f Secubit Garam: Sizzling Mee

N3 Terkini

Monday, July 19, 2010

Sizzling Mee


Lama betul tak makan mee sizzling. Smlm anak dara duk tanya, nak berbuka dgn apa esok (hari ni) K.Nor pun blurr, tak tau nak masak apa. Akhirnya dpt idea nak buat mee sizzling ni sbb dah lama sgt tak makan, tambah lagi mee ni salah satu menu kegemaran K.Nor sekeluarga. Lagi pun arini tak masak lunch sbb Luqman balik lewat dr kelas fardu ain. Dan bila tengok kat esbok, semua bahan2 dah ada. Tak perlu la K.Nor ke pasar lagi dah.. alhamdulillah..

Bila dah siap td, tak sabar2 anak dara tu nak makan. Sedap pulak mee kali ni sbb K.Nor dah start letak minyak bijan. hehhe dah beli aritu tp ni kali pertama guna minyak bijan. Lepas ni mana2 resipi yg letak minyak bijan takkan K.Nor skip lg dah minyak bijan tu..


Cam biasa, K.Nor hanya guna resipi Mdm Lily MyR utk buat mee sizzling ni tp K.Nor tak guna yee mee atau mee telur atau mee sanggul. K.Nor guna Mee Segera Cintan Tanpa Goreng. Bagi K.Nor sedap gak tau guna mee segera gini. Cuba la kalau tak caya hehe..

Ya Mdm Lily yg teramat bz skrg ni.. mintak izin ya.. nak letak resipi mabeles tu kat sini.. Jgn nak kutip royalti dah la ek.. Tapi kalau nak ajak gi Bandung boleh ajer.. hihihihi




SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR

2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis


Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

4 comments:

  1. bestnya kalau dapat kek chiffon tu...tu...yang gambor kat bawah tu.. mesti cair di mulut...kan...he he he...

    ReplyDelete
  2. kakliza juga tak gunakan yee mee atau mee sanggul..
    biasanya mmg gunakan mee segera cintan tu...
    nampak sedap mee sizzling ni.. terliur pulak...

    ReplyDelete
  3. terasa sangat lapar bila tgk gambar mee ni...favourite tu! :)

    ReplyDelete
  4. gerau >> aik nak kek cipon?? dah salah lorong nih.. amik yg kat atas nun ok sbb yg kat bawah tu dah lama duk kat indahwater :)

    k.liza >> sama la kita k.liza.. ermm aritu ada tengok kat HPA, ada mee sanggul atau mee kuning kering keluaran HPA ni.. boleh gak try kan :)

    farah >> sama la kita :) mmg tak puas makan tu kan

    ReplyDelete