f Secubit Garam: Fresh Apple Celery Juice

N3 Terkini

Monday, July 12, 2010

Fresh Apple Celery Juice

Salam semua.. tadi dah berbuka dgn Bone Steak kan.. Alhamdulillah.. kenyang dgn rezeki yg Allah kurniakan. Dah makan daging2 ni mungkin tekanan darah cik abg naik kut nauzubillah.... kesian patiet K.Nor tu. So K.Nor buatkan la jus ni utk dia bg menstabilkan tekanan darah dia tu smula. Bukannya dia dah kena penyakit darah tinggi cuma skrg ni tekanan darah dia tu kurang stabil jer. Duk up & down sket..



Jus ni dikatakan dpt menurunkan/menstabilkan tekanan darah tinggi, insyaallah. Dan dikatakan dpt mengurangkan tahap kolestrol dlm darah. Kat resipi yg K.Fida postkan di MyR tu ada K.Fida sebut ttg hal ni dan pernah gak K.Nor terbaca kat satu blog yg mengatakan jus ni mmg bagus utk org yg ada penyakit darah tinggi. Lagi pun baru2 ni masa K.Nor gi pasar tani ada nampak sorang pempuan cina tu dia beli banyak buah apple hijau dan btg celery ni. Pastu penjual sayur tu tanya utk apa bahan2 tu, dia cakap benda ni bagus utk org darah tinggi. Tu yg buat K.Nor nak mencuba kaedah ni utk stabilkan tekanan darah cik abg ni.. Mudah2an diizinkan tuhan utk sembuh sebaik mungkin.. amiin..

Ok jom kita tengok resipi Fresh Apple Celery Juice ni. Mintak izin ya K.Fida nak share resipi tu kat sini. Mekasih.. (sori tak leh nak letak link sbb MyR sedang dibaikpulih kut)


FRESH APPLE CELERY JUICE by K.Fida MyR

Bahan-bahan ( 1 gelas besar )
2 biji epal hijau - dibelah 4
1 batang celery - sepanjang 2 jengkal
ketulan air batu - jika suka

Cara-cara
Jika menggunakan pemerah buah eletrik,perah celery dulu dan diikuti dgn epal hijau yg dibelah 4.Bubuh ketulan ais jika suka dan terus diminum.

Jika menggunakan blender atau pengisar makanan,kisar celery dan epal dengan sedikit air hingga halus,tapis jika suka dan boleh terus diminum.

***Jus ini hendaklah diminum segera untuk mendapatkan zatnya dan utk mengelakkan drpd cepat menjadi lebam.Begitu jugak dgn epal hijau,ketika hendak mengisar barulah dibelah untuk mengelakkan epal kelihatan lebam...

updated: K.Nor terbaca yg K.Fida beritau kat resipi di MyR nun yg jus ni digalakkan minum 2 - 3 kali jer seminggu. So ada baiknya kalau diamalkan minum selang sehari. Nanti kalau dpt info yg lebih tepat akan K.Nor update balik kat sini ya... tq


4 comments:

  1. salam akak...lama tak nyinggah nih...
    jus nih mak kite pon try gak...dapat info dari akak zati kate nyer leh kawal kolestrol...

    ReplyDelete
  2. salam kak nor...wahhh petua bagus ni...ima nak minta izin nak copy resepinya...insyaallah nak cuba untuk suami ima pulak...boleh minum setiap hari ke akak?...

    ReplyDelete
  3. salam kak nor..saya pun selalu buat air ni...kalau gi mkn kat secret resepi pun saya order air ni...sedap dan berkhasiat...kan kak nor? hehe

    ReplyDelete
  4. salam kak..erk! sedap ker ya..epal campu saleri..
    Tak pernah try lagi..tapi tgk memang menggoda

    ReplyDelete