani

N3 Terkini

Tuesday, July 20, 2010

Ayam Beriani

Ayam Beriani, resipi K.Hanieliza ni mulanya nak digandingkan dgn Nasi Minyak K.Liza gak. Tapi last minute tukar plan. Tunggu la ya.. kejap lg K.Nor letak N3 nasi yg digandingkan dgn Ayam Beriani K.Liza ni.

K.Liza, Nor share resipi tu kat sini ya.. td dah mintak izin kat shoutbox :) TQ


AYAM BERIANI by K.Hanieliza

Bahan
1 ekor ayam [potong kecil]
4 sudu besar rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 1 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan Tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak



Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan ayam dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.

2 comments:

  1. nasikkkk plssss... kasik penuh2!

    ReplyDelete
  2. jiya .. huh.. org cekeding jer.. nak nasi banyak2! :P

    ReplyDelete