f Secubit Garam: Marble Banana Muffin

N3 Terkini

Sunday, July 25, 2010

Marble Banana Muffin


Hari ni K.Nor mencuba satu lg resipi muffin, Marble Banana Muffin. Dah lama nampak Izah Muffin buat. Hari ni baru berkesempatan nak buat. Muffin ni rasanya sedap, lembut jer. Combination antara pisang dgn coklat mmg ngam.. Cam biasa la nk buat muffin mmg mudah, tak perlu guna mixer. Just guna handwisk dan gaul sebati tp jgn sampai terover gaul atau overmix. Nanti keras muffin tu.

Lupa nak mekap dgn choc chips td, tp tak per la.. rasanya dah sedap tu kut.. Resipi asal kat rumah Bisous A Toi tp K.Nor amik kat rumah Izah jer. Mintak izin ya nak share resipi tu kat sini pulak. Mekasih buat adik2 berdua ya..




MARBLE BANANA MUFFIN
Source: Bisous A Toi
ceduk kat rumah : Izah Muffin

Bahan:
A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam


B
1 biji telur (L)
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
1 cawan pisang lecek kasar

1 sudu besar coklat paste (saya guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko)

Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai (saya tak letak)



Caranya:
Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

5 comments:

  1. sini pun ada muffin nih, kat umah mas pun ada...nak 2 ketoi la jugak...sedap bila tegigit pisang tuh..anak saya si kecik tuh mana tah dapat idea dia makan muffin ni dengan yogurt..haiiss pelik pelik bebudak nih

    ReplyDelete
  2. kak nor sedap tu mufin ni...lenda pun dah penah wat.mmg sedap...ni saya hulurkan sepiring bluebery non bake cheese kek tuk kak nor minum ptg ni ye...

    ReplyDelete
  3. aida >> mmg kompem sedap! :)

    izah >> smlm akak mimpi jumpa mas, pastu kita org plan la nak buat hari ni.. hahahaha.. yer la tu kan :)

    lenda >> wahh manyak best oo dpt makan ciskek.. tq ya lenda :)

    nadiah >> alhamdulillah.. mekasih nadiah tp tak menggunung sgt muffin kali ni..

    ReplyDelete